Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, May 18, 2013

801 - Mutiara Ilmu Atsar, Kitab Klasifikasi Hadis


Mutiara Ilmu Atsar
Kitab Klasifikasi Hadis



Judul Buku:
Mutiara Ilmu Atsar, Kitab Klasifikasi Hadis
Judul Asal: ‘Uquud ad-Durar fii ‘Ulumil Atsar

Penulis:
Imam Ibnu Naashiruddiin rahimahullah (Wafat: 842H)

Penerbit:
Akbar Media

Harga:
RM42

Berat:

650g

Keterangan Buku:

Syaikh Al-Imam Al-Muhaddits Syamsuddin Abu ‘Abdillah Muhammad B. Hammaam Baha’uddin Al-Hamawi ad-Dimasyqi asy-Syafi’i atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Naashiruddin rahimahullah (777H – 842H).

Beliau digelar orang yang paling ‘alim dalam bidang hadis dan tarikh di daerah Syaam pada zamannya, digelar amiirul mu’minin dalam bidang hadis di zamannya, juga dikenali dengan julukan Muarrikh ad-Diyar asy-Syaamiyah (pakar sejarah dari bumi Syaam).

Salah seorang ulama yang sezaman dengannya, iaitu At-Taqii Ibn Fadh rahimahullah berkata:

“Ibnu Naashiruddiin adalah seorang ulama yang banyak mendengar (mempelajari) hadis, banyak bergaul, dan sering mengembara untuk menuntut ilmu, sabar dan komited dalam membawa ilmu, baik perjalanannya, lembut tutur katanya, tidak suka memfitnah orang, mulia dalam menjaga rasa malu, dan tidak suka membalas orang yang menyakitinya dengan keburukan. Beliau adalah seorang imam dan haafiz yang baik, ahli fiqh, dan pakar sejarah yang ilmunya penuh manfaat, fikirannya cerdas dan cemerlang. Beliau meng-ungguli rakan-rakannya yang hidup sezaman dengannya, memberi manfaat kepada setiap orang yang belajar kepadanya, beliau suka mengumpulkan hadis, menulis, meneliti, dan menyusun kitab.”

Imam as-Sakhaawi rahimahullah (Wafat: 902H) berkata:

“Sepeninggalan Ibnu Naashiruddiin, tiada lagi ulama dari bumi Syaam yang benar-benar ahli dalam bidang hadis yang sehebat beliau. Bahkan, pintu untuk hal ini seolah-olah telah tertutup di sana. Semoga Allah mengasihi beliau dan kita semua.” (Adh-Dhau’ al-Laami’, 8/103)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852) salah seorang tokoh ulama mazhab asy-Syafi’i yang sezaman dengannya mengatakan:

“Beliau (Ibnu Naashiruddiin) mendengar (belajar hadis) daripada guru-guru kami. Tatkala di Syaam sudah tidak ditemukan lagi para ahli hadis, maka beliau menjadi ahli hadis di wilayah tersebut. Beliau memberi kami ijazah (pengiktirafan) lebih dari sekali.” (Ibnu Hajar, Al-Majma’ al-Mu’assas bi Mu’jam al-Mufahras, m/s. 442)

Ibnu Naashiruddiin belajar dan menuntut ilmu dari ramai ulama terkemuka di zamannya. Antaranya adalah seperti Imam Ibn ‘Abdul Haadii (Wafat: 800), Imam ‘Ali Ibn Abu Bakr Ad-Daaraani ad-Dimasyq (Wafat: 801H), ‘Umar Ibn Ruslan Siraajuddin al-Balqiinii asy-Syafi’i (Wafat: 843H), ‘Umar Ibn Muhammad Al-Mulaqin al-Muqri (Wafat: 803H), dan ramai lagi lainnya. Beliau juga memiliki ramai murid-murid yang menjadi imam dan tokoh dalam bidang ilmu.

Imam Ibnu Naashiruddiin rahimahullah (Wafat: 842H) mengarang banyak kitab-kitab yang sangat bermanfaat dan terkenal dalam pelbagai lapangan ilmu terutamanya bidang hadis. Termasuk di antaranya adalah kitab ini, iaitu ‘Uquud ad-Durar fii ‘Ulumil Atsar. Iaitu kitab yang berasal dari kumpulan bait-bait syair yang menyimpulkan ilmu-ilmu atsar atau musthalah al-hadits susunan beliau sendiri. Di dalamnya terangkum sebuah syair sebanyak 19 bait semuanya. Beliau kemudiannya mensyarah (menghuraikan) rangkaian syair-syair tersebut sehingga menjadi satu rangkaian penjelasan ilmu dalam bidang hadis yang sangat bermanfaat.

Kata Imam Al-Maqrizii rahimahullah (Wafat: 845H), yang juga salah seorang tokoh ulama tersohor di zamannya:

“Beliau (Ibnu Naashiruddiin) menuntut ilmu hadis sehingga menjadi seorang haafiz dan ahli hadis daerah Syaam yang tiada tandingannya. Beliau mengarang beberapa kitab dalam pelbagai disiplin ilmu. Dan sepeninggalannya di Syaam, tidak ada lagi orang yang sehebat beliau.” (As-Sakhawi, Adh-Dhau’ al-Laami’, 8/106)

Imam as-Sakhawi menukilkan pujian Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) ke atas kitab ‘Uquud ad-Durar fii ‘Ulumil Atsar (karya Ibnu Naashiruddiin) ini sebagaimana berikut:

“Beliau (Ibnu Naashiruddiin) adalah seorang Syaikh, Imaam, ahli hadis, dan seorang haafiz di bumi Syaam. Beliau berhak mendapatkan pujian atas karyanya, Syarah ‘Uquud ad-Durar.” (As-Sakhawi, Adh-Dhau’ al-Laami’, 8/103-104)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani juga turut menyatakan:

“Aku telah membaca kitab yang memuatkan ilmu Badi’ ini (iaitu ilmu balaghah (atau bahasa), keindahan olahan ayat, serta perkataan-perkataan - pent.). Kitab ini mudah dicerna kandungannya, serta menghimpun ilmu-ilmu para ulama terdahulu. Aku bersyukur kepada Allah yang telah memberikan kurnia-Nya dengan adanya ulama seperti Ibnu Naashiruddiin ini, sehingga beliau masyhur dalam bidang ilmu ini. Beliau lalu mensyarah (menghuraikan) hal-hal yang masih agak sukar difahami dalam kitabnya ini. Dan aku melihat kitab ini memuatkan setiap makna yang membanggakan dan makna yang cemerlang. Benar apa yang dikatakan orang ramai, “Betapa banyak hal yang diwariskan (ditinggalkan) oleh generasi terdahulu bagi generasi yang datang kemudian.”

Aku memohon kepada Allah, mudah-mudahan Dia berkenan mengabdikan nama Ibnu Naashiruddiin dalam bidang ilmu ini, dan mudah-mudahan pula jumlah mereka yang ahli dalam bidang ilmu ini yang asalnya sedikit menjadi banyak berkah dari kitab ini, sehingga dengan keberadaan mereka, agama Islam menjadi semakin kuat dan mulia.” (Al-Jawaahir wa ad-Durar, 2/737)

Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) turut memberi komentar dengan kata beliau:

“Ibnu Naashiruddiin menekuni disiplin ilmu hadis dan menjadi masyhur dalam kajian ilmu ini, sehingga beliau menjadi sumber rujukan dalam kajian ilmu hadis di daerahnya dan sekitarnya. Tercatat ramai orang yang belajar hadis kepadanya. Beliau menulis dan mengarang beberapa karya tulis. Di antaranya adalah sebuah Arjuuzah (Qasidah dalam bahaar Rojaz), yang berjudul ‘Uquud ad-Durar fii ‘Ulumil Atsar. Lalu kemudiannya beliau mensyarahkannya (menghuraikannya) dengan syarah panjang dan pendek.” (Asy-Syaukani, Al-Badr Ath-Thaali, 2/199) [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
350 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.