karya Syaikh Siddiq Hasan Khan
Judul Asal: Ar-Raudhah An-Nadiyah Syarh Ad-Durar Al-Bahiyah
Griya Ilmu
Harga:
Berat:
3.8kg
Keterangan Buku:
Ilmu atau pengetahuan tentang fiqh di dalam Islam adalah termasuk disiplin ilmu yang sudah seharusnya dikuasai oleh setiap umatnya terutamanya para penuntut ilmu yang memiliki kesungguhan.
Kerana dengan menguasai ilmu fiqh, para penuntut ilmu akan mampu meningkatkan kefahaman terhadap agama, mengetahui halal-haram sesuatu perkara, mengetahui kewajiban bagi dirinya terhadap Allah atau sesama manusia, memahami dalil-dalil yang menjadi pijakan bagi sesuatu hukum atau perkara, termasuk hal yang mendekatkan diri kepada Allah, sekaligus mampu melakukan pembaikan dalam kehidupan dunia dan akhirat setiap hamba.
Dengan ilmu tersebut, seorang hamba akan memperoleh petunjuk menuju jalan yang lurus, sehingga ilmu tersebut bermuara pada kemenangan dan kebahagiaan.. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
''Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan untuknya, maka Allah akan memberinya kefahaman (kefaqihan) dalam agama ini.'' (Shahih al-Bukhari dan Muslim)
Buku ini adalah salah satu hasil karya Syaikh Shiddiq Hasan Khaan rahimahullah (Wafat: 1307H), beliau adalah murid kepada murid-murid Imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau merupakan salah seorang ulama terkemuka yang berusaha keras menapaki jejak-jejak Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam dalam berdakwah menyebarkan risalah. Beliau juga merupakan seorang tokoh berdarah ahlul bayt (keuturunan) Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan merupakan seorang penguasa (raja) di dalam sebuah wilayah Islam di benua India di zamannya.
Selanjutnya, buku ini adalah merupakan hasil terjemahan dari kitab Ar-Raudhah An-Nadiyah Syarh Ad-Durar Al-Bahiyah (Karya Syaikh Shiddiq Khaan) terbitan Daar At-Turaats, penerbit Griya Ilmu juga mengambil rujukan dari kitab yang sama terbitan Asy-Syu'un Ad-Diniyah bi Daulah Qathar, juga tambahan rujukan terbitan Daar Ibnu Hazm, dan rujukan yang terbit paling akhir iaitu kitab At-Ta'liqaat Ar-Radhiyah 'ala Ar-Raudhah An-Nadiyah karya Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah. Di dalamnya selain membentangkan hasil kupasan fiqh Syaikh Shiddiq Hasan Khaan, ia turut memaparkan tahqiq atau nota kaki daripada Syaikh Al-Albani dan Syaikh Ahmad Syakir rahimahullah bagi melengkapkan siri keilmiyahan kitab yang bermanfaat ini.
Kitab ini terbahagi menjadi 4 jilid lengkap semuanya. Pada jilid pertamanya, ia membahaskan antara lain tentang thaharah, wudhu', tayammum, mandi, sehingga adab buang hajat. Dilanjutkan dengan perbahasan solat, bermula dari kupasan tentang waktu-waktu solat, adzan, syarat-syara solat, tata cara solat, sehinggalah pembatal-pembatalnya. Diakhiri dengan perbahasan tata cara penyelenggaraan jenazah.
Pada jilid yang kedua, penulis meneruskan perbahasan kitab fiqhnya dengan pembentangan tentang hukum-hakam zakat dan jenis-jenisnya termasuk zakat fithrah. Kemudian penulis meneruskan pula dengan perbahasan puasa, hukum-hakamnya, sunnah-sunnahnya, dan jenis-jenisnya. Selanjutnya diteruskan pula dengan perbahasan i'tikaf, haji, munakahat atau hukum-hakam sekitar pernikahan, mahar, thalaq dan perceraian, khulu', Zhihar, Li'aan, 'iddah, nafkah, penyusuan (ar-radha'), dan pengasuhan anak.
Di jilid yang ketiganya pula, perbahasan penulis memasuki bab mu'amalah. Iaitu perbahasan tentang al-Buyu' (perniagaan) dan jenis-jenisnya. Kemudian diteruskan dengan kupasan tentang riba', al-Khiyaarat, bab as-Salaam (iaitu transaksi jual-beli), hutang-piutang, asy-Syuf'ah (perkongsian niaga), al-Ijaarah (sewa-menyewa), memajak tanah, asy-Syirkah (perkongsian), ar-rahn (gadaian), al-Wadi'ah dan pinjaman, al-ghasb (pemaksaan), pembebasan hamba, waqaf, al-hadaya (hadiah), hibah, sumpah, dan nadzar. Kemudian penulis teruskan lagi dengan bab makanan dan minuman serta hukum-hakamnya termasuklah adab-adabnya, menjamu tetamu, tentang sembelihan dan perburuan. Sehingga yang terakhir bagi jilid ini, penulis membahaskan sekitar perbahasan hukum-hakam pakaian, korban, dan al-walimah.
Pada jilid yang terakhir (iaitu jilid ke-empat), penulis teruskan dengan bahasan sekitar perubatan dalam Islam seperti hijamah (bekam), ruqyah, dan al-'ain. Selain itu penulis turut memulakan bab perubatan ini dengan perbahasan tentang pentingnya bersikap dengan sikap sabar, tawakkal, dan mengambil apa yang dihalalkan dan menjauhi segala bentuk methode perubatan yang haram. Kemudian pernulis teruskan pula dengan perbahasan tentang al-Wakalah, adh-Dhammah (jaminan), perdamaian, Al-Hawalah, Al-Muflis, al-Luqathah (barang temuan), perundangan dalam Islam, hakim (al-Qadhi), persengketaan (al-Khushumah), al-Hudud, perzinaan, hukum-hakam tentang kes curi, al-Qishash, ad-Diyaat, al-Qasamah (sumpah peradilan), wasiat, dan warisan. Kemudian diteruskan lagi dengan perbahasan tentang jihad, peperangan, hukum-hakamnya, syarat-syaratnya, dan jenis-jenisnya. Set buku fiqh ini penulis akhiri dengan perbahasan sekitar hukum-hakam tentang ghanimah, memerangi pemberontak, hukum-hakam pemerintahan serta sikap rakyat, dan perdamaian.
Set kitab fiqh susunan Syaikh Shiddiiq Hasan Khaan ini adalah termasuk set kitab fiqh yang tuntas, fokus, padat, dan tepat terhadap apa yang diperlukan oleh masyarakat Islam secara umum. Ia memberi bimbingan, panduan, dan mampu menghilangkan dahaga para penuntut ilmu mahupun kalangan awam. Ia adalah panduan fiqh dan hukum-hakam harian yang amat diperlukan oleh pelbagai lapisan umat Islam khasnya para penuntut ilmu. Di setiap hujahan dan pendapat yang dikemukakan dirincikan dengan dalil-dalil yang memuaskan dan tidak berlebih-lebihan dalam mengemukakan perbahasan yang mungkin akan menjadikan para pembaca lelah dan jemu, sebaliknya ia fokus dan tuntas agar lebih santai dan mudah dicerna. Semoga bermanfaat.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.