Ath-Thoifah, Bekasi (Indonesia)
Harga:
Berat:
450g
Keterangan:
“Dan Rabb-mu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di perbukitan, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibina manusia”, kemudian makanlah dari setiap (kepelbagaian) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabb-mu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” (Surah an-Nahl, 16: 68-69)
Dalam ayat ini Allah mengkhabarkan bahawa madu lebah itu terhasil dengan pelbagai jenis warna. Dan ini turut diperakui pula oleh kajian sains moden yang mana hasil madu sesebuah koloni lebah itu amat dipengaruhi oleh habitatnya, persekitarannya, dan sumber nektar yang mereka kutip dari pelbagai jenis bunga-bungaan. Dan di antara warna yang biasa kita temui adalah seperti warna kuning ke-emasan, coklat gelap, kuning keperangan, perang kehitaman (gelap), dan termasuklah yang berwarna putih kekuning-kuningan seperti susu.
Selain warna; kualiti, rasa, dan khasiat madu juga turut dipengaruhi oleh faktor nektar yang dikumpulkan oleh para koloni lebah dari kawasan sekitarnya.
Bagi madu dari hutan pulau Sumbawa (Indonesia) ini, ada suatu yang istimewa di mana terdapat antara hasil madunya yang berwarna putih kekuningan seperti warna susu yang jarang-jarang diketahui oleh kebanyakan dari kita secara umum. Rasanya pula amat manis bercampur sedikit masam seperti rasa campuran buah-buahan. Demikian-lah benarnya perkhabaran Allah sebagaimana dalam Al-Qur’an di mana madu lebah itu terbentuk dengan bermacam-macam warna dan di dalamnya mengandungi penawar bagi penyakit dalam kalangan manusia.
Madu Sumbawa
Madu putih Sumbawa adalah madu yang dituai dari koloni lebah liar yang bersarang di hutan Pulau Sumbawa (Indonesia). Berdasarkan kajian, ia terhasil dari material nektar yang dihimpunkan oleh para koloni lebah di sana dari nektar pohon Kaliandra dan Bidara yang banyak terdapat di kawasan sekitar hutan atau kepulauan tersebut.
InsyaAllah khasiatnya adalah sebagaimana madu-madu yang lainnya dan dipercayai mampu membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit perut, sakit kerongkong, meredakan gangguan jantung, meredakan gangguan ginjal, hati, diabetes, menstabilkan lemak dalam tubuh, menstabilkan tekanan darah, dan baik untuk menguatkan daya imuniti anak-anak dan golongan dewasa.
Selain itu, rasanya juga amat enak dengan rasa masam-masam manis seperti campuran buah-buahan segar dan agak sedikit rasa berlemak. Para pencinta madu perlu merasai sendiri kelainannya!
Madu Dalam Hadis
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
“Bagi kalian dua jenis penawar, iaitu al-‘Asal (madu) dan al-Qur’an.” (Sunan Ibnu Majah, no. 3443. Kata Ibnu Katsir, sanadnya jayyid. Najun dinilai dha’if oleh al-Albani)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
“Kesembuhan itu ada pada tiga perkara: Meminum madu, tusukan alat bekam, dan kay (perubatan dengan besi panas). Namun aku melarang umat-ku dari berubat dengan kay.” (Shahih al-Bukhari, no. 5680)
Sahabat Nabi, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Di dalam al-Qur’an dinyatakan dua jenis penawar, iaitu al-Qur’an dan madu. Al-Qur’an adalah penawar untuk apa yang ada di dalam dada, manakala madu adalah penawar untuk setiap penyakit (fizikal).” (Al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, no. 19566. Dinilai sahih oleh al-Bahaqi)
Maka, manfaatkan-lah nikmat-nikmat Allah yang ada ini yang salah satunya adalah madu yang padanya memiliki nilai penawar bagi pelbagai penyakit. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent.]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.