Karya Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani
Judul Asal: Mukhtashar at-Targhib wa at-Tarhib
Pustaka As-Sunnah
Harga:
Berat:
1.2kg
Keterangan Buku:
Kitab At-Targhib Wa At-Tarhib, merupakan kitab himpunan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memuatkan kandungan hadis-hadis berbentuk:
1. At-Targhib iaitu anjuran, dorongan, motivasi untuk segera melakukan amal & janji-janji kebaikan, di mana dia akan memperolehi pahala dan Syurga seiring dengan baiknya amal-amal yang diusahakannya.
2. At-Tarhib pula bermaksud ancaman, peringatan, larangan, akibat atau balasan buruk dari melakukan hal-hal yang dilarang Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan disertai dengan balasan dosa dan neraka sebagai balasan-nya dalam pelbagai masalah Aqidah, Ibadah, Akhlaq, Mu'amalah.
Inilah fokus dari rangkaian hadis-hadis yang disajikan oleh Imam Al-Mundziri rahimahullah, seorang ulama besar Ahli Hadis dalam kitabnya At-Targhib Wa At-Tarhib. Beliau rahimahullah adalah al-Hafiz Zakiyyuddin Abu Muhammad 'Abdul Azhim B. 'Abdul Qawiy B. Abdullah al-Mundziri, menguasai ilmu hadis dan bahasa Arab, salah seorang yang banyak menghafal dan ahli sejarah.
Dilahirkan tahun 581H di Mesir, tumbuh di pangkuan ilmu, dia menghafal al-Qur'an, mendengar hadis dan pergi untuk mencari hadis, bertemu dengan ulama besar dan berguru pada mereka, serta menyerap banyak ilmu dari mereka.
Al-Mundziri rahimahullah adalah orang yang hafalannya terbanyak pada masanya, orang yang zuhud, wara', taqwa, juga penulis buku, menyusun beberapa kitab yang bagus. Yang paling terkenal adalah Targhib wa Tarhib, Mukhtashar Sunan Abu Dawud, Takmilah Liwafayatin Naqalah, Mukhtashar Shahih Muslim, Arba'un Haditsan filshthina'il Ma'ruf bainal Muslimin wa Qadha'i Hawaijihim.
Menduduki jawatan syaikh pada Darul Hadis Al-Kamiliyah di Kairo, dan menduduki jabatan itu selama dua puluh tahun, menulis buku, membuat takhrij dan memberi faedah, serta mengajarkan hadis-hadis. Beliau wafat pada tahun 656H di usia 75 tahun, dikebumikan di Safahil Maqtham.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.