Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, February 9, 2013

714 - Aqidah Wihdatul Wujud Sayyid Quthub

Aqidah Wihdatul Wujud Sayyid Quthub


Judul Buku:
Aqidah Wihdatul Wujud Sayyid Quthub
Judul Asal: Ta'qiid ma wa Raddi fii maqoqla Athwaari Sayyid Quthub fii Wihdatul Wujuud wa Difa' Syubuhi al-Mu'tardhiin

Penulis:
Syaikh Prof. Dr. Rabe' B. Hadi al-Madkhali hafidzahullah

Penerbit:
Pustaka Ar-Rayyan

Harga:
RM8

Berat:

150g

Keterangan Buku:


Sayyid Quthub, seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kalangan pendukung Ikhwanul Muslimin. Seorang yang membawa pelbagai ideologi sesat yang ditebarkan ke khalayak umum melalui banyak karya-karyanya.

Antaranya beliau mencela para sahabat Nabi, menghidupkan ideologi takfir dan pemberontakkan, mengatakan al-Qur’an ibarat note-note muzik, mencela para ulama hadis, dan sehingga beliau termasuk turut menganut fahaman aqidah wihdatul wujud yang terdapat dalam aqidah hindu dan kaum sufi al-Hallaj. Ini sebagaimana yang dibuktikan oleh buku kecil ini, didedahkan oleh Syaikh Dr. Rabe’ B. Hadi al-Madkhali hafidzahullah.

Aqidah wihdatul wujud adalah aqidah yang kufur, iaitu aqidah yang mengimani bahawa Allah dan alam ini adalah satu, tiada hakikat wujud melainkan wujudnya Allah. Allah dan makhluk adalah satu. Bahkan Sayyid Quthub meyakini bahawa apabila sampai kepada satu fasa atau maqam tertentu, pasti seseorang itu tidak akan melihat di alam ini melainkan hakikat Allah. Ini memberi kesan bahawa setiap apa yang ada kita lihat ini adalah Allah?! Subhanallah... Bahkan sehingga sama ada yang buruk mahupun yang baik, semuanya juga adalah Allah. Mustahil! Laa hawla walaa Quwwata illaa billaah...

Penegasan beliau terhadap aqidah ini boleh dilihat dalam banyak karya-karya beliau dari sya’ir-sya’ir beliau, sehingga dalam kitab beliau Fii Dzilaalil Qur’an yang cukup terkenal dan dianggap sebagai kitab tafsir yang bagus oleh para pentaksubnya. Dalam Fii Dzilaalil Qur’an, beliau menegaskannya ketika menghuraikan Surah al-Hadid ayat 3, dan juga ketika menghuraikan Surah al-Ikhlas.

Demikianlah Sayyid Quthub, seorang tokoh yang dipuja dan diangkat bahkan dianggap sebagai Syahid! Rupanya adalah seorang yang jauh dari jalan kebenaran. Mengolah Islam sehingga menjadi fahaman yang baru. Namun, lantaran kelemahan dan kejahilan masyarakat, ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Lalu mereka mengimaninya pula, kemudian mereka pun tersesat, bahkan mendakwahkan dan menyebarkannya kepada yang lain.

Maka dari itulah para ulama pun tampil menjelaskan hakikat keadaan yang sebenarnya, walaupun sudah pasti ia akan menimbulkan kontroversi dan kemarahan terhadap para pentaksubnya. Semoga orang-orang yang berilmu, yang memiliki jiwa yang hanif, dan yang memahami aqidah Islam yang benar akan memahami bagaimana seharusnya menyikapi hal ini dengan lapang dada, terbuka, dan tunduk terhadap kebenaran.

Tinggalkanlah kesesatan, ambillah dan perjuangkanlah kebenaran. Berhati-hatilah terhadap bahaya ideologi pemikiran yang dibawa oleh Sayyid Quthub. Kembali-lah kepada aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah yang benar. Aqidah yang dibawa oleh para Rasul. Yang didakwahkan oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada para sahabatnya, para Tabi’in, dan para pendukungnya, termasuk para imam-imam mazhab dan ahli hadis seperti Imam Malik, Sufyan ats-Tsauri, Sufyan Ibn ‘Uyainah, asy-Syafi’i, al-‘Auza’i, Ahmad B. Hanbal, ath-Thahawi, al-Barbahari, al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Abul Hasan al-Asy’ari (sebagaimana dalam al-Ibanah) dan selainnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
92 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.