Judul Asal: Bab Haji dari Kitab Fath Dzil al-Jalali wa al-Ikram Syarah Bulughul Maram
Darus Sunnah
Harga:
Berat:
0.8kg
Keterangan Buku:
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu (bagi) orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Dan sesiapa yang mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 97)
Ibadah haji adalah salah satu dari rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syaratnya, iaitu telah Islam, berakal, baligh, merdeka, dan memiliki kemampuan. Ibadah haji memiliki kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah.
Dan bagi ibadah haji ini sudah tentu tidak akan dapat dilaksanakan dengan benar melainkan dengan ilmu yang benar sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam sunnah-sunnah beliau. Iaitu sebagaimana beliau melaksanakan manasiknya, dan beliau memerintahkan agar kita berhaji sebagaimana beliau melaksanakannya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersaba:
“Ambillah (contohilah) dariku tata cara perlaksanaan ibadah haji kalian.” (Shahih Muslim, no. 51, 1297)
Maka, buku ini adalah antara buku yang membentangkan penjelasan-penjelasan penting perincian tata cara dan permasalahan berkaitan ibadah haji ini. Termasuk di dalamnya adalah penjelasan umrah, menunaikan haji orang tua, haji nadzar, hukum safar, mahram, keutamaan Makkah dan Madinah, ihram, miqat, orang yang sakit, dan banyak lagi lainnya. Penjelasan dan penjabaran Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin ini adalah berdasarkan methode susunan dan judul bab terhadap hadis-hadis dalam bab haji dari kitab Bulughul Maram karya Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.