Judul Asal: Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘Anil Munkar
Gema Insani
Harga:
Berat:
180g
Keterangan Buku:
Sebagaimana solat, ia adalah ibadah yang diikat dengan rukun dan syarat-syaratnya. Tidak akan diterima solat tersebut tanpa dipenuhi rukun serta syarat-syarat sahnya solat.
Demikian juga perkara-perkara yang lainnya. Kalau dalam persoalan buang air, istinja’, dan adab-adab makan atau minum pun Rasulullah mengajarkan kita kaedah-kaedahnya, tidak mungkin beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terlupa menjelaskan bagaimana kaedah yang benar dalam menasihati pemerintah dan amar ma’ruf nahi mungkar ini.
Maka ini adalah suatu yang perlu kita akui dengan ikhlas dan jujur. Allah dan Rasul-Nya tidak pernah lupa untuk menjelaskannya. Amar ma’ruf nahi mungkar adalah suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada umat Islam yang memenuhi syarat-syarat dan kelayakan. Ia diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala agar dilaksanakan dengan garis panduannya. Allah tidak memerintahkan sesuatu perkara kepada hambanya dengan begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan mahupun perincian.
Jadi secara umumnya, amar ma’ruf nahi mungkar adalah perbuatan mengajak kepada kebaikan dan menolak kemungkaran berdasarkan syarat dan garis panduan serta petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah.
Amar Ma’ruf dan nahi mungkar adalah salah satu dasar dalam agama yang dengannya kebaikan menjadi jelas dan tersebar. Manakala kemungkaran berkurang, tersembunyi, dan menghilang.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa di antara ciri dan sikap orang yang beriman dan beruntung adalah dia melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka mengajak kepada yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, 9: 71)
“Dan hendaklah ada di antara kamu SEGOLONGAN umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 104)
Manakala sifat dan ciri-ciri orang munafiq pula adalah mereka melarang amar ma’ruf dan mengajak kepada yang mungkar. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Orang-orang munafiq lelaki dan perempuan. Sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka mengajak melaksanakan yang munkar dan melarang melaksanakan yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafiq itu adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah at-Taubah, 9: 67)
Manakala dalil hadis, perintah amar ma’ruf nahi mungkar disebutkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana berikut:
“Sesiapa yang melihat di kalangan kamu suatu kemungkaran, maka tegahlah ia dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan lisannya (perkataan). Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.” (Shahih Muslim, Kitab al-Iman, no. 49)
Kata Imam al-‘Adzim al-Abadi rahimahullah:
“Berkata para ulama, kewajiban amar ma’aruf nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan. Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.” (al-‘Azhim al-Abadi, ‘Aun al-Ma’bud, 11/330)
Sekiranya umat Islam mengabaikan amar ma’ruf nahi mungkar, ia akan menjadi sebab datangnya pelbagai musibah, kebinasaan, dan keburukan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya apabila manusia melihat sesuatu kezaliman tetapi tidak bertindak menahan dengan tangannya atau tidak mempedulikannya, dibimbangi Allah mengenakan hukuman (azab) kepada mereka.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2168. At-Tirmidzi mensahihkannya)
Jadi, bagaimanakah sebenarnya seharusnya amar ma’ruf nahi mungkar itu dilaksanakan? Apa syarat-syaratnya? Siapakah yang berhak melaksanakannya?
InsyaAllah, melalui buku yang ringkas dan tuntas ini, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) akan menjelaskannya kepada kita. Buku karya beliau ini termasuk antara buku yang besar manfaatnya, masyhur, dan sering menjadi rujukan dan sandaran para ilmuan dalam perkara berkaitan. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.