(Karya Syaikh al-'Utsaimin)
Judul Asal: Asy-Syarhu al-Mumti’ ‘ala Zaad al-Mustaqni’
Harga:
Berat:
3.6kg
Keterangan Buku:
Asy-Syarhu al-Mumti’ ‘ala Zaad al-Mustaqni’ karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah adalah merupakan syarah, huraian, dan penjelasan dari kitab matan fiqh mazhab Imam Ahmad B. Hanbal berjudul Zaad al-Mustaqni’ fii Ikhtishaar al-Muqni’ karya Abu Naja Musa B. Ahmad B. Musa al-Hijawi.
Kitab ini menghuraikan matan-matan fiqh yang terdapat di dalamnya dengan menjelaskan kalimat-kalimatnya, makna-maknanya, dan menyebutkan pendapat atau pentarjihan terkuat berserta dalil-dalilnya. Kitab ini merupakan salah satu rujukan kitab fiqih mazhab Hanbali yang sangat masyhur dan terkenal di kalangan umat Islam, para ilmuan, penuntut ilmu, dan para pengikut mazhab Ahmad B. Hanbal tentunya.
Walaupun demikian, Syaikh al-‘Utsaimin dalam menghuraikannya, beliau tidak hanya terikat dengan satu pandangan yang berlegar di kalangan mazhab Imam Ahmad, sebaliknya turut meluaskan cakupan huraiannya kepada rujukan pandangan dalam mazhab-mazhab fiqh yang lainnya, lebih-lebih lagi apabila pandangan tersebut dinilai lebih kuat.
Bagi edisi terjemahan ini, kini ia telah lengkap sehingga 4 jilid yang awal dari bab thaharah sehingga ke bab hal ehwal solat. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent.]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.