Judul Asal: Ad-Daulah al-'Utsmaniyah 'Awamil an-Nuhudh wa Asbaab as-Suquuth
Pustaka Al-Kautsar
Harga:
Berat:
0.6kg
Keterangan Buku:
Pelbagai pasang surut sejarah dan liku-liku peradaban telah dilalui oleh kaum Muslimin. Ada zaman keemasan yang bergemerlapan dengan norma dan peradaban, tetapi tidak sedikit yang gelap gelita, penuh nesta, kemelaratan, huru-hara, dan dipenuhi episod kesedihan.
Di sebalik hal tersebut ada rahsia yang menjadi kekuatan mahupun kelemahan umat Islam sepanjang zaman. Apabila mereka mengambil Islam dan mengamalkannya dalam kehidupan mereka, mereka pun ampuh dan dijaga oleh Allah. Namun tatkala mereka mula melupakan Islam, maka mereka mula terhina dan tercerai-berai.
Inilah yang berlaku dalam rentetan jatuh bangunnya sejarah umat Islam. Bangsa Arab yang dahulunya bukanlah siapa-siapa, kemudian selama beberapa abad lamanya berjaya meraih kejayaan dan kegemilangan. Ini adalah berlangsung selama mereka mengamalkan Islam. Tetapi tatkala mereka terlena dengan muzik-muzik, tarian-tarian, sibuk mengejar kemewahan duniawi, dan mula melupakan syari’at Islam, mereka pun jatuh lalu digantikan pula dengan bangsa Kurdi dengan antara tokohnya Nuruddin dan Sholahuddin al-Ayyubi.
Kemudian, tatkala bangsa Kurdi berpaling meninggalkan Islam, Allah Subahnahu wa Ta’ala menyerahkan pula kepimpinan Islam kepada bangsa Saljuk yang kemudian bangsa Turki di bawah kepimpinan Muhammad Al-Fatih dan Sulaiman Qanuni yang kekuasaannya meliputi daratan Eropah dan mampu bertahan kukuh selama lebih enam abad menjadi empayar besar dunia yang ditakuti oleh negeri-negeri kaum kuffar termasuk negeri-negeri Eropah.
Demikianlah sunnatullah berlangsung. Ketika para sultan ‘Utsmani dan para penguasanya terpisah jauh dari syari’at Allah dan Rasul-Nya, khilafah ‘Utsmaniyah yang terbentang luas dari benua India hingga wilayah Balkan di Eropah dan wilayah Afrika Utara semakin hari semakin bercerai-berai lagi berantakkan. Sebuah empayar yang dahulunya menjadi lambang kegerunan dunia, tetapi tatkala mereka jauh dari nilai aqidah Islam yang benar, mabuk dengan dunia, khayal dengan kebid’ahan, dan hanyut dengan maksiat, mereka pun tercabik-cabik sedikit demi sedikit. Bahkan sehingga terhadap wilayah kecil seumpama Austria pun mereka boleh tumbang. Jajahan takluknya terpecah-belah ditakluki oleh kaum kafir, sehingga akhirnya mereka diibaratkan seperti orang sakit menanti rebah. Sehinggalah akhirnya golongan Nashara dan Yahudi mengambil alih empayar dunia...
Sampai saat ini, belum ada lagi generasi Muslim yang mampu membangkitkan dan menata kembali sendi-sendi kekuatan empayar Islam sebagaimana yang pernah gah dalam lipatan sejarah. Malah yang berlaku adalah sebaliknya di mana umat Islam diayam-ayamkan, dihinjak-hinjak, ditipu, ditindas di pelbagai negerinya sendiri, hanyut dan tertipu dengan budaya kaum kafir, sehingga ramai dari mereka yang hilang identiti dan tidak lagi mengenal hakikat agamanya sendiri. Ini semua bermula dengan diri mereka sendiri yang mengabaikan dan tidak meyakini kemuliaan Islam sehingga Allah pun menghinakan mereka.
Ingatlah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
“Sekiranya kamu melakukan perniagaan dengan ‘inah (sejenis riba), mengikuti belakang ekor lembu (sibuk bekerja), berpuas-hati dengan pertanian (menjadikan dunia sebagai tujuan), serta meninggalkan jihad (tidak memperjuangkan agama Allah), maka Allah pasti membelenggu kamu dalam kehinaan. Dia tidak akan mencabut kehinaan tersebut dari diri kamu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu (Islam yang sebenar).” (Sunan Abu Daud, no. 3462. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Beliau juga sabdanya:
“Dijadikan kerendahan dan kehinaan ke atas sesiapa yang menyelisihi perintahku. Dan sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk ke dalamnya.” (Musnad Ahmad, no. 5114, no. 5115. Dinilai sahih oleh Ahmad)
Jadi, umat Islam haruslah bangkit dari era kejatuhan dan kemunduran ini. Keluar dari kehinaan maksiat dan kegelapan kesesatan. Mereka perlu segera beringat dari mana asal-usul mereka dan kembali kepada kemuliaan Islam yang haq. Mungkin di antara usaha yang mampu mengembalikan ingatan dan rasa cinta mereka terhadap kemuliaan di bawah panji Islam adalah dengan mengajak mereka sama-sama merenungi perjalanan sejarah umat Islam dari era Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, era Khulafa’ur Rasyidin, Umawiyah, ‘Abbasiyyah, sehinggalah ke masa kekehilafahan ‘Utsmani. Tidak lain, agar kita mampu mengambil pelajaran sebab-sebab kebangkitan dan keruntuhan peradaban yang pernah mereka bina dan miliki. Agar mereka mampu menginsafi kehinaan yang melanda mereka saat ini berpunca dari kealpaan mereka terhadap syari’at yang benar.
Oleh kerana itu bersama beberapa faktor pendukung lainnya, buku dengan judul terjemahan “Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Utsmaniyah” ini dihadirkan ke hadapan para pembaca yang budiman. Melalui buku ini kita diajak sama-sama menyelami lembaran-lembaran sejarah yang penuh makna dan pelajaran bagi mereka yang masih punya hati.
Semoga buku ini mampu menjadi jambatan penghubung dari keterputusan kita terhadap sejarah Islam dan umatnya di masa lalu, yang banyak tenggelam dengan hingar-bingar peradaban materialistik dan pesona propaganda barat. Pepatah pernah mengungkapkan:
“Pelajarilah sejarah, kerana suatu kaum yang melupakan sejarahnya,
Adalah seperti anak pungut yang tidak mengetahui nasabnya.
Atau seperti orang yang hilang ingatan,
Sehingga ia tidak ingat masa lalunya.”
Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua seraya mampu menanamkan rasa cinta terhadap era kegemilangan Islam yang terbangun di atas neraca tauhid dan ketaatan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bukan keruntuhan umat Islam akibat mengabaikan tauhid dan lena di dalam buaian maksiat dan gemerlapan pesona duniawi. Semoga ada pelajaran yang dapat kita ambil buat memperbaiki diri. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.