Judul Asal: Al-Khulafaa-ur Rasyiduun wa ad-Daulah al-Umaiyyah
(Team Universiti Islam Imam Muhammad B. Su'ud, Riyadh)
Hikmah Ahlus Sunnah
Harga:
Berat:
220g
Keterangan Buku:
Telah beredar sekian banyak kedustaan, tuduhan, dan peristiwa-peristiwa yang direkayasa serta dipolitikkan oleh pelbagai pihak demi untuk menjadikan buruk reputasi pemerintahan Daulah Umayyah. Padahal mereka adalah generasi penerus perjuangan al-Khulafaa'ur Rasyidin yang penuh gemilang dalam menyebarkan rahmat Islam ke pelbagai penjuru dan belahan dunia.
Dalam buku ini, para pembaca akan diajak untuk memahami realiti sebenar yang berlaku di era mereka. Pembaca akan diajak pula untuk mengetahui pengembangan wilayah Islam dan perkembangan kaum Muslimin secara khusus, serta perkembangan kehidupan manusia secara umum pada saat mereka memerintah.
Dan adakah wajar kekhalifahan Daulah Umawiyyah dianggap sebagai kekhalifahan yang buruk serta para khalifah di era mereka dipukul-rata bahawa mereka adalah para pemimpin yang jelek? Sedangkan di sana ada sahabat Nabi seperti Mu'awiyah B. Abi Sufyan radhiyallahu 'anhu. Juga ada 'Umar B. 'Abdil 'Aziz rahimahullah, pemimpin yang zuhud dan wara' di masanya.
Sama-sama kita temukan fakta yang sebenar. Semaklah buku ini. Sebuah pemurniaan dan pencerahan sirah yang ternoda oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.