(Untuk Anak-anak)
Qids Perisai Qur'an Kids
Harga:
Berat:
180g
Keterangan Buku:
Benih yang baik apabila ditanam pada tanah yang subur tentunya mampu menghasilkan buah yang sangat memuaskan bagi semua orang. Demikianlah juga dengan anak-anak. Apabila anak yang suci bersih itu dididik dengan didikan yang soleh dan akhlak yang baik, insyaAllah ia akan membesar menjadi anak yang baik dan disukai. Terutama bagi kedua orang tuanya yang mana kelak semoga anak-anak yang soleh tersebut menjadi amal kebaikan yang pahalanya terus mengalir padanya.
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal-amalnya melainkan tiga perkara, (iaitu) 1 – Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya, 2 – Ilmunya yang dimanfaatkan, atau 3 – Anak yang soleh yang mendoakannya.” (Shahih Muslim, no. 1631)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) melainkan dari apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm, 53: 39)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ، وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ
“Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi dari usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil usahanya.” (Musnad Ahmad, no. 25845)
Atas hal tersebut, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita sejak seawal usianya lagi agar kelak menjadi manusia bertaqwa lagi bermanfaat untuk agama dan manusia.
Ini adalah di antara siri buku-buku pendidikan anak-anak dalam mencapai objektif tersebut. Buku ini adalah siri buku kanak-kanak belajar bersuci (thaharah) dengan benar yang dilengkapi dengan ilustrasi dan gambar-gambar menarik. Kandungan di dalamnya dimuatkan dengan pelajaran mudah tentang air, mengenal najis, adab buang hajat, tata cara wudhu', dan tayammum berdasarkan hadis-hadis sahih.
Semoga bermanfaat sebagai model dan bahan silibus pendidikan anak-anak kecil kita.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.