Karya Imam Ath-Thabrani
Judul Asal: Al-Mu’jam ash-Shaghir
Pustaka Azzam
Harga:
Berat:
2.4kg
Keterangan Buku:
Ini adalah kitab Al-Mu’jam ash-Shaghir karya atau susunan Al-Hafiz Sulaiman B. Ahmad ath-Thabrani rahimahullah (Wafat: 360H). Di dalamnya beliau membukukan pelbagai pelajaran yang beliau dapatkan dari para gurunya di pelbagai kota. Beliau mengeluarkan satu hadis (atau lebih) dari setiap gurunya. Lalu kemudian beliau menyusun hadis-hadis tersebut di dalam bukunya ini berdasarkan susunan nama-nama mereka.
Imam ath-Thabrani adalah seorang tokoh ulama hadis yang ramai gurunya. Beliau meriwayatkan hadis dari 1000 orang guru atau lebih. Beliau merupakan seorang yang luas ilmunya, kuat hafalannya, perjalanannya mencari ilmu (hadis) begitu banyak, gurunya ramai, seorang ahli fiqh, ahli bahasa, ahli tafsir, ahli qiraat, dan lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengurniakan kepada beliau umur yang panjang, iaitu 100 tahun lebih.
Beliau termasuk kalangan ulama yang banyak mendapat pujian. Para ulama menggelarkan beliau sebagai Musnid ad-Dunya (iaitu seorang tokoh yang banyak riwayat hadisnya di dunia).
Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Beliau seorang yang tsiqah (terpercaya), luas hafalan hadis-hadisnya, mengenal cacat-cacat hadis, mengenal biografi para perawi hadis serta memahami permasalahan fiqh hadis, karya-karya tulisnya banyak sekali...”
Dan ini (kitab hadis Mu’jam ash-Shaghir) adalah antara karya beliau yang besar setelah Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsath. Bagi edisi terjemahan ini, ia diambil dari hasil tahqiq oleh Syaikh Muhammad Syakur. Bagi edisi ini, pentahqiq telah menyertakan secara bersama di dalamnya biodata atau biografi ringkas setiap perawi yang menjadi guru Imam ath-Thabrani. Selain itu, pentahqiq juga memberikan penomboran bagi hadis-hadis di dalamnya, menyebutkan status kesahihan hadis, menyertakan sumber-sumber lain bagi hadis yang disebutkan oleh Imam ath-Thabrani, dan beberapa lainnya.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.