Disarikan dari Kitaab Fath Dzil Jalaali wal Ikram Syarah Bulughul Maram (Kitab ash-Shalah, ash-Shaum, Al-Hajj, az-Zakah)
Darus Sunnah
Harga:
Berat:
3.6kg
Keterangan Buku:
Setiap daripada kita tentu tidak mahu sekiranya apa yang kita amalkan dari setiap amal-amal kita sehari-hari menjadi sia-sia dan tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sedangkan kita telah berusaha bersungguh-sungguh dan menghabiskan segenap qudrat untuk melakukan dengan sebaik-baiknya.
Tentu kita amat bimbang menjadi orang-orang yang sia-sia amalannya lalu menjadilah kita orang-orang yang rugi di akhirat kelak. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Adakah perlu kami beritahu kepadamu tentang orang yang paling rugi amalannya?” Iaitu orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” (Surah al-Kahfi, 18: 103-104)
Kata al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H), “Ayat ini bersifat umum mencakupi setiap orang yang beribadah kepada Allah tetapi tidak menggunakan cara yang diredhai-Nya. Mereka beranggapan apa yang dilakukannya telah benar dan amal perbuatannya akan diterima, tetapi rupanya sangkaan mereka meleset dan amalnya pun ditolak.
Firman Allah, “... orang-orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia...” Maksudnya, mengerjakan amal yang bathil yang tidak bersesuaian dengan syari’at yang telah ditetapkan dan diredhai serta diterima.
Firman Allah, “... sedangkan mereka beranggapan telah melakukan yang sebaik-baiknya.” Maksudnya, mereka menyangka bahawa mereka akan mendapat suatu manfaat dan mereka menyangka mereka adalah orang-orang yang diterima amalnya dan dicintai oleh Allah.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/202)
Kata Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:
“Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatkannya.” (Hadis Riwayat ad-Darimi, no. 210)
Pada hari ini ramai dari kalangan kita berlumba-lumba untuk beramal ibadah dengan semaksima yang mungkin. Yang mana supaya dengan amal-amal tersebut dapat membantu kita untuk meraih keredhaan dan rahmat dari-Nya.
Umumnya, ia adalah sikap yang sangat positif dan perlu dipandang baik. Di saat banyaknya kelompok manusia yang mengabaikan amal-amal ibadah sama ada yang wajib, fardhu, atau sunnah, sikap sebahagian umat Islam lainnya yang berlumba-lumba dalam beramal kebaikan adalah wajar diikuti dan dicontohi.
Namun, dalam keghairahan kita beramal dan beribadah, adakalanya kita mungkin terlupa beberapa aspek utama yang menjadi tunjang diterimanya sesuatu amalan tersebut.
3 Syarat utama diterimanya amalan adalah mesti mengikuti sunnah, dilaksanakan ikhlas semata-mata mengharap wajah Allah, dan dilaksanakan di atas aqidah yang murni tanpa mensyirikkan Allah.
Maka, buku ini adalah di antara buku-buku yang mengajak seluruh kaum Muslimin agar sentiasa melaksanakan ibadah di atas ilmu dan sunnah yang benar.
Buku ini dikeluarkan dari rangkaian Syarah kitab Bulughul Maram oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin rahimahullah pada bab Kitab Solat, Puasa, Zakat, dan Haji. Ini dalam rangka menggalakkan kita bersama-sama mengamalkan ibadah tersebut di atas ilmu dan as-sunnah. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Semoga dengan siap dan terbitnya kompilasi ini, ia akan membantu kita dalam rangka menyemak, mempelajari, dan memperbaiki mutu ibadah kita seharian agar selari di atas sunnah-sunnah yang sahih. Khasnya dalam ibadah Solat, Puasa, Zakat, dan Haji kerana set perbahasan (atau syarah) ini difokuskan kepada 4 bab utama tersebut. Semoga dengan ilmu yang benar di atas sunnah yang sahih, amal-amal kita akan diterima di sisi Allah seraya menjadi bekalan meraih rahmat Allah di hari akhir kelak.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.