Judul Asal: Muktashar al-Fiqhi al-Islami (Cet. 9)
Pustaka Yassir
Harga:
Berat:
3.6kg
Keterangan Buku:
Agama Islam adalah agama yang sempurna. Ajarannya mengatur segala aspek kehidupan umat manusia dan membimbing mereka untuk menggapai kebahagiaan di dunia ataupun di akhirat kelak. Di dalam buku ini penulis membentangkan intipati ajaran Islam secara menyeluruh, setiap nilai-nilai ajaran Islam secara umum dijelaskan melalui buku ini. Dan di antara kelebihan buku ini adalah acuan dalil-dalil yang sahih dari al-Qur’an dan as-Sunnah bagi setiap perbahasannya. Di antara kelebihan-kelebihan lainnya adalah:
a. Setiap tema utama sentiasa disertakan dengan dalil-dalil berupa ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis, manakala bagi setiap sub-topik utamanya akan disertakan dengan dalil-dalil hadis.
b. Setiap hadis-hadis yang dijadikan dalil dalam ensiklopedia ini adalah hadis-hadis yang diperjelaskan status kesahihannya.
c. Dalil-dalil hadis pada setiap tema utama atau sub-topik didahulukan dengan hadis-hadis dari Riwayat al-Bukhari dan Muslim, atau salah satu dari keduannya. Apabila tidak ada dari keduanya maka diambil dari hadis dalam as-Sunan al-Arba’, Musnad Imam Ahmad, ad-Darimi, al-Hakim, Ibnu Hibban dan ath-Thabrani.
d. Takhrij hadis antaranya adalah berdasarkan kitab-kitab karya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah.
Di samping itu, buku ini disusun secara sistematik dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami. Buku ini dibahagi menjadi sepuluh bab.
Pertama, Tauhid dan Keimanan. Kedua, Fikih Al-Qur’an dalam isu-isu Fadhail [keutamaan], Akhlak, Adab, Zikir dan Doa. Ketiga, Ibadah. Keempat, Mu'amalah. Kelima, Faraidh. Keenam, Pernikahan. Ketujuh, Qishas dan Hudud. Kelapan, Qadha’ [peradilan dan perundangan]. Kesembilan, Jihad di Jalan Allah. Kesepuluh, Dakwah di jalan Allah.
Maka tidaklah terlalu berlebihan jika buku ini disebut sebagai Ensiklopedi Islam, kerana cakupan perbahasannya tentang ilmu-ilmu Islam cukup menyeluruh. Buku ini sangat patut dimiliki dan dibaca oleh siapa saja sebagai panduan dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi bagi para pecinta ilmu dan umat Islam secara umumnya…
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.