(Karya Syaikh al-'Utsaimin)
Judul Asal: athu Dzi Al-Jalal wa Al-Ikram; Kitab ash-Sholah
Harga:
Berat:
1.1kg
Keterangan Buku:
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
“Orang-orang yang kafir dari golongan Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tidak akan meninggalkan (agama mereka) sampai datang kepada mereka bukti yang nyata, (iaitu) seorang Rasul dari Allah (Muhammad) yang membacakan lembaran-lembaran yang suci (Al-Qur-an), di dalamnya terdapat (isi) kitab-kitab yang lurus (benar). Dan tidaklah berpecah-belah orang-orang Ahli Kitab melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang nyata. Padahal mereka hanya diperintahkan menyembah Allah dengan ikhlas mentaati-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama, dan juga agar mereka melaksanakan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus (benar). “ (Surah Al-Bayyinah, 98: 1-5)
Allah Ta’ala juga memerintahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk memerangi manusia agar mereka mengucapkan dua kalimat syahadat, mendirikan solat, dan membayar zakat.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mengikrarkan bahawa tidak ada ilah (sesembahan) yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan solat, dan membayar zakat. Jika mereka telah melakukan hal tersebut, maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku, kecuali dengan hak Islam, dan hisab mereka ada pada Allah ‘Azza wa Jalla.” (Shahih al-Bukhari, no 25. Muslim, no. 22)
Solat adalah Rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Solat adalah tiang agama yang wajib ditegakkan dan disemarakkan. Solah adalah sebaik-baik amal. Solat adalah cahaya kehidupan seorang mukmin. Solat adalah amal yang membawa keselamatan di dunia dan akhirat.
Solat adalah amalan yang menghubungan antara hamba dengan Rabb-nya Subhanahu wa Ta’ala yang wajib dilaksanakan lima waktu sehari semalam, bersesuai petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana sabda beliau:
“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat.” Shahih al-Bukhari, no. 631, 6008, 7246)
Para ulama fiqih telah mengumpulkan dalil-dalil, berbicara, berusaha sungguh-sungguh, dan menulis tentang sifat (tata cara) solat Nabi Shallallanhu ‘alaihi wa Sallam. Hal itu kerana syarat diterimanya ibadah ada dua:
1, Ikhlas kerana Allah Ta’ala semata.
2, Ittiba’ (mengikuti contoh) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Tentang ikhlas kerana Allah Ta’ala, maka masalah ini dibahas oleh para ulama tauhid dan ‘aqidah. Sedangkan masalah ittiba’ (mengikuti contoh) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dibahaskan pula oleh para ulama hadis dan fiqih.
Lawan dari ikhlas adalah syirik, sedangkan lawan dari mutaba’ah (mengikuti sunnah) adalah bid’ah.
Oleh kerana itu, sesiapa yang mengikuti contoh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam tanpa keikhlasan maka ibadahnya tidak sah, berdasarkan firman Allah Ta’ala dalam hadis Qudsi:
“Aku tidak perlu kepada semua sekutu. Sesiapa beramal dengan mempersekutukan-Ku dengan yang lain, maka Aku biarkan dia bersama sekutunya.” (Shahih Muslim, no. 2985 )
Dan sesiapa yang iklas kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, tetapi tidak mengikuti contoh Rasullullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam maka ibadahnya tertolak, berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:
“Sesiapa yang beramal tanpa adanya tuntunan dari kami, maka amalan tersebut tertolak.” (Shahih al-Bukhari, no. 2697)
Solat wajib dikerjakan dengan ikhlas dan ittiba’ serta solat wajib dilaksanakan dengan khusyu’ dan thuma’ninah. Dari itu, beruntunglah orang yang melaksanakannya dengan khusyu’ dan thuma’ninah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. (Iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya.” (Surah al-Mu’minuun, 23: 1-2)
Sebaliknya merugilah orang-orang yang lalai dari solatnya dan mengerjakannya dengan tidak khusyu’ dan tidak thuma’ninah.
Allah Ta’ala berfirman:
“Maka celakalah orang-orang yang solat tetapi lalai terhadap solatnya.” (Surah al-Maa’uun, 107: 4-5)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya ada seorang lelaki yang mengerjakan solat selama 60 tahun, tetapi tidak ada satu solat pun yang diterima darinya. Barangkali ia menyempurnakan ruku’, tetapi tidak menyempurnakan sujud, dan menyempurnakan sujud, tetapi tidak menyempurnakan ruku’.”(Silsilah al-Ahaadits ash-Shahiihah, no. 2535)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:
“Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akan melihat kepada solat seorang hamba yang tidak meluruskan punggungnya pada saat berdiri di antara ruku’ dan sujudnya (i’tidal).” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahiihah, no. 2536)
Hadis ini adalah ancaman bagi orang yang tidak khusyu’ dan tidak thuma’ninah dalam solatnya. Hadis ini menunjukkan wajibnya khusyu’ dan thuma’ninah dalam solat. Dan ini wajib dijaga dalam setiap solat.
Sesiapa yang menjaga solat yang lima waktu dengan khusyu’ dan thuma’ninah serta dengan ikhlas dan sesuai dengan contoh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka pada hari Kiamat ia akan mendapatkan cahaya, petunjuk, dan keselamatan. Dan Allah akan menjanjikannya untuk masuk Syurga.
Solat akan mendidik seorang muslim agar selalu cinta, takut, dan mengharap hanya kepada Allah, yang apabila dilaksanakan dengan khusyu’ dan thuma’ninah, maka solat tersebut akan mencegah seorang hamba dari perbuatan keji dan mungkar.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Bacalah Kitab (al-Qur’an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) sesungguhnya mengingat Allah itu lebih besar (kedudukannya). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-‘Ankabut, 29: 45)
Solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab pada hari Kiamat. Sebagaimana Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari Kiamat adalah solat, apabila solatnya baik maka baik pula seluruh amalnya dan apabila solatnya rosak maka rosak pula seluruh amalnya.” (Silsilah al-Ahaadits ash-Shahiihah, no. 1358)
Oleh itu, wajib bagi setiap individu muslim untuk belajar, mengulangkaji, serta sentiasa menyemak kembali tuntunan dan tata cara solat yang benar-benar sesuai dengan solat yang dicontohkan Rasullullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam , selama ini mungkin masih ada sebahagian dari muslimin masih mengamalkan solat yang dia pelajari ketika kecil dulu yang masih mungkin banyak kesalahan-kesalahannya, tidak berpijak di atas dalil yang tepat, serta tidak disemak dengan penjelasan-penjelasan para ulama yang benar.
Maka dari itulah, ini adalah di antara salah satu kitab yang membahaskan praktik amalan solat yang baik. Dibahaskan dan dirincikan berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah sehingga kita akan merasa lebih yakin untuk mengamalkannya. Iaitu melaksanakan solat bersesuaian tuntutan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sekaligus merealisasikan sabda Nabi:
“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) solat.” (Shahih al-Bukhari, no. 631, 6008, 7246)
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.