Menghindari Hal Yang Syubhat
Judul Asal: Al-Wara’
Pustaka Azzam
Harga:
Berat:
1.6kg
Keterangan Buku:
Di zaman ini, sikap wara’ mungkin sudah menjadi satu hal yang langka dan mungkin semakin tidak dikenal di kalangan masyarakat. Sejak dulu Anas radhiyallahu 'anhu telah berpesan kepada para sahabatnya yang lain agar tidak terjerumus dalam perbuatan haram atau dosa yang besar. Kata beliau:
“Sungguh kalian biasa melakukan suatu perbuatan yang di mata kalian lebih ringan berbanding rambut, sedangkan kami di masa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam menganggapnya sebagai dosa yang membinasakan.” (Shahih Al-Bukhari)
Kalau sahabat Nabi, Anas radhiyallahu 'anhu masih hidup, entah apa yang akan diucapkannya ketika melihat keadaan umat Islam saat ini.
Hakikatnya, wara’ yang didefinisikan oleh para ulama dengan sikap menghindari hal-hal syubhat agar tidak terjerumus dalam perbuatan haram, tidak lain adalah buah dari sikap takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebab, orang yang benar-benar takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mampu menahan diri dan mengendalikan hawa nafsunya untuk tidak melakukan hal-hal yang menimbulkan murka-Nya. Tingkat kewara’an seseorang dapat diukur dari sejauh mana rasa takut kepada Allah yang tersemai di dalam hati, lantaran mengingatkan siksa Allah yang amat pedih, dan kesan dari hasil pengetahuannya tentang Allah yang benar dan terhadap syari'atnya.
Hasil kefahaman dan perlaksanaan dari sikap ini akan membentuk insan yang bertaqwa yang sentiasa menjaga dan mendukung agama yang benar sekaligus akan membentuk masyarakat yang harmoni.
Kitab al-Wara’ ini merupakan kompilasi (dua kitab disatukan menjadi satu) dari dua kitab karya/susunan dua ulama salaf berkaliber yang mana masing-masing dengan judul yang sama. Ia adalah hasil karya Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) dan juga karya Imam Ibn Abid Dunya rahimahullah (Wafat: 281H). Kitab ini menghimpunkan sifat-sifat, karektor, amalan, sikap, dan akhlak para salaf dalam menjaga diri dan agamanya. Sekaligus mencerminkan luhurnya budi, akhlak, dan sifat wara’ mereka masing-masing.
Semoga dengan siapnya hasil terjemahan kitab ini, kita akan mampu menuai pelbagai akhlak dan contoh wara’nya para salaf dalam menjaga agamanya dan mengambil hikmah hasil betapa takutnya mereka dari terjerumus ke dalam maksiat dan kemurkaan Allah. Semoga ia akan menjadi motivasi buat kita semua untuk mencontohi mereka semua atau sekurang-kurangnya menjadi daya muhasabah buat kita untuk sentiasa bersikap hati-hati dengan syubhat dan hal-hal yang terlarang.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.