Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Monday, December 31, 2012

671 - Sabar & Syukur, Mengungkap Rahsia di Balik Sabar dan Syukur

Sabar dan Syukur
Mengungkap Rahsia di Balik Sabar dan Syukur


Judul Buku:
Sabar & Syukur
Mengungkap Rahsia di Balik Sabar dan Syukur
Judul Asal: 'Idah ash-Shoabiriin wadz- Dzaakhirah asy-Syakiriin

Penulis:
Al-Hafiz Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)

Penerbit:
Pustaka Nuun

Harga:
RM50

Berat:

1.0kg

Keterangan Buku:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ، فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Orang-orang beriman yang sempurna dan tulus keimanannya akan sentiasa baik urusannya kerana dia sentiasa bersyukur dan bersabar. Dia sentiasa berada pada kedudukan redha dan merasa cukup. Baginya, kesenangan yang diterima adalah anugerah, manakala musibah yang menimpa pula adalah ujian yang mampu menaikkan kedudukannya serta membuahkan pahala tanpa batasan dari sisi Allah.

Manakala orang yang tidak beriman, hatinya sentiasa gelisah dan jiwanya selalu meronta walau begitu banyak kelebihan yang diraih. Apatah lagi kalau musibah pula yang datang, lebih lagi jiwanya tersiksa. Hatinya penuh hasad, kemarahan, memberontak, tidak redha, sehingga menjadikannya penuh dosa. Orang-orang yang tidak beriman dia selalu membenci dan tidak sabar dalam menjalani ketentuan taqdir Allah Ta’ala ke atas dirinya.

Maka di sinilah pentingnya memahami nilai sabar dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba. Seorang hamba pasti memerlukan kesabaran dalam setiap keadaan yang ditempuhinya. Kerana setiap apa yang dialaminya di dunia ini pasti tidak lepas dari dua keadaan, iaitu yang pertama apabila dia mendapat nikmat anugerah dari Allah, maka dia wajib bersabar dalam menerima, menikmati, dan menyelenggarakannya. Keduanya, ketika dia menerima musibah, sudah tentu dia perlu lebih lagi bersabar dalam menanganinya agar tidak bersikap melampaui batas.

Erti Sabar Dalam Islam

Sabar dapat dimaksudkan sebagai pengurusan diri untuk tetap melaksanakan ketaatan terhadap Allah berdasarkan apa yang disyari’atkan dan menahan diri dari apa-apa yang diharamkan-Nya serta bersikap redha terhadap setiap ketentuan taqdir-Nya tanpa berkeluh-kesah atau melampaui batas. Oleh itu, sabar di sini terbahagi kepada tiga keadaan iaitu sabar dalam menjalani ketaatan, sabar dalam menahan diri terhadap kemaksiatan, dan sabar dengan setiap ketentuan taqdir dari Allah Ta’ala (dengan tidak meninggalkan ketaatan dan melakukan yang haram akibat diuji atau ketika tertimpa musibah).

Maka dari itu, hukum sabar adalah wajib dan tiada istilah “sabar itu memiliki hadnya” atau “sabar itu ada batasnya.” Maka yang benar, sabar itu adalah wajib dalam apa jua keadaan bertepatan dengan maksud yang dijelaskan.

Jika mungkin ada yang bertanya, sampai bila mahu bersabar? Maka jawabnya, sabar itu wajib sampai ajal datang menjemput bersesuaian dengan apa yang disyari’atkan.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan perkukuhkanlah kesabaran kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 200)

Kata al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H):

أمروا أن يصبروا على دينهم الذي ارتضاه الله لهم، وهو الإسلام، فلا يدعوه لسرّاء ولا لضرّاءَ ولا لشِدَّة ولا لرِخَاء، حتى يموتوا مسلمين

“Mereka diperintahkan agar sentiasa bersabar dalam menjalankan agamanya yang diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Islam. Sehingga mereka tidak meninggalkannya sama ada pada waktu lapang ataupun sukar, pada ketika senang atapun susah, sehinggalah mereka mati dalam keadaan Muslim.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/195)

Dari sini difahami bahawa Allah Ta’ala sebenarnya memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tetap teguh berbuat taat, meninggalkan apa jua bentuk kemaksiatan, redha terhadap taqdir-Nya, serta perlu berusaha untuk menangani hal-hal di persekitarannya dengan penuh kesabaran.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Dan benar-benar akan Kami berikan ujian kepada kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Mereka itulah yang mendapat selawat (keselamatan) yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Surah al-Baqarah, 2: 155-157)

Allah Ta’ala memberitahu kita bahawa Dia akan menguji para hamba-Nya dengan kesenangan dan kesusahan, rasa takut, lapar, hilangnya harta, hilangnya orang yang disayangi, dan merosotnya hasil bumi. Ini semua adalah termasuk bentuk-bentuk ujian yang diberikan Allah kepada para hamba-Nya. Sesiapa yang bersabar dengannya maka ia mendapat pahala melimpah-ruah dan khabar gembira di Syurga, sebaliknya sesiapa yang putus-asa, maka ia sendiri yang rugi malah akan beroleh azab.

Dari itu, sesiapa yang sentiasa bersabar dengan setiap keadaan yang dihadapinya sama ada yang menyenangkan mahupun yang menyakitkan kerana semata-mata mencari keredhaan Allah, bererti dia telah menghiasi dirinya dengan akhlak yang mulia lagi terpuji. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jadi, fahamilah hakikat sabar dengan baik-baik. Kerana ganjaran bagi orang yang bersabar adalah tanpa batas dan tidak terkira banyaknya. Dari sisi Allah-lah balasannya. Manakala mereka yang tidak sabar, maka dia akan celaka. Diikuti dengan sabar, rasa syukur dan redha pula pasti akan mengiringi. Fahamilah semua ini dengan lebih terperinci lagi melalui buku hasil karya Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ini. Sebuah pengungkaran keindahan sabar, syukur, dan redha serta rahsia-rahsia (hikmah) di balik hakikat tersebut.

Jumlah Muka Surat:
480 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.