Ruthab (kurma masak yang belum dikeringkan atau dijemur) adalah termasuk makanan yang baik-baik, mengenyangkan, lagi berkhasiat. Malah ia termasuk sebahagian buah-buahan yang barakah, makanan para Nabi, dan disebutkan oleh Allah dalam al-Qur’an sebagai sebahagian dari bentuk kesenangan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan dalam firman-Nya tentang Maryam:
“Dan goyanglah pangkal pohon (kurma) itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah ruthab yang masak untukmu, maka makan, minum, dan bersenang hatilah kamu.” (Surah Maryam, 19: 25-26)
Dalam sebuah hadis sebagaimana riwayat Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu:
“Pernah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diberikan bungkusan ruthab, lalu beliau pun berkata (membacakan satu ayat al-Qur’an):
“Perumpamaan perkataan yang baik adalah seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Rabb-nya.” (Surah Ibrahiim, 14: 24-25) Beliau bersabda, “Itulah pohon kurma.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 3119. Lihat juga Tafsir Ibnu Katsir)
Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) menyebutkan secara khusus perihal ruthab ini dalam sebahagian kitab-kitab beliau seperti Zaadul Ma’ad dan Ath-Thibbun Nabawi. Beliau mengemukakan beberapa hadis tentangnya dan kemudian menjelaskan tentang sebahagian dari keutamaan buah ruthab tersebut.
Ummul Mukminiin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha pernah menceritakan:
“Kami, keluarga Muhammad pernah tidak menyalakan dapur dengan api untuk tempoh sebulan lamanya, makanan kami ketika itu hanyalah air sejuk dan at-tamr (kurma kering).” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2471)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
“Tidak akan kelaparan penghuni rumah yang di dalamnya memiliki at-Tamr (kurma kering).” (Shahih Muslim, no. 2046)
Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):
“Di dalam hadis ini terdapat petunjuk akan keutamaan kurma dan dibolehkan untuk menyimpannya untuk ahli keluarga serta anjuran menyimpannya.” (Syarah Shahih Muslim, 13/230)
Dari sini sahaja telah menunjukkan tentang keutamaan dan kelebihan kurma sebagai makanan yang baik, yang mampu menampung keperluan pemakanan harian bagi seseorang.
Banyak hadis-hadis yang lain yang mengkhabarkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memang biasa memakan kurma. Sama ada untuk berbuka puasa, bersahur, atau selainnya.
Antaranya Anas B. Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbuka puasa sebelum solat dengan beberapa biji ruthab, jika tiada ruthab maka beliau berbuka dengan beberapa biji tamr, jika tiada tamr maka beliau berbuka dengan beberapa tegukan air sejuk.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 696)
Bahkan dalam hadis-hadis yang lain, Rasulullah dan para sahabatnya menjadikan kurma sebagai bekalan makanan di medan perang (rujuk: Shahih Muslim, 1910), selain itu kurma juga digunakan sebagai makanan untuk mentahnik bayi (rujuk: Shahih al-Bukhari, 5467, 3909, 5470), dianjurkan memakan kurma sebelum solat 'Ied al-Fithri (Shahih al-Bukhari, no. 953), dan banyak lagi contoh-contoh kelebihan kurma yang lainnya.
Selain itu, khasiat dan kebaikan ruthab atau kurma juga turut diperakui melalui banyak penelitian sains. Ia termasuk makanan yang ringkas, kaya dengan karbohidrat ringkas (yang mampu membekal tenaga segera), dan mudah dihadamkan oleh sistem pencernaan tubuh.
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.