Khazanah Islamiah
Harga:
Berat:
450g
Keterangan Buku:
Perayaan atau sambutan maulid Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah sering sekali diadakan oleh masyarakat umat Islam, terutamanya di Nusantara ini. Ia dirayakan sepanjang bulan Rabbi’ul Awwal saban tahun. Ia telah menjadi sebuah acara yang sinonim dalam kalangan masyarakat Islam, termasuk salah satu acara yang gilang-gemilang dan perayaan besar dalam Islam. Tidak sah kalau tidak diadakan terutamanya sebagai salah satu sarana mengenang dan sebagai tanda cinta terhadap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Namun tidak enaknya, sejak akhir-akhir ini sering kedengaran ada pihak-pihak tertentu yang suka mengecam sambutan maulid Nabi sebagai perbuatan yang bid’ah dan sesat. Akhinya tajuk Maulid Nabi semakin menjadi polemik dan sumber pertelingkahan antara beberapa pihak tertentu.
Perlu kita fahami bahawa perkataan bid’ah bukanlah perkataan yang sembarangan. Ia adalah sebuah kalimat yang menggambarkan sebuah perbuatan yang sesat dan pelakunya diancam dengan neraka.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menegaskan dalam sebuah khuthbahnya:
“Sebaik-baik perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur'an), dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam), dan seburuk-buruk perkara (dalam agama) adalah apa yang diada-adakan lalu disandarkan kepada agama (iaitu bid’ah), dan setiap bid'ah itu adalah kesesatan.” (Shahih Muslim, no. 867)
Jadi, dari hadis ini dapat kita ketahui bahawa kalimat bid’ah, bukanlah kalimat main-main. Ia adalah kalimat yang digunakan sebagai menunjukkan sebuah kesesatan.
Jadi, wajarkah sebuah majlis atau sambutan yang diadakan demi mengenang dan sebagai tanda cinta terhadap Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dikatakan sebagai bid’ah? Yang mana kata Nabi, bid’ah itu adalah sesat?!! Sungguh, fenomena dan tuduhan ini termasuk suatu yang merunsingkan dan berat.
Atas sebab itulah, maka buku ini pun disusun sebagai hujah yang menjelaskan kedudukan sebenar perayaan dan sambutan Maulid Nabi dalam Islam. Penulis mengemukakan kedudukan Maulid Nabi dalam Islam berdasarkan aspek sejarahnya, definisinya, tujuan dan objektifnya, dalil-dalilnya, kedudukan Maulid Nabi dalam Islam, syubhat-syubhat dan jawaban-jawabannya, fatwa-fatwa para ulama terhadapnya, sarana menyemai benih cinta terhadap Nabi, dan penjelasan tuntas sekitar maksud bid’ah antara yang tercela dan yang hasanah.
Ini adalah dalam rangka supaya kita tidak bermudah-mudah menuduh itu bid’ah dan ini bid’ah, itu sesat dan ini sesat. Jadi, lihat dan fahamilah dengan saksama, semoga kita dapat berlapang dada. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.