Pustaka al-Haura'
Harga:
Berat:
300g
Keterangan Buku:
“Ikhtilaafu ummati rahmah” (Perselisihan umatku adalah rahmat). Itulah sebuah ungkapan yang dianggap sebagai sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Padahal, tidak ada satu pun kitab hadits secara bertulis yang memuatkan ungkapan seperti ini. Sekiranya ada pun, maka statusnya adalah sangat dha’if (lemah), bahkan ulama menyatakan ia sebagai tidak diketahui asal-usulnya.
Ironisnya, ungkapan tersebut begitu sering sekali digunakan sebagai ‘dasar’ untuk menjustifikasikan atau membenarkan pelbagai bentuk perbezaan dan perselisihan pendapat yang terjadi dalam masyarakat Islam. Sungguh menghairankan apabila ada anggapan sebahagian pihak yang mendakwa perselisihan sebagai rahmat. Bukankah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Tetapi mereka sentiasa berselisih, MELAINKAN orang-orang yang dirahmati oleh Rabb-mu.” (Surah Huud, 11: 118-119)? Sangat jelas, ayat ini menunjukkan bahawa Allah mengecualikan orang-orang yang dirahmati-Nya dari perselisihan. Dan orang yang dirahmati itu adalah orang-orang yang jauh dari perselisihan.
Bahkan dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengatakan:
“Hidup berjama’ah adalah rahmat, manakala perpecahan adalah azab.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/392: Kata al-Haitsami, “Diriwayatkan oleh Ahmad, ath-Thabrani, dan al-Bazzar. Para perawi keduanya tsiqah.” Dinilai sahih oleh al-Albani. Lihat juga Tahqiq Musnad Ahmad oleh Syu’aib al-Arnauth)
Lalu yang peliknya, ada sebahagian pendakwah selalu mengungkapkan slogan berikut:
“Kita saling tolong-menolong dalam perkara yang kita sepakati, dan kita saling memberi maaf serta bertoleransi dalam hal-hal yang kita perselisihkan.”
Sekaligus menjadikannya sebagai dustur dan kaedah! Ini banyak diungkapkan oleh tokoh-tokoh pergerakan (haraki) dan parti-parti politik demi mengumpul ahli. Sebab itu kita dapat melihat betapa porak-perandanya mereka. Sehingga pelbagai bentuk firqah dan ideologi sesat dapat berkumpul di dalam satu-satu parti atau kelompok. Prinsip mereka saling celaru dan tidak keruan. Pelbagai kesesatan di dalam pertubuhan sendiri didiamkan. Sebaliknya, kesalahan dan kesilapan di pihak lain pantas sekali mereka hentam.
Ini suatu yang sungguh aneh dan pelik. Apakah terhadap hal-hal yang menyelihi manhaj, aqidah, dan syari'at, boleh kita biarkan dan berikan maaf begitu sahaja atas alasan perpaduan dan menjaga keutuhan parti dan kelompok?!
Dengan itu, lalu bagaimana sebenarnya sikap kita terhadap perselisihan yang banyak berlaku? Apa yang harus dilakukan ketika berlaku perbezaan dan perselisihan? Adakah para Sahabat tidak pernah berbeza pendapat? Apakah maksud dari kaedah yang dibahaskan dalam buku ini? Wujudkah perbezaan pendapat yang dibenarkan, atau bagaimanakah perbezaan pendapat yang dibenci? Semoga buku ini dapat memuaskan dahaga jiwa inkuiri (sifat ingin tahu) anda. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.