Judul Asal: Al-Amwal
Gema Insani
Harga:
Berat:
1.25kg
Keterangan Buku:
Nama Abu Ubaid bukanlah nama asing dalam barisan ilmuan salaf yang awal. Nama dan nukilan perkatan beliau banyak sekali dinukil oleh para ulama sesudahnya terutamanya dalam tema-tema yang membahas persoalan fiqh secara umum, dan mu'amalah secara khusus. Ini antaranya boleh dilihat dalam kitab-kitab fiqh muktabar seumpama Al-Minhaj Syarah Shahih Muslim, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, dan selainnya.
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H):
"Kitab Abu Ubaid dalam permasalahan kewangan dan per-ekonomian merupakan karya yang terbaik dan tidak ternilai dalam bidang ilmu fiqh."
Buku ini sentiasa menjadi tumpuan dan rujukan para ulama dari generasi ke generasi dalam membahaskan soal per-ekonomian dan harta umum di dalam Islam. Buku klasik ini menjadi bukti kedalaman, ketelitian, ketajaman, dan kematangan penyusun dalam analisa fiqhnya terhadap permasalahan yang dibahaskan.
Kata al-Amwal secara literalnya bermaksud harta. Akan tetapi, buku ini tidaklah menjabarkan secara menyeluruh setiap sudut persoalan tentang harta, sebaliknya penyusun memfokuskan perbahasannya kepada harta yang menjadi hak publik atau negara. Di mana setiap warga negara berhak mendapatkan manfaatnya atau pun menerima pembahagiannya seiring dengan ketentuan-ketentuan syara'. Walaupun rangkuman perbahasannya berkisar dalam bidang kewangan publik, namun nilai keutamaan kandungannya melebihi nilai objek kajian. Kerana dalam mengupas setiap bab-bab dalam bukunya ini, penyusun (Abu Ubaid) telah dinilai berjaya dalam mengemukakan atsar-atsar para salaf yang terkadang dalam keputusan dan hal-ehwal ekononimi mereka tampak kontradik dengan zahir teks-teks al-Qur'an dan hadis-hadis Nab.
Beliau dengan ketelitian analisanya telah mampu menyeiringkan dan mengharmonikan polisi sahabat dalam hal kewangan umum dengan kandungan permasalahan teks-teks nash. Bahkan di banyak tempat, Abu Ubaid memberikan analisa kajian yang kritis dan praktikal dalam rangka mewujudkan visi pengembangan ekonomi Islam terhadap harta awam seiring dengan apa yang dikemukakan oleh teks-teks nash dan atsar para sahabat.
Secara umum, di antara cakupan perbahasan yang dimuatkan penulis dalam kitabnya yang menjadi tumpuan banyak pihak ini adalah seperti:
1, Hak-hak pemerintah terhadap rakyat dan hak-hak rakyat terhadap pemerintahnya.
2, Jenis-jenis harta yang dikelola oleh pemerintah untuk rakyat berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah.
3, Aturan berkaitan fa'i, khumus, dan zakat.
4, Hak kepemilikan tanah.
5, Pembebasan negeri.
6, Harta fa'i dan penyebarannya.
7, Hukum-hakam menghidupkan tanah.
8, Zakat hasil pertanian bagi tanah yang diusahakan.
9, Hal ehwal kutipan zakat dan cukai.
10, Penyaluran dan pembahagian zakat.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.