Judul Asal: Al-Adzkar Al-Muntakhabah min Kalaam Sayyidil Abraar
Harga:
Berat:
1.8kg
Keterangan Buku:
Imam An-Nawawi mengatakan di dalam mukaddimah buku ini:
"Bahawa sebaik-baik keadaan seorang hamba adalah di saat dia berdzikir kepada Rabb-Nya, iaitu Rabb sekalian alam. Dia menyibukkan dirinya dengan dzikir-dzikir yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, pemimpin seluruh Rasul.
Para ulama telah menulis banyak kitab yang berkaitan dengan amalan seharian, doa-doa, dan dzikir-dzikir yang diketahui oleh mereka yang telah mengenal Allah Subhanahu wa Ta'ala. Namun semua itu terlalu panjang dengan banyaknya sanad dan pengulangan sehingga menjadikan orang yang ingin mempelajarinya merasa jemu. Maka di sini, saya berhasrat untuk memudahkan hal tersebut bagi yang menginginkan. Kemudian saya menghimpunkan kitab ini sebagai suatu ringkasan terhadap tujuan-tujuan yang saya sebutkan di atas, dan bukan untuk mengetahui sanad-sanadnya, kerana kebanyakan mereka tidak menyukainya kecuali sedikit. Keraja tujuan yang sebenarnya adalah untuk mengetahui dzikir-dzikir tersebut, lalu mengamalkannya. Kemudian saya menjelaskan hal-hal yang kelihatan samar bagi mereka yang ingin mencari petunjuk, dan insyaAllah sebagai ganti dari sanad-sanad yang tidak saya sertakan tersebut, saya akan menyertakan hal yang lebih penting lagi, iaitu menjelaskan status hadis tersebut sama ada sahih, hasan, dha'if, atau mungkar.
Ini adalah yang lebih diperlukan oleh semua orang kecuali sedikit dari kalangan ahli hadis. Ini adalah suatu hal penting yang wajib untuk dipegang teguh, lagi diperlukan oleh para pelajar dari kalangan penghafaz, demikian juga dengan para imam, saya juga menyertakannya dengan beberapa dasar penting ilmu hadis, perincian hukum-hakam fiqh, kaedah-kaedah penting, galakkan, dan etika atau adab-adab yang penting yang peru diketahui oleh mereka yang mendalami tasawuf. Saya akan menjelaskan semua itu dengan bahasa yang mudah difahami oleh kalangan awam dan kaum terpelajar." (Mukaddimah Al-Adzkar)
Buku ini secara umumnya, dibahagikan mengikut bab-bab tertentu tentang doa-doa, dzikir-dzikir, dan adab-adab tertentu dalam Islam. Di antara bab-bab tersebut adalah seperti:
1, Mukaddimah, keutamaan dan kedudukan dzikir, serta adab-adab asas tentang dzikir dan doa.
2, Keutamaan dzikir.
3, Doa-doa seharian.
4, Adab-adab terhadap Al-Qur'an.
5, Bab Pujian terhadap Allah.
6, Selawat ke Atas Nabi.
7, Dzikir-dzikir dan Doa-doa untuk hal-hal khusus tertentu.
8, Dzikir-dzikir yang dibaca ketika solat, baik solat wajib ataupun yang sunnah.
9, Dzikir-dzikir tentang Ramadhan, dan bulan-bulan tertentu.
10, Dzikir-dzikir yang berkaitan dengan haji.
11, Dzikir-dzikir yang berkaitan dengan jihad.
12, Dzikir-dzikir ketika makan dan minum.
13, Dzikir dan adab-adab ketika bersin, serta sunnah mendoakan keselamatan.
14, Dzikir-dzikir yang berkaitan dengan pernikahan.
15, Bab nama dan kun-yah (gelaran).
16, Pelbagai dzikir-dzikir yang bersifat umum.
17, Bab menjaga lisan.
18, Adab-adab berdoa.
19, Bab Istighfar.
Dan banyak lagi sub-perbahasan yang lainnya yang mana di dalamnya menghimpunkan pelbagai jenis doa dan dzikir-dzikir yang diambil dari hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.