(Syarah Al-Manzhumah al-Baiquniyah)
Maktabah al-Ghuroba'
Harga:
Berat:
200g
Keterangan Buku:
Ilmu hadis sangatlah penting untuk dipelajari, sebab dengan ilmu ini kita akan mampu mengetahui keadaan sesuatu hadis, apakah sahih, hasan, dha'if, bersambung sanadnya, atau selainnya seperti palsu (maudhu'), mungkar, dan lainnya.
Lebih-lebih lagi, untuk memahami al-Qur'an dan agama ini umumnya, ia sangat menuntut kita untuk mengetahui hal-ehwal ilmu hadis walaupun sedikit, sekurang-kurangnya di peringkat asas atau secara gambaran umum. Kerana al-Qur'an tidaklah dapat difahami atau ditafsiri dengan benar, melainkan dengan melihat dan meneliti hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Jadi, mereka yang mencintai agama ini dan memiliki semangat untuk memahami agama dengan lebih baik, maka tidak dapat tidak dia mesti berusaha untuk mempelajari ilmu hadis. Dengan ilmu hadis, dia akan tahu dari mana datangnya agama ini, bagaimana ia sampai kepada kita, pentingnya mengetahui sunnah-sunnah Nabi dengan jalan yang benar dan sahih. Ini sekaligus akan menjadi bekal yang sangat penting lagi berharga dalam usaha perjalanan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah di atas landasan yang selamat.
Dan di antara buku asas yang baik dalam persoalan ini antaranya adalah seperti kitab-kitab musthalahul hadits. Kitab-kitab yang ringkas dan mudah difahami. Antaranya adalah kitab ini, kitab al-Manzhumah karya Syaikh Thaha B. Muhammad al-Baiquniyah. Atau ia lebih dikenali dengan kitab al-Manzhumah al-Baiquniyah. Ia adalah sebuah lembaran risalah atau sya'ir matan (teks) berkaitan asas-asas ilmu hadis. Ia lazimnya dibaca dan dihafal oleh para ulama dari kalangan muta'akhirin. Ia digunakan sebagai hujah, pelajaran, dan bahan pengajaran. Ini kerana mengenangkan kandungannya yang sangat bermaklumat, luas cakupannya, lagi berfaedah tetapi dalam bentuk yang ringkas, mudah, dan padat.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.