Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, May 17, 2013

754 - Syarh as-Sunnah karya Imam al-Baghawi (Jilid 3)


Syarh as-Sunnah
karya Imam al-Baghawi (Jilid 3)


Judul Buku:
Syarh as-Sunnah karya Imam al-Baghawi (Jilid 3)
Judul Asal: Syarh us-Sunnah li al-Baghawi

Penulis:
Imam al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H)

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM110

Berat:

1.3kg

Keterangan Buku:

Imam al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H), beliau adalah seorang ulama, seorang Mujtahid, juga seorang ahli dalam bidang ilmu tafsir, hadis, dan fiqih. Beliau berasal dari negeri Khurasan.

Nama lengkap beliau pula adalah Abu Muhammad al-Husayn B. Mas’oud B. Muhammad al-Farra’ al-Baghawi. Nisbah al-Baghawi nisbah kepada nama kota Bagh atau Baghshur, wilayah sekitar Parsi, iaitu antara Herrat dan Marwarud.

Kata Imam adz Dzahabi rahimahullah dalam Siyar A’lam an-Nubala’, “Beliau adalah seorang Syaikh, imam, ulama yang dijadikan ikutan, seorang yang hafiz (kuat hafalannya terhadap hadis-hadis Nabi), Syaikh ul-Islam Muhyi as-Sunnah Abu Muhammad al-Husayn B. Mas’oud B. Muhammad al-Farra’ al-Baghawi, seorang ahli tafsir pengikut madzhab asy-Syafi’i dan penulis banyak kitab seperti Syarh us-Sunnah, Ma’alim ut-Tanzil, al-Mashabih, dan kitab-kitab yang lain. Al-Baghawi digelar dengan gelaran Muhyi as-Sunnah dan Rukh ud-Din. Beliau adalah orang mulia, imam, ‘alim yang pandai, zuhud, dan orang yang redha meski hal kecil.

Beliau pernah makan roti sendirian, lalu beliau dicela kerana hal tersebut. Kemudian beliau makan dengan lauk yang berminyak. Ayahnya bekerja sebagai pembuat pakaian daripada bulu binatang dan menjualnya. Beliau dan usianya diberkahi kerana kitab-kitabnya dan mendapatkan pengiktirafan yang luar biasa kerana ketulusan niatnya.

Para ulama berlumba-lumba untuk mencapai kedudukan sebagaimana yang dicapai oleh al-Baghawi. Beliau tidak mengajar kecuali dalam keadaan suci. Beliau berpakaian sederhana. Beliau memiliki pengetahuan yang luas tentang tafsir dan fiqih.”

Di antara karya-karya beliau rahimahullah adalah:

1. Ath-Tahdzib, iaitu at-Tahdzib fii fiqh al-Imam asy-Syafi’i dalam bidang fiqih.
2. Syarh us-Sunnah, dalam bidang hadis.
3. Ma’alim ut-Tanzil atau Tafsir al-Baghawi, dalam bidang tafsir.
4. Masabil us-Sunnah.
5. Al-Anwar fii Shamai’il an-Nabi al-Mukhtar.
6. Al-Jaami’ Baina ash-Shahihayn.
7. Al-Arba’in Haditsan.
8. Majmu’ah min al-fatawa. 

Dan, inilah edisi terjemahan dari kitab “Syarh us-Sunnah” karya Imam al-Baghawi rahimahullah. Dalam buku ini, beliau membentangkan hadis-hadis sahih yang beliau cantumkan dari riwayat para Imam pakar hadis yang sangat kompeten di bidangnya seperti Imam Malik, al-Bukhari, dan Muslim. Jika ada hadis yang tidak sahih (dha’if) maka beliau jelaskan sebab-sebab kedha’ifannya.

Imam al-Baghawi juga meriwayatkan hadis-hadis yang berkaitan dengan konteks ‘aqidah, dasar ilmu Islam, as-Sunnah, adab, fiqih, ilmu-ilmu hadis dan di dalamnya beliau sebutkan sama para perawinya, juga ijtihad para Sahabat dan Tabi’in dan para Imam Mujtahid tentang dasar masalah yang ada di dalamnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Dengan itu, maka kitab ini pun dipenuhi dengan penjelasan tentang sunnah, mengandungi banyak ilmu-ilmu berkaitan hadis, pelbagai pelajaran dari khabar-khabar yang diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berserta penjelasan-penjelasan penting dan bernilai. Beliau juga turut jelaskan perkataan-perkataan yang dilihat asing serta kandungan hukum-hakam yang ada di dalamnya.

Dari itu, kitab ini pun memiliki nilai hasil hukum-hakam fiqih di dalamnya, perbezaan pendapat di kalangan para ulama, dan hasil istinbath fiqh. Lebih istimewa, kitab ini membukukan serta merakamkan fiqh (fatwa-fatwa) para salaf dari kalangan tokoh-tokoh seumpama Ibnu 'Umar, Qabishah B. Dzu'aib, Ibnu Mas'oud, Ibnu 'Abbas, Ibrahim An-Nakha'i, Hasan Al-Bashri, Sufyan Ats-Tsauriy, Atha', 'Umar B. 'Abdul 'Aziz, 'Abdullah B. Al-Mubarak, dan ramai lagi termasuk-lah fiqh Imam yang empat, terutamanya Imam Asy-Syafi'i rahimahullah, kerana beliau memang masyhur dan terkenal bermazhab asy-Syafi'i.

Beliau mengatakan di awal mukaddimahnya:

“Kitab ini berisi penjelasan terhadap Sunnah yang insyaAllah akan mengandungi banyak ilmu-ilmu hadis, pelbagai pelajaran, dari khabar-khabar yang diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berserta penjelasan-penjelasan terhadap makna-maknanya yang sukar difahami, kata yang asing serta kandungan hukum yang ada di dalamnya. Di samping itu juga terkandung hukum fiqh, perbezaan pendapat ulama, yang merupakan pengetahuan sebagai sumber rujukan pengambilan hukum dalam agama Islam.

Saya mengisi kitab ini dengan hadis-hadis yang dijadikan pedoman oleh para imam salaf yang merupakan ahli dalam bidang hadis ini. Merekalah yang dijadikan pegangan bagi manusia di masanya dan juga hadis-hadis yang mereka tuliskan dalam kitab-kitab mereka.”

Bagi jilid ketiga ini, perbahasan difokuskan pada huraian hadis-hadis tentang solat. Setiap hadis yang sukar difahami, penyusun (Imam Al-Baghawi) akan sertakan syarah dan huraiannya. Kemudian penulis jelaskan kandungan hikmah, fiqh, dan hukum-hakam yang terkandung di dalam hadis yang beliau bentangkan.

Jumlah Muka Surat:
850 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.