Judul Asal: Muqoddimah Ibnu Khaduun
Pustaka Al-Kautsar
Harga:
Berat:
1.85kg
Keterangan Buku:
Ibnu Khaldun turut dikenali sebagai bapa sosiologi dan ahli sejarah yang banyak membuka lembaran baru corak berfikir dalam dunia kepolitikan. Tatkala menyelami pemikiran Ibnu Khaldun, maka kita akan ditarik untuk mengimbas ke belakang, iaitu pada abad 14 masihi. Pada ketika itu kebudayaan Arab-Islam sedang dilanda kemunduran. Krisis ini kemudian merebak ke jaringan-jaringan politik sebagai kesan dan akibat atas pecahnya imperium Islam menjadi negara-negara kecil yang dikendalikan oleh penguasa lemah dan tidak memiliki wawasan kerakyatan.
Bermula dari pengalaman dan penelitiannya yang tajam, Ibnu Khaldun merajut idea-idea kritis tentang perkara-perkara berkaitan sistem kemasyarakatan dan kenegaraan berikut kritikan-kritikan terhadap rangkuman sejarah sebagaimana tertuang dalam karya besarnya, Muqaddimah. Sebuah karya yang merupakan pengantar dari kitab Al-'Ibar yang diselesaikannya saat berusia 45 tahun.
Dalam buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun membahaskan fungsi dan peranan besar ilmu sejarah. Beliau memuatkan di dalamnya tentang makna dan hakikat sejarah serta methode beberapa mazhab atau aliran pembukuan sejarah. Lalu kemudian beliau mengkritisi beberapa perkara tentangnya lalu membentangkan pula kecerobohan, kesilapan-kesilapan, dan kesalahfahaman para periwayat dan penulis kitab-kitab sejarah di dalam menukil peristiwa-peristiwa sejarah secara semberono. Beliau jabarkan antara periwayatan sejarah yang boleh diterima pakai dan yang tidak.
Sejarah menurut Ibnu Khaldun memiliki fungsi yang besar dan tujuan yang mulia. Kerana melalui sejarah kita mengenal asal keadaan bangsa-bangsa terdahulu dari sudut tamadun, moral, akhlak, budaya, pentadbiran, dan tokoh-tokoh yang berjasa. Mereka yang mahu melakukan pelbagai kajian dan membuat tindakan dalam sesuatu perkara, dia pasti akan merasakan perlunya merujuk dan meneliti informasi-informasi dalam sejarah.
Menurut Ibnu Khaldun, pembukuan sejarah bukanlah sekadar mengetahui kisah-kisah, dokumentasi, mengenal penguasa dan tokoh, atau meraih ilmu, tetapi lebih lagi dari itu iaitu demi mengenal peristiwa-peristiwa masa lampau dalam rangka memahami dan membina masa depan yang lebih baik.
Selain itu, Ibnu Khaldun juga membahaskan topik kepolitikan, kekuasaan, penaklukan, dan tanggungjawab dalam pemerintahan. Kekuasaan dan politik menurut Ibnu Khaldun memiliki kedudukan dan tujuan yang seharusnya diformalasikan untuk kemanusiaan dalam menjalankan amanahnya kepada Allah. Kerana keduanya secara naluri berkait dengan fitrah manusia dan pola fikirnya yang condong meraih kemaslahatan. Dalam rangkuman maksud ini, keperluan manusia terhadap keamanan, perlindungan, kesejahteraan, kestabilan, dan selainnya yang seumpama adalah termasuk dalam bahagian tanggungjawab pemerintahan dan kekuasaan.
Terlalu banyak untuk disebutkan di sini tentang gagasan Ibnu Khaldun melalui Muqaddimah-nya yang cukup masyhur ini. Di antara lain di dalam buku ini, beliau mengupas tentang ashabiyah, kemasyarakat, budaya dan negara, pembinaan bangsa dan negara, kependidikan, ilmu-ilmu dan sumbernya, peradaban, ketamadunan, kekhilafahan serta kerajaan-kerajaan dan pemerintahan silam, penjanaan ekonomi dan sumbernya serta banyak lagi.
Beliau, 'Abdurrahman B. Khaldun rahimahullah (Wafat: 808H) hidup di keadaan politik dan kesukuan yang rumit. Ketika itu, beliau berpindah-randah antara Moroko, Andalusia, dan Mesir tempat kewafatannya. Beliau adalah individu bernama besar yang muncul tatkala dunia Islam sedang bergolak dan berpecah-belah menjadi negeri-negeri kecil.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.