Judul Asal: Riyadhus Shalihin min Kalam Sayyid al-Mursalin
Harga:
Berat:
1.6kg
Keterangan Buku:
Siapa yang tidak mengenal karya-karya hebat beliau seumpama Riyadhus Shalihin (dalam bidang hadis dan tazkiyatun nufus), al-Arba’in an-Nawawiyah (dalam bidang hadis dan manhaj), al-Adzkar (fiqh doa), al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab (fiqh perbandingan mazhab), al-Minhaj Syarah Shahih Muslim (fiqh hadis), ar-Raudhah ath-Thalibin (fiqh mazhab asy-Syafi’i), Tahdzib al-Asmaa’ wa al-Lughah (bahasa), bahkan beliau juga turut pernah menyusun Syarah Shahih al-Bukhari, serta banyak lagi yang lainnya. Ini semua menggambarkan betapa dalamnya ilmu yang beliau miliki sehingga boleh dikatakan bahawa tidak seorang pun ulama di generasi sesudahnya yang tidak menuai manfaat dari karya-karyanya.
Dan yang ada di hadapan kita ini adalah salah satu hasil terjemahan kitab beliau yang amat berharga lagi bernilai besar. Yang mengandungi kebaikan yang melimpah-limpah bagi yang memerhatikannya. Yang sangat besar manfaatnya lagi sangat banyak dibaca oleh masyarakat. Iaitu kitab Riyaadhush Shaalihiin (Taman-taman para Solihin). Sebuah kitab yang mencakupi bidang hadis, amalan seorang muslim, tazkiyatun nufus (penyucian jiwa), zuhud, galakkan beramal dan menjauhi yang dilarang, amar ma’ruf nahi mungkar, akhlak, ilmu, jihad, adab, doa, taubat, ikhlas, tauhid, dan beberapa lagi yang lainnya.
Imam An-Nawawi berkata dalam mukaddimah kitab ini:
“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki mereka supada memberi-Ku makan.” (Surah adz-Dzaariyat, 51: 56-57)
Ini merupakan sebuah penegasan bahawa mereka diciptakan untuk beribadah. Oleh sebab itu, amatlah wajar jika mereka wajib memberikan eprhatian yang sungguh-sungguh terhadap asal tujuan mereka diciptakan dan berpaling dari semua bahagian duniawi dengan bersikap zuhud. Kerana dunia adalah negeri kehancuran, bukan negeri yang abadi. Dunia hanyalah tempat persinggahan dan transit, bukan yang kekal. Dari sebab itulah, maka penduduk dunia yang benar-benar prihatin adalah orang-orang yang tekun beribadah. Dan manusia yang paling pintar di dunia adalah orang yang bersikap zuhud.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu dengan air tersebut tumbuhlah tanam-tanaman bumi dengan subur, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-permliknya mengira bahawa mereka pasti menguasasinya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) umpama tanam-tanaman yang sudah dipotong-potong (dituai), seakan-akan belum pernah tumbuh semalam. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir.” (Surah Yunus, 10: 24)
Dan ayat-ayat Allah yang senada dengannya cukuplah banyak. Sungguh indah apa yang diungkapkan oleh seorang penyair:
“Sesungguhnya Allah memiliki hamba yang cerdas.
Mereka melepaskan dunia dan takut terhadap fitnah-fitnah.
Mereka selalu memerhati.
Jika mereka tahu bahawa dunia bukan negeri bagi yang hidup.
Mereka pasti akan menjadikannya sebagai jalan menyeberang.
Mereka gunakan amal yang soleh sebagai perahunya.”
Jika keadaan kita adalah untuk menuju Allah yang menciptakan, jadi sudah seharusnya seorang yang mukallaf mencurahkan dirinya untuk mengikuti jejak orang-orang terpilih dan orang-orang yang menempuh jalan sebagaimana yang ditempuh oleh orang-orang yang mempunyai akal fikiran yang benar-benar sejahtera, serta memperhatikan apa yang telah kami peringatkan tadi. Jalan yang paling benar dan yang paling baik adalah mengikuti sunnah Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, seorang makhluk yang paling utama sepanjang zaman. Semoga Allah melimpahkan rahmat serta salam kepadanya dan nabi-nabi lainnya.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, nescaya baginya pahala yang semisal dengan pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.” (Shahih Muslim, no. 2674)
Atas sebab itulah, penulis berusaha menghimpun sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis sahih secara ringkas yang mencakupi pelbagai aspek yang dapat dijadikan sebagai jalan bagi orang-orang berkaitan untuk menuju kepada kehidupan akhirat yang menghasilkan adab-adabnya secara zahir mahupun bathin. Iaitu hadis-hadis tentang kezuhudan, tentang riyaadhah atau latihan jiwa, penyucian akhlak, tentang penyucian dan pengubatan hati, tentang menjaga anggota-anggota tubuh dan terapi rawatannya, yang selainnya yang menjadi tujuan pagi para bijaksana yang sentiasa meneliti.
Kami tetap konsisten hanya mengemukakan hadis-hadis sahih yang kami kumpulkan dari kitab-kitab hadis sahih yang masyhut. Sebelum sampai kepada hadis-hadis, kami memulakannya dengan menyebutkan beberapa ayat-ayat al-Qur’an, kemudian kami akhiri dengan menjelaskan makna-makna dalam hadis yang dianggap masih samar. Jika di penghujung sebuah hadis ada kalimat Muttafaq ‘alaih, bererti memang yang dimaksudkan adalah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
Dengan selesainya membaca kitab ini, kami berharap dapat menjadi pembimbing kepada kebaikan bagi orang-orang yang menaruh perhatian yang sungguh-sungguh, sekaligus dapat mencegahnya dari keburukan dan hal-hal yang mencelakakan...” [Imam An-Nawawi dalam Mukaddimah kitab Riyaadhus Shalihin. Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Semoga dengan terbitnya hasil terjemahan ini, ia akan berupaya menambah lagi manfaat buat masyarakat dan umat Islam khususnya. InsyaAllah edisi ini termasuk edisi terjemahan yang baik dan sesuai dibaca oleh setiap lapisan masyarakat yang mendambakan kebaikan berpandukan dalil-dalil al-Qur’an dan hadis-hadis yang sahih.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.