Membuka Mata dan Hati Meniti Jalan Kebenaran
Nashirussunnah
Harga:
Berat:
0.45kg
Keterangan Buku:
Sungguh nikmat yang terbesar bagi seorang muslim adalah nikmat Islam yang hakiki. Islam yang dibina di atas tauhid dan sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lebih-lebih lagi di kala seorang muslim melihat di sekelilingnya, betapa banyak manusia yang terjerumus dalam peribadahan kepada sesama makhluk. Sebahagian manusia menyembah matahari, sebahagian manusia menyembah lembu, sebahagian yang lain menyembah batu, kemudian sebahagian yang lain ada pula yang menyembah pohon dan seterusnya.
Nikmat Islam yang dibina di atas tauhid dan sunnah akan terasa semakin besar dan tinggi, tatkala seorang muslim melihat bahawasanya di antara saudara-saudaranya sesama muslim masih ada yang terjerumus dalam praktik-praktik amalan kesyirikan dan kebid’ahan, sama ada mereka menyedarinya atau tidak.
Sungguh sangat menyedihkan tatkala kita melihat bahawasanya di tanah air kita:
1, Masih banyak kaum muslimin yang percaya kepada dukun-dukun, pawang-pawang, atau bomoh-bomoh.
2, Masih banyak kaum muslimin yang percaya kepada ramalan-ramalan nasib.
3, Masih ada kaum muslimin yang mempraktikkan sihir.
4, Masih banyak kaum muslimin yang bekerja sama dengan jin dan mempraktikkan “ilmu kebal”.
5, Masih banyak kaum muslimin yang masih memakai tangkal dan mantera-mantera.
6, Masih banyak kaum muslimin yang tidak mengenal sunnah-sunnah Nabi mereka, lalu berleluasalah bid’ah-bid’ah.
7, Masih banyak kaum muslimin yang gemar meniru-niru atau mencontohi ahlul kitab (Yahudi dan Nashaara) dalam tata cara beribadah, seperti beribadah dengan muzik dan nyanyian.
Lebih menyedihkan lagi tatkala kita mendapati ternyata muncul da’i-da’i (para pendakwah) yang mendukung bid’ah-bid’ah dan kesyirikan. Sesungguhnya pertarungan antara haq dan bathil akan terus ada hingga hari kiamat. Pertarungan antara tauhid dan kesyirikan, antara sunnah dan bid’ah, maka ia akan terus berlangsung.
Pertarungan antara Ahlus Sunnah dan Jahmiyah sudah berlangsung sejak zaman dahulu, kerana setiap kaum pasti ada penerusnya.
Bagi Ahlus Sunnah, membela sunnah Nabi yang mulia, dengan cara membantah para pelaku bid’ah, membongkar kesesatan mereka, dan membantah syubhat-syubhat mereka merupakan jihad fii sabiilillah.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
“Seperti para pemimpin bid’ah dari kalangan penganut pemikiran-pemikiran yang menyimpang atau pelaku ibadah-ibadah yang menyimpang dari al-Kitab dan as-Sunnah, maka menjelaskan (hakikat) keadaan mereka dan memperingatkan umat dari mereka hukumnya adalah wajib berdasarkan kesepakatan kaum muslimin.
Bahkan pernah dikatakan kepada Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H):
“Seseorang yang berpuasa dan solat serta i’tikaf lebih engkau sukai atau ia berbicara (membantah) Ahlul Bid’ah yang lebih engkau sukai?”
Imam Ahmad berkata, “Jika ia solat dan i’tikaf maka hal itu adalah untuk dirinya sendiri. Tetapi jika ia membantah Ahlul bid’ah maka hal tersebut untuk kaum muslimin, dan ini lebih afdhal (utama).”
Maka Imam Ahmad menjelaskan bahawasanya manfaat membantah Ahlul Bid’ah umum bagi kaum muslimin bagi agama mereka, termasuk jenis jihad fii sabiilillah. Kerana memurnikan jalan Allah dan agama, manhaj, dan syari’at-Nya serta membantah kesesatan dan permusuhan mereka hukumnya wajib kifayah berdasarkan kesepakatan kaum muslimin. Kalau bukan kerana orang-orang (para ulama) yang telah ditegakkan Allah untuk menolak bahaya mereka (Ahlul bid’ah) maka tentu akan rosak agama ini.
Kerosakkan yang ditimbulkan oleh ahli bid’ah jauh lebih berat berbanding kerosakkan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh perang yang memerangi. Kerana para musuh perang itu mereka tidak merosak hati dan tidak pula merosak agama secara langsung, akan tetapi hanya mengusik faktor luaran (fizikal). Adapun Ahlul Bid’ah maka mereka merosakkan hati (aqidah dan agama) secara langsung.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/231-232)
Muhammad B. Yahya adz-Dzuhliy rahimahullah (salah seorang guru Imam al-Bukhari dan Imam Muslim) berkata:
“Aku mendengar Yahya B. Ma’iin rahimahullah berkata:
“Membela sunnah lebih mulia dari jihad fii sabilillah.”, Maka aku berkata kepada Yahya:
“Seseorang berinfaq dengan hartanya, lelah, dan berjihad lantas hal ini (membela sunnah) lebih baik?” Yahya B. Ma’iin pun berkata:
“Ya itu lebih baik, jauh lebih baik.” (Adz-Dzahabi, Siyar A’laam An-Nubala’, 10/518)
Membantah syubhat-syubhat para pelaku bid’ah merupakan sebahagian dari praktik Al-Amr bil Ma’ruuf wa an-Nahyu ‘Anil Munkar.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu suatu kemungkaran, maka tegahlah ia dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan lisannya (perkataan). Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no. 49)
Bagaimana seorang muslim yang memiliki ghirah (semangat kecintaan dan kecemburuan) terhadap agama akan diam tatkala melihat seorang pelaku bid’ah menyebarkan bid'ahnya dan menghembuskan syubhatnya, apalagi menyebarkan virus-virus syubhat agar melariskan kesyirikan seperti meminta beristighotsah kepada mayat (serta kuburan)?
Imam Syu’bah B. Al-Hajjaaj rahimahullah (Wafat: 160H) pernah berkata:
“Marilah kita berbuat ghibah (mengumpat) kerana Allah barang sebentar.” (Ibnu Rejab, Syarh ‘ilal at-Tirmidzi, m/s. 45)
Imam Ibnu al-Mubaarak rahimahullah (Wafat: 181H) pernah menyebutkan seseorang, lantas ia berkata:
“Orang ini berdusta.” Ada seseorang yang berkata kepadanya, “Wahai Abu ‘Abdirrahman, engkau telah berbuat ghibah (mengumpat).” Maka Ibnu al-Mubaarak pun berkata:
“Diamlah engkau, jika kita tidak menjelaskan maka bilakah akan diketahui kebenaran dari kebathilan?” (Syarh ‘ilal at-Tirmidzi, m/s. 46)
Di zaman dahulu para ulama telah membantah para pelaku bidah. Sebagai contoh, banyak ulama yang membantah firqah Jahmiyah seperti Imam Ahmad dalam kitabnya “Ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah wa az-Zanaadiqah, ‘Utsamaan B. Sa’iid ad-Daarimi dalam kitabnya “Ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah” dan “Ar-Radd ‘ala Bisy al-Mariisi.”
Demikian juga Ibnu Qutaibah (Wafat: 276H) dalam kitabnya “Al-Ikhtilaaf fii al-Lafz wa ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah wa al-Musyabbihah”, Ibnu Baththah (Wafat: 387H) dalam kitabnya “Al-Ibaanah” dan masih banyak lagi kitab-kitab yang lain yang telah ditulis oleh para ulama mutaqaddimiin untuk membantah para pelaku bid ah.
Dalam buku ini penulis berusaha membantah pernyataan-pernyataan yang sangat berani dan syubhat-syubhat yang dilontarkan oleh seorang Habib di Nusantara ini yang masyhur dengan majlisnya, seperti:
Pertama: Celaan beliau kepada para ulama dunia yang telah meninggal dunia seperti Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baaz rahimahullah yang dikatakan oleh Habib ini memiliki aqidah yang jumud. Asy-Syaikh al-Muhaddits Muhammad Nashiruddin al-Albani yang dikatakan oleh Habib ini sebagai Tong Kosong yang menipu umat. Sedangkan Asy-Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin serta para ulama yang lainnya yang dituduh sebagai tukang gunting dan tukang tampal perkataan para ulama.
Bukan hanya para ulama yang telah meninggal dunia yang tidak selamat dari lisan Habib ini, ternyata ulama yang masih hidup seperti Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh ‘Abdurrahman as-Sudais juga dicela dengan celaan yang buruk oleh Sang Habib!
Celaan-celaan terhadap ulama ini sangat berat. Yang lebih berat lagi, adalah tuduhan-tuduhan Sang Habib kepada mereka dengan tuduhan-tuduhan dusta, sebagaimana nanti dapat ditelaah oleh para pembaca dalam buku ini.
Kedua: Sang Habib sering menuduh para ulama tersebut dangkal dalam ilmu hadis. Akan tetapi setelahpenulis menyemak pernyataan-pernyataan Habib ini, maka penulis mendapatkan ternyata perkaranya adalah sebaliknya, justru Sang Habib inilah yang sering salah dalam ilmu hadis.
Ketiga: Sang Habib menyatakan bahawasanya fatwa orang yang tidak bersanad adalah bathil. Dengan senjata inilah Sang Habib begitu mudahnya menolak fatwa-fatwa para ulama.
Keempat: Habib ini (sama ada secara sengaja ataupun tidak disengaja) terjerumus dalam beberapa kedustaan (antaranya):
1, Berdusta atas nama Imam asy-Syafi’I rahimahullah.
2, Berdusta atas nama Imam Ibnu Hajar rahimahullah.
3, Berdusta dengan menuduh Syaikh B. Baaz rahimahullah mengatakan bahawa bumi ini tidak bulat akan tetapi seperti piring.
4, Berdusta dengan menuduh para ulama seperti Syaikh B. Bazz, al-Albani, dan selainnya tidak memiliki sanad.
5, Berdusta dengan menuduh bahawa Asy-Syaikh as-Sudais Imam Masjidil Haram telah mengarang sebuah kitab yang melemahkan hadis-hadis dalam Shahih Al-Bukhari, dan berdusta dengan menuduh bahawa para ulama seperti Syaikh B. Baaz dan Syaikh al-‘Utsaimin) sering menggunting perkataan para ulama.
5, Sang Habib menimbulkan keraguan terhadap buku-buku Islami yang beredar sekarang kerana tidak bersanad.
6, Sang Habib menimbulkan keraguan terhadap terjaganya hadis-hadis yang sahih, dengan menyatakan bahawa hadis yang tersisa di buku hanya sekitar 80 ribu hadis, sementara hadis-hadis yang hilang ada jutaan hadits.
7, Sang Habib begitu mudah dalam mengkafirkan.
8, Dan ini merupakan perkara yang sangat parah, iaitu Sang Habib membolehkan beristighotsah (memohon pertolongan hajat) kepada mayat, padahal ini merupakan kesyirikan.
Inilah buku yg berusaha membantah dengan ilmiyyah tuduhan-tuduhan dan pemahaman bathil sang habib. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala memberikan hidayah kepada kita semua. Dan sungguh Allah Subhanahu wa Ta’ala maha Penerima taubat.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.