Pustaka Ibnu Katsir
Harga:
Berat:
400g
Keterangan Buku:
Buku ini diberi judul Jawaahir Shifatish Shafwah yang bermaksud "Permata Sifat orang-orang Terpilih". Ia adalah ringkasan dari kitab hebat karya Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H). Sebuah kitab yang membukukan ungkapan-ungkapan indah tentang manusia-manusia pilihan bermula dari kalangan sahabat, tabi'in, sehinggalah ke era para imam-imam hadis. Ia mengungkapkan kezuhudan, peribadi, akhlak, ibadah, doa-doa, sikap-sikap mulia, dan mutiara-mutiara kata mereka. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Sejarah hidup generasi Salaf mengandungi banyak sekali pelajaran yang berharga, teladan yang baik, petunjuk dan cahaya, kemenangan dan keberuntungan, kebahagiaan dan kejayaan. Di sana ada penyucian hati, kelembutan jiwa, pemantapan iman dan tauhid, dan pemandangan nyata mengenai sikap kesungguhan terhadap agama. Dan boleh dikata bahawa sejarah hidup mereka adalah figur yang dapat dijadikan sebagai contoh dan tauladan dalam segala hal.
Sahabat Nabi, 'Abdullah B. Mas'oud Radhiyallahu 'anhu pernah berkata:
"Sesiapa yang ingin mencari tauladan, hendaklah ia mencari tauladan dari orang-orang yang telah mati. Kerana orang yang hidup tidak terjamin aman dari ancaman fitnah."
Itulah jalan dan nasihat 'Abdullah B. Mas'oud, sebagai pedoman bagi kita dalam mencari suri tauladan. Sebab, manusia yang sempurna jumlahnya sangatlah sedikit.
Membicarakan kehidupan generasi seperti mereka akan menghidupkan hati dan membangkitkan semangat Oleh kerana itulah ketika ulama besar al-Imam 'Abdullah B. al-Mubarak rahimahullah ditanya, "Mengapa engkau tidak mahu duduk bersama kami?" Beliau menjawab, "Aku pergi untuk duduk bersama para sahabat Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam."
Maksudnya adalah beliau lebih memilih untuk belajar dan membaca buku-buku biografi dan sejarah hidup mereka.
Kerana metode pendidikan yang dapat meresap ke dalam hati adalah dengan membaca sejarah hidup orang-orang terkemuka.
Maka penulis buku ini menjelaskan:
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.