Gema Ilmu
Harga:
Berat:
280g
Keterangan Buku:
Kitab ini adalah salah satu di antara kitab-kitab klasik yang menyentuh atau menggariskan prinsip-prinsip utama lagi asas aqidah ahli Sunnah wal-jama'ah. Memberikan gambaran penting kepada para pembaca sekitar persoalan manhaj dan aqidah yang benar. Menjadi pembeza di antara manhaj aqidah yang benar dengan aqidah yang bathil, iaitu antara aqidah ahli sunnah dengan aqidah para ahli bid'ah!
Ia disusun (diikrarkan) oleh Imam Abu 'Utsman Ismail B. Abdurrahman ash-Shobuni rahimahullah (373H-449H), salah seorang ulama besar di zamannya, juga guru kepada para ulama besar lainnya seperti imam Al-Baihaqi (Wafat: 468H), Abu Ishaq al-Isfiraini, dan Ibnu Furak. Beliau adalah seorang ulama aqidah, ulama fiqh, dan ulama hadis yang tegar dalam menjaga dirinya di atas hujah, istiqomah, tawadhu', dan merupakan imam teladan di zamannya!
Imam Al-Baihaqi berkata tentang Abu 'Utsman:
"Abu 'Utsman adalah Syaikhul Islam yang sejati, dan Imam kaum Muslimin yang sebenar!"
Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:
"Abu 'Utsman ash-Shobuni adalah seorang penasihat, ahli tafsir, pengarang/penulis, seorang imam, dan guru di Khurasan pada zamannya."
Alhamdulillah, salah satu kitab beliau yang terkenal, iaitu 'Aqidatus Salaf Ash-habul Hadits ini kini diterbitkan dalam bentuk bercetak. Kemudian lengkap diterjemahkan dan sampai ke hadapan kita hari ini. Ia termasuk jajaran kitab-kitab yang amat penting untuk dimiliki setiap penuntut ilmu dan para individu ahli sunnah yang komited terhadap manhaj, aqidah yang haq, dan para ulamanya.
Kalaulah tidak dibaca dan difahami kitab-kitab karya ulama teladan ini, bagaimana akan dapat kita membezakan di antara aqidah ahli sunnah yang tulen dengan kepelbagaian aqidah menyimpang lainnya yang banyak berlegar di sekeliling kita hari ini? Bagaimana akan dapat kita bezakan di antara aqidah ahli sunnah dengan muktazilah, khawarij, syi'ah, qadariyah, sufi, dan sebagainya dari kalangan firqah-firqah menyimpang yang menyamar sebagai pejuang kebenaran? Sedangkan aqidah-aqidah menyimpang tersebut tetap wujud sehingga hari ini dengan kepelbagaian jenama-jenama mempersona yang pelbagai.
Oleh itu, tidak dapat tidak, kita perlu berpedoman dengan petunjuk para ulama agar tidak tertipu dan terpedaya, terutamanya para ulama generasi awal, yang telah jauh lebih awal dan telah faham benar dalam mengenal tipu-daya serta makar kaum sesat. Apatah lagi banyaknya kumpulan-kumpulan sesat pada hari mengaku sebagai ahli sunnah dan konon sebagai pembawa kebenaran! Dan tokoh-tokoh penyesat juga turut dinobat sebagai ulama pada hari ini oleh kebanyakan masyarakat yang jahil terhadap hakikat ilmu yg benar.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.