Judul Asal: Fiqhus Sunnah
Tahqiq & Takhrij: Muhammad Sayyid Sabiq
Pena Ilmu dan Amal
Harga:
Berat:
4.8kg
Keterangan Buku:
Kitab Fiqhus Sunnah karya Sayyid Sabiq ini termasuk antara karya dalam bidang fiqh kontemporari yang begitu masyhur sekali. Kehadirannya mendapat sambutan dari pelbagai kalangan, bahkan turut meraih penghargaan anugerah King Faisal (Saudi Arabia).
Kitab-kitab fiqh seumpama ini di antara keutamaannya adalah mengajak kita tidak terikat dengan mazhab-mazhab tertentu, sebaliknya bersesuaian dengan judulnya, mengajak beramal dengan agama di atas fiqh yang dilandasi dalil-dalil dari al-Qur'an dan as-Sunnah.
Walaupun terdapat sedikit dari kandungannya mengundang kritikan dari ulama yang sezamannya semisal Syaikh al-Albani rahimahullah, namun itu tidaklah memberi dampak negatif dan mencacatkannya. Bahkan kritikan yang dikemukakan oleh al-Albani melalui karyanya Tamamul Minnah telah menambah dan melengkapkan lagi nilai manfaat bagi kitab ini sekaligus menampung lompang-lompang yang terkandung di dalamnya.
Sebagaimana kitab-kitab fiqh umum lainnya, tema-tema perbahasannya dimulakan dengan bab thaharah, solat, puasa, haji, hari raya, zakat, sedekah, mu'amalah, jihad, peperangan, jenazah, nikah, thalak, munakahat, walimah, ghanimah, hudud, qishash, sehinggalah kepada yang lain seterusnya sehingga tamat di akhir jilidnya dengan bab-bab seumpama bab sumpah, kaffarah, nadzar, jual-beli, khiyar, babus salam, riba', hutang-piutang, gadaian, muzaara'ah, sewaan, mudharabah, syuf'ah, wakalah, rampasan, wadi'ah, sembelihan, aqiqah, musaaqah, ji'aalah, syarikah, perdamaian, al-qadhaa', kesaksian, kitab makanan, kitab pakaian, pertandingan, wakaf, hibah, umraa', ruqbaa, fara'idh, dan selainnya.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.