Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, December 31, 2012

661 - Menggugat Demokrasi & Pemilu


Menggugat Demokrasi & Pemilu


Judul Buku:
Menggugat Demokrasi & Pemilu
Judul Asal: Tanwiir adz-Dzulumaat bi Kafsyi Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat

Penulis:
Syaikh Muhammad B. 'Abdillah Al-Imam Hafidzahullah

Penerbit:
Pustaka Salafiyah

Harga:
RM26

Berat:

440g

Keterangan Buku:

Demokrasi adalah sistem politik yang terbina di atas prinsip kekuasaan rakyat. Iaitu dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat. Demokrasi diasaskan dari pemikiran falsafah Greek Kuno. Kata Plato, sumber kekuasaan bagi sistem demokrasi adalah rakyat.

Kata demokrasi adalah merujuk kepada perkataan Greek δημοκρατία (dimokratia) yang membawa maksud “pentadbiran oleh rakyat” terbina dari perkataan δήμος (dēmos), yang merujuk kepada “masyarakat atau rakyat” dan κράτος (kratos), “perundangan, atau penguasaan”. Ia mula dibentuk (diasaskan) kira-kira pada pertengahan abad ke 5 sebelum Masihi dalam sistem pentadbiran Greek.

Demokrasi menurut tulisan Robert A. Dahl ialah “Sistem politik yang memberi kepada rakyat jelata untuk membuat keputusan secara terbuka”. (Rujuk: Muhammad Qutb, Mazahib Fikriyah Mu’assirah, 1/178 - Dar as-Syuruq, 1984)

Secara ringkasnya, demokrasi adalah suatu sistem di mana rakyat berkuasa terhadap pentadbiran yang dibentuk.

Pada hari ini, pemerintah mungkin dilantik melalui sistem demokrasi berpilihanraya. Politik yang terbentuk terikat dengan hak kebebasan bersuara atau suara ramai (majoriti). Inilah sebahagian bentuk dari wajah-wajah demokrasi. Ia merupakan sistem yang berasal dari kaum kuffar jahiliyah. Bukan termasuk sebahagian dari Islam. Kaedah-kaedah yang dipraktikkan sistem demokrasi ini telah melahirkan banyak perbahasan dan kritikan dari kalangan ulama ahli sunnah wal-jama’ah kontemporari.

Antara Islam dan Demokrasi

Di antara tulisan yang baik dalam menjelaskan sistem demokrasi berpilihanraya dari sudut pandang Islam adalah buku berjudul Tanwiir azh-Zhulumaat bi Kasyif Mafaasid wa Syubuhaat al-Intikhaabaat oleh Syaikh Abu Nashr Muhammad B. ‘Abdillah al-Imam hafizahullah. Buku ini turut mendapat pengiktirafan daripada Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddis Muqbil B. Hadi al-Wadi’i rahimahullah.

Kata Syaikh Muqbil rahimahullah dalam kata pengantar buku ini:

“Buku ini adalah buku yang barakah di mana Syaikh Muhammad al-Imam membuat bantahan ke atas para hizbiyyun (pentaksub parti-parti) dengan cara yang baik. Aku tidak melihat ada buku lain yang sama baik dalam kupasan perbahasannya. Semoga Allah membalas kebaikan kepada saudara kita, Syaikh Muhammad, dan memberinya taufiq agar bertambah bersemangat dan kuat dalam membela agama dan ahlus sunnah. Semoga Allah melindungi kita dan beliau dari segala keburukan.”

Dan alhamdulillah, kini buku yang baik ini ia telah pun diterjemahkan.

Pada hari ini, manusia telah menjadikan hak kebebasan bersuara sebagai hukum kehidupan. Bahkan ideologi ini telah mula diimani oleh kebanyakan umat Islam di muka bumi ini. Mereka menetapkan hukum di dalam kehidupan baik di dalam agama secara umum, atau sebahagian dari juzuknya seperti dalam politik berdasarkan kepada suara majoriti dan meninggalkan hak minoriti. Seolah-olah demokrasi telah menjadi agama yang baru menggantikan Islam di sisi mereka.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali 'Imran, 3: 85)

Asas sejarah politik demokrasi yang diamalkan kebanyakan negara dunia pada hari ini berasal dari tamadun Yunani Greek. Ia memiliki slogan, “Dari rakyat, untuk rakyat, kerana rakyat.” Sebaliknya, politik Islam secara umumnya adalah “Dari Allah, untuk Allah, kerana Allah.” Politik di dalam Islam adalah sebahagian dari agama yang syumul. Ia tidaklah dilaksanakan melainkan kerana mencari keredhaan Allah, sebagai wasilah mendekatkan diri kepada Allah, sebahagian bentuk amalan dalam rangka mentaati Allah, mencari mashlahat untuk agama dan ummah, tetapi bukan kerana mencari redha manusia atau menghidupkan hukum-hukum manusia yang menggantikan hukum-hukum Allah atau yang berlawan dengan hukum-hakam-Nya.

Allah Subhanhu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa Sallam) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an-Nisaa’, 4: 65)

Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menyatakan berkenaan ayat ini:

“Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan diri-Nya yang Maha Mulia, bahawa seseorang tidaklah beriman sehingga dia berhukum kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam setiap perkara. Hukum apa yang beliau putuskan, itulah kebenaran yang wajib untuk dipatuhi secara bersungguh-sungguh, zahir dan batin.” (Shahih Tafsir Ibnu katsir, 2/572)

Menurut Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafidzahullah di dalam Kitab Tauhidnya.

“Orang yang meyakini bahawa selain petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lebih sempurna dari petunjuk baginda, atau hukum yang lain lebih baik dari hukum beliau. Seperti orang yang mengutamakan hukum para thaghut di atas hukum Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, mengutamakan hukum atau perundangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.” (Soleh al-Fauzan, Kitab Tauhid,1/69 - Darul Haq, Cet. 13/3/2006)

Demokrasi berpilihanraya membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat untuk terlibat dalam pemilihan atau perlantikan pemimpin bagi sesebuah negara Islam. Sekaligus ia adalah pemberian hak membuat hukum dan perundangan secara bebas. Sehingga sesiapa sahaja sama ada yang muslim atau yang kafir, yang berilmu atau yang jahil, yang zalim atau yang adil, yang amanah atau yang khianat, yang soleh atau yang fasiq, yang berpendidikan atau sebaliknya, diberikan hak begitu sahaja untuk terlibat secara langsung melantik siapa sahaja pemimpin yang mereka cenderungi.

Sedangkan Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah: “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.” (al-Ma’idah, 5: 100)

Sedangkan dalam Islam, menggubal atau menetapkan hukum sama ada di dalam berpolitik atau selain politik, ia perlu dipandukan kepada hak-hak Allah, iaitu hukum-hakam syari'at-Nya sebagaimana yang termasuk di dalam lembaran kitab Suci al-Qur'an dan perkataan-perkataan Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Itulah dustur (perlembagaan) dalam beragama sebagai seorang mukmin! Bukan mencari dustur-dustur lainnya dari suara-suara rakyat, parlimen, atau agama-agama kufur lainnya.

Menurut ‘Abdul Wahhab Khallaf rahimahullah (Wafat: 1357H):

“Siyasah asy-Syar’iyyah adalah proses pentadbiran yang selari dengan syara’, yang mana perjalanan urus-tadbirnya menjaga kepentingan rakyat melalui ruang lingkup daulah Islam dengan cara-cara yang dapat menjamin tercapainya kemaslahatan (kebaikan) umum, dapat menolak pelbagai bentuk kerugian, dan tidak melanggar syari’at Islam serta kaedah-kaedah asasinya, walaupun tidak selari dengan apa yang diutarakan oleh para imam mujtahid.” (‘Abdul Wahhab Khallaf, Siyasah Syar’iyah, m/s. 15. Rujuk: ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi, Madarikun Nadzar fii as-Siyasah, m/s. 142-143)

Kemudian di dalam berpolitik, pemilihan pemimpin bukanlah perkara kecil dan remeh. Ia melibatkan kriteria kelayakan dan kemampuan yang benar-benar diakui untuk tugasnya menjaga agama dan urus tadbir masyarakat. Jadi, urusan kepimpinan tidak sebegitu mudah diperjudikan dan diserahkan kepada sesiapa sahaja bebas untuk membuat pilihan, untuk berkempen, untuk bersuara, atau apatah lagi untuk memerintah.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Maka apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa (orang-orang kafir). Atau adakah kamu (melakukan demikian): bagaimanakah kamu mengambil keputusan?” (Surah al-Qalam, 68: 35-36)

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Surah az-Zumar, 39: 9)

Ingatlah, suara majoriti bukanlah penentu bagi sebuah kebenaran, apatah lagi sebagai yang memiliki hak mengatur hukam-hakam kehidupan beragama. Bahkan Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutkan di dalam al-Qur'an:

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka (dugaan akal) belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah al-An’am, 6: 116) [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Sebaliknya, kebenaran itu ada pada Qolallaahu wa qolaarrasul, iaitu firman Allah dan sabda Nabi. Itulah kebenaran yang dipegang oleh kaum beriman, iaitu umat yang bertauhid di mana pun ia berada di atas muka bumi ini.

Maka, ikutilah kupasan dan perbahasan ilmiyah selanjutnya berkaitan hukum demokrasi dari sudut pandang Islam melalui buku ini. Bagaimana seharusnya kita bersikap terhadapnya. Benarkah kita telah terjerat di dalamnya sehingga tidak mampu keluar lagi? Dapatkan jawabannya di dalam risalah penuh ilmiyah ini. InsyaAllah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
280 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.