Muktashar Asy-Syamail Al-Muhammadiyah
Judul Asal: Muktashar Asy-Syamail Al-Muhammadiyah
Tahqiq/Peringkas: Syaikh al-Albani rahimahullah
Pustaka As-Sunnah
Harga:
Berat:
0.9kg
Keterangan Buku:
Allah Ta'ala mengutus beliau selaku penghulu para Nabi ini dengan pakej fizikal, karektor, dan akhlak yang paling sempurna. Tidak satupun dari tubuh beliau yang mendapat cela. Malah Syaithan pun tak mampu menyerupai bentuk tubuh beliau.
Bukan hanya orang-orang yang ada di sekeliling beliau yang merasakan pesona akhlak dan karektor beliau, bahkan bagi siapaun yang melihat dan mendengarnya.
Lalu, bagaimanakah agaknya susuk tubuh dan personaliti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam? Sejarah tidak pernah menggambarkan beliau dalam sebarang bentuk visual pun. Umat Islam hanya dapat membayangkan susuk tubuh beliau melalui imaginasi, perasaan cinta, dan kerinduan yang amat sangat kepadanya.
Maka, buku ini dipersembahkan kepada anda bagi tujuan mengubati kerinduan dan menjawab perasaan kecintaan ummat Islam masa ini terhadap beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Buku ini membantu kita untuk mengenal peribadi, makanan, pakaian, gaya, tingkah-laku, personaliti serta susuk tubuh badan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lebih istimewa, ianya disusun oleh salah seorang pakar hadis terkemuka, iaitu imam at-Tirmidzi, dengan memuatkan ratusan hadis yang khusus menggambarkan susuk tubuh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Lebih istimewa, buku ini adalah edisi mukhtashar (ringkasan) yang telah disaring hadis-hadisnya dan disertakan tahqiq/takhrij oleh Syaikh al-Albani rahimahullah. Sehingga setiap hadis dijelaskan status kesahihannya dan tidak membuat orang gusar sama ada hadis yang sedang ditatap itu sahih ataupun tidak, insyaAllah...
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya sendiri, dan manusia seluruhnya.” (Shahih al-Bukhari, no. 15. Muslim, no. 44)
Di hadis yang lain, kata beliau lagi:
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, ia akan merasa manisnya iman. Iaitu Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling dicintainya dari selain keduanya, mencintai seseorang kerana Allah semata-mata, dan benci jika dikembalikan kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Shahih al-Bukhari, no. 16)
Maka, mari sama-sama kita manfaatkan buku ini guna menyemai rasa cinta yang lebih dalam kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa Sallam.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.