Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Friday, May 17, 2013

755 - Tafsir Ibnu Katsir (Cetakan Baru, Design Baru)


Tafsir Ibnu Katsir
(Cetakan Baru, Design Baru)



Judul Buku:
Tafsir Ibnu Katsir
(Cetakan Baru, Design Baru)
Lubabut Tafsir min Ibn Katsir (Tafsir Ibnu Katsir)

Penulis:
Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)
Tahqiq: Syaikh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh

Penerbit:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Harga:
RM440

Berat:

12.8kg

Keterangan Buku:

[Nota] :: Ini adalah terjemahan Tafsir Ibnu Katsir dari terbitan dan edisi yang sama oleh Penerbit Pustaka Imam asy-Syafi'i. Cuma bezanya, ini adalah cetakan baru dengan sedikit pengubahsuaian design, reka-bentuk, font berwarna (pada matan/teks arab), font size diperbesarkan sedikit, dan sedikit editing dalaman lainnya.

Al-Hafiz ‘Imaduddin Abul Fida’ Isma’il B. ‘Umar B. Katsir (Ibnu Katsir) adalah salah seorang ulama pada era tahun 700 hijriyah yang telah berjaya melakukan kajian tafsir dengan sangat mendalam lagi terperinci yang mana tafsirnya dilengkapi dengan banyak hadis-hadis dan fatwa-fatwa sahabat, tabi'in, dan tabi'ut tabi'in yang masyhur.

Ini menjadi bukti akan ketelitian ilmunya dalam bidang Tafsir, al-Hadis, dan atsar. Malah sekiranya disebut saja nama Ibnu Katsir (semoga Allah meredhai dan merahmatinya), nescaya melambunglah pujian ahli ilmu terhadap beliau. Ketokohannya dalam bidang tafsir tidak sedikit pun diragui. Jika diajukan kepada para ulama ahli sunnah wal-jama'ah, kitab tafsir manakah yang sepatutnya dibaca dan dicadangkan untuk para penuntut ilmu? Nescaya mereka akan menyebut dan mencadangkan agar ditela'ah Tafsir Ibnu Katsir ini. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Methode tafsir yang beliau gunakan adalah methode murni ahli sunnah wal-jama'ah (metode tafsir para ulama generasi awal), iaitu kaedah tafsir al-Qur'an dengan al-Qur'an, al-Qur'an dengan al-Hadis atau sunnah, dan Tafsir al-Qur'an dengan atsar, iaitu penafsiran berdasarkan fatwa-fatwa para sahabat, tabi'in, dan tabi'uit tabi'in. Selain penafsiran dengan pemahaman bahasa yang tuntas.

Mengenangkan kehebatan dan keagungan tafsir ini, maka ia pun diterjemahkan untuk manfaat bersama. Jadi dengan itu, diharapkan agar ianya dapat mencapai tujuan yang tinggi dan mulia, iaitu menyampaikan maksud firman Allah Ta’ala melalui manhaj yang lurus dan benar di atas manhaj fahaman ulama ahli sunnah wal-jama'ah generasi awal.

Tafsir ini diterjemahkan dari kitab versi arab hasil tahqiq, semakkan, dan himpunan oleh Syaikh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman B. Ishaq Alu Syaikh.

Melalui semakkan yang beliau lakukan, beliau membiarkan apa yang seadanya dari kalimat-kalimat asal yang ditulis oleh al-hafiz Ibnu Katsir sendiri, dan dalam masa sama menghilangkan beberapa perkara yang dianggap tidak perlu, dan ini melibatkan seperti cerita-cerita isra'iliyyat, cerita-cerita yang tidak diketahui asalnya, dan sebahagian hadis-hadis dha’if (lemah dan tidak sahih). [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Setelah dilakukan tahqiq dan semakkan oleh Syaikh Dr. ‘Abdullah bin Muhammad, beberapa penambahan telah dibuat iaitu:

1, Penafsiran tiga ayat dari surat al-Ma'idah. Nombor ayat-ayat tersebut adalah 97, 98, 99, dan akhir dari ayat 96.

2, Mentakhrij lebih dari 300 hadis yang dikemukakan penulis tafsir ini (iaitu Ibnu Katsir) yang tidak memiliki sebarang komentar darinya.

3, Menisbatkan qira'at dan riwayatnya kepada para tokohnya secara terperinci dan teliti, yang mana penulis asal kitab ini menyampaikannya secara ijmal (ringkas dan umum sahaja).

4, Menafsirkan lafaz-lafaz yang ditulis dalam kitab ini yang mana sukar difahami maksudnya oleh para penuntut ilmu.

5, Melakukan ralat (pembetulan) terhadap beberapa bentuk kesalahan dalam kitab berkenaan dengan qira'at atau pun yang lain.

Kenapa Tafsir Ibnu Katsir?

Dalam memahami Al-Qur'an, seseorang wajib merujuk kepada kaedah-kaedah penafsiran Al-Qur'an yang benar dan selamat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para ulama generasi awal dari kalangan salafus soleh yang terdiri dari para pembesar/ulama sahabat, tabi'in, tabi'ut tabi'in dan para ulama yang mengikuti mereka dengan baik. Al-Qur'an tidak boleh dan tidak akan dapat difahami hanya berbekalkan logika dan perasaan. Sebaliknya, Al-Qur'an wajib difahami dengan berpandukan hadis-hadis Nabi yang sahih dan fatwa-fatwa para sahabat yang mana mereka menyaksikan sendiri turunnya ayat-ayat Al-Qur'an di masa mereka.

Di antara sebab kenapa kita wajib berpedoman dengan pemahaman dan manhaj (prinsip-prinsip) para sahabat dalam memahami Al-Qur'an adalah kerana mereka merupakan golongan yang sentiasa bersama-sama Nabi dalam apa jua keadaan, sama ada senang atau sukar. Teguh beraqidah sebagaimana yang diperintahkan, hidup di dalam suasana yang mendapat perhatian Nabi, dan mati di atas jalan yang benar. Di masa hidupnya sentiasa bersama-sama Nabi mengutip kebenaran yang disampaikan. Mereka berguru kepada Nabi secara langsung. Mereka tahu apabila sesuatu ayat Al-Qur'an diturunkan, ia diturunkan atas dasar apa dan apa latar belakang ayat tersebut. Mereka bermusafir dan berperang bersama-sama Nabi. Berjuang dan berdakwah menegakkan agama yang dibawa oleh Nabi. Mereka mendapat pengiktirafan secara langsung dari langit oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Setelah kewafatan Nabi, merekalah kelompok manusia yang meneruskan perjuangan dan kesinambungan dakwah Rasulullah. Merekalah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah memelihara al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah dari pelbagai bentuk penyelewengan, pendustaan dan penyembunyian. Mereka menyampaikan, mengajarkan, dan menyebarkannya kepada generasi manusia seterusnya.

Tidak ada lagi bentuk-bentuk agama selain dari apa yang difahami dan disampaikan oleh mereka. Kerana apa yang difahami dan diamalkan oleh mereka dari agama Islam, sudah sangat-sangat memadai dan itulah yang terbaik. Kerana apa yang diamalkan oleh mereka, itulah yang mendapat restu dan pembenaran secara langsung daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan bentuk-bentuk amalan (sandaran beragama) selain dari itu, maka ia adalah suatu yang asing lagi tertolak disebabkan agama ini telah pun sempurna dan mencukupi sebagaimana yang difahami oleh golongan terbaik bernama sahabat.

Pakar Tafsir generasi sahabat, ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu berkata:

مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ الْفِتْنَةُ أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَرُّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقُهَا عِلْمًا وَأَقَلُّهَا تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ؛ فَإِنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ

“Sesiapa di antara kamu mengikuti sunnah (bimbingan), maka  ikutilah jejak bimbingan orang yang telah wafat kerana orang yang masih hidup tidak terlepas dari fitnah. Mereka adalah para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Mereka adalah orang yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, serta paling sedikit takallufnya (tidak merasa terbeban dengan syari’at). Mereka adalah kaum yang dipilih oleh Allah untuk berdampingan dengan Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka kenalilah kelebihan dan jasa-jasa mereka, ikutilah mereka, dan ambillah akhlak serta agama mereka kerana sesungguhnya mereka berada di atas landasan hidayah yang lurus.” (Ibnu ‘Abdil Bar, Jaami’ al-‘Ilm wa Fadhlihi, m/s. 368. Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 3/126, 4/138, 4/158, 11/368, 11/573. Ibn al-Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/202-203)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ أَقْوَامٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

“Sebaik-baik manusia adalah pada kurunku, kemudian generasi setelah mereka, kemudian generasi setelah mereka. Kemudian akan muncul suatu kaum yang memberi persaksian mendahului sumpahnya, dan bersumpah mendahului persaksiannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2458)

Di dalam Al-Qur'an, Allah mengiktiraf dan menyeru kita semua agar mengikuti jejak-jejak mereka. Maksud firman Allah Ta'ala:

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang paling awal masuk Islam (generasi sahabat) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang ada sungai-sungai mengalir. Mereka kekal abadi di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Oleh itu, di antara kitab tafsir agung dalam dunia Islam ahli sunnah wal-jama'ah adalah kitab Tafsir Ibnu Katsir ini. Ia adalah tafsir bil-matsur iaitu tafsir yang memuatkan methode penafsiran secara murni berpandukan manhaj para sahabat. Di dalamnya terpenuhi dengan hadis-hadis Nabi, kata-kata (fatwa-fatwa) para sahabat, pendapat-pendapat yang kuat dari kalangan tabi'in, serta hujah-hujah kesimpulan dari para pembesar mazhab ahli sunnah wal-jama'ah. Lebih menguatkan kedudukan Tafsir Ibnu Katsir ini, ia sentiasa mendapat dukungan dan rekomendasi para ulama dari zaman berzaman sehingga kini sebagai tafsir yang amat baik untuk para penuntut ilmu dan kalangan awam.

Amat sedih dan miskin, sekiranya rumah-rumah kita tidak memilikinya dan tidak pernah memiliki impian untuk memilikinya sekaligus menela'ahnya. Amat sayanglah sekiranya manfaat besar yang terkandung di dalamnya tidak di-endahkan oleh umat Islam sendiri.

Alhamdulillah, pada hari ini sekali lagi Allah memudahkan kita semua untuk memahami ayat-ayat Al-Qur'an melalui tafsir ini di mana apabila kitab Tafsir Ibnu Katsir ini telah pun diterjemahkan. Ini adalah edisi tahqiq (penelitian dan semakkan) oleh Syaikh Dr. ‘Abdullah B. Muhammad B. ‘Abdurrahman B. Ishaq Alu Syaikh. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Tafsir Ibnu Katsir Menurut Syaikh Shafiyurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah

“Sesungguhnya al-Qur’an yang mulia adalah kitab paling agung yang dengannya Allah memuliakan umat Islam ini. Al-Qur’an adalah kitab mulia yang tidak datang kepadanya kebathilan sama ada dari depan atau pun dari belakangnya, diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji, dan memberikan petunjuk ke jalan yang paling lurus. Dan sesiapa yang meninggalkannya, sungguh dia berada dalam kerugian.

Umat Islam telah memberikan perhatian yang tiada tara terhadap al-Qur’an sejak generasi Salaf yang telah berlalu dari umat ini. Para ulama umat ini telah membahaskan tentang al-Qur’an sama ada dalam permasalahan hukum-hakam, penjelasan, nasihat, faedah, pelbagai peristiwa dan kejadian, ibarat (perumpamaan), mukjizat, i’rab (huraian perkataan), pelbagai jenis qira’at (jenis bacaan), kepelbagaian lahjah (loghat), sehingga keadaan geografi tempat-tempat yang disebutkan di dalam al-Qur’an, dan masih banyak lagi perbahasan-perbahsan lainnya.

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam bab tafsir al-Qur’an, paling agung, paling banyak pula diterima dan tersebar di tengah-tengah umat ini. Kerana Ibnu Katsir rahimahullah adalah seorang yang ahli tentang ilmu-ilmu al-Qur’an dan as-Sunnah, serta ilmu tentang sejarah umat-umat terdahulu dan yang akan datang, ditambah lagi dengan kurniaan Allah ke atas beliau berupa pandangan yang tajam dan mendalam tentang sunnatullah yang terjadi berkaitan dengan kemaslahatan, kerosakan, kemajuan, kemunduran, serta kehancuran umat ini. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Beliau memiliki pengetahuan yang luas atas apa yang diisyaratkan pada dasar-dasar perbahasan sebelumnya. Dan beliau rahimahullah memilih riwayat-riwayat tafsir yang ma’tsur (yang datang daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) dalam menafsirkan al-Qur’an. Beliau banyak membawa hadis-hadis yang marfu’ (bersambung sampai kepada Nabi), perkataan-perkataan para salaf ash-Sholeh dari kalangan sahabat, tabi’in, dan para imam pembawa petunjuk yang datang setelah mereka serta dari kalangan ulama yang memiliki kekuatan ilmu dan pandangan dalam bidang tafsir al-Qur’an dengan tidak mengabaikan sisi-sisi lain yang telah kami sebutkan. Oleh kerana itulah tafsir ini merangkum dua seni riwayah dan dirayah, serta manqul dan ma’qul. Kaum muslimin dapat menuai faedah yang sangat besar, dan kitab tafsir ini dapat diterima serta mendapat perhatian yang lebih berbanding dari kitab-kitab tafsir lainnya.” (Mukaddimah al-Mishbah al-Munir fii Tahdzib Tafsir Ibnu Katsir)

Menurut Syaikh Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah (Wafat: 1377H)

“Menurut kami, Tafsir al-Hafiz Ibnu Katsir adalah kitab Tafsir yang paling bagus, indah, dan lengkap setelah Tafsir Imam para ahli Tafsir, iaitu Abu Ja’far ath-Thabari. Kami tidak bertujuan membandingkan antara keduanya, atau antaranya dengan yang lainnya, kerana menurut kami, tidak ada tafsir yang dapat menyamai keduanya, atau bahkan menghampirinya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir telah berusaha dengan gigih untuk menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, kemudian dengan as-Sunnah yang sahih yang merupakan keterangan dan penjelas al-Qur’an. Selanjutnya beliau menyebutkan perkataan para ulama salaf tentang tafsir ayat-ayat yang ada. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Beliau juga membawakan banyak hadis (pada banyak tempat di dalam tafsirnya) berserta sanad-sanadnya dari kitab-kitab as-Sunnah dan sumbernya. Beliau banyak mengemukakan alasan kedha’ifan hadis, akan tetapi beliau sangat bersungguh-sungguh untuk menyebutkan hadis-hadis yang sahih walaupun dalam masa yang sama turut menyertakan hadis-hadis yang dha’if bersama. Maka kitab beliau tersebut (di samping merupakan kitab Tafsir al-Qur’an), ia juga sekaligus sebagai ilmu dan petunjuk bagi para penuntut ilmu hadis. Darinya dapat diketahui kaedah menganalisa dan meneliti sanad-sanad dan matan-matan hadis, serta mengetahui perbezaan hadis-hadis sahih dan selainnya. Jadi, dilihat dari makna ini, maka ia adalah kitab yang memberi pelajaran yang agung dan manfaatnya besar sekali.” (Mukaddimah ‘Umdatut Tafsir ‘an Al-Hafiz Ibn Katsir)

Sepintas lalu tentang Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah

Beliau adalah Imam al-Hafiz Abu al-Fida’ Imaduddin Isma’il B. ‘Umar B. Katsir al-Qurasyi al-Bushrawi ad-Dimasyqi, yang lebih dikenal dengan nama Ibnu Katsir. Beliau lahir pada tahun 701H (1302H) di Mijdal, sebuah tempat di Kota Bashrah. Beliau kemudian menetap, belajar, dan mengajar di Damaskus.

Pada usia 4 tahun, ayah beliau meninggal sehingga kemudian beliau diasuh oleh pak ciknya, Syaikh ‘Abdul Wahhab. Pada tahun 706H, beliau pindah dan menetap di kota Damaskus. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Riwayat Pendidikan

Ibn Katsir tumbuh membesar di kota Damaskus. Di sana, beliau banyak menimba ilmu dari para ulama di kota tersebut, salah satunya adalah Syaikh Burhanuddin Ibrahim al-Fazari yang lebih dikenal dengan nama Ibnul Farkah (Wafat: 729H).

Beliau juga menimba ilmu dari ‘Isa B. Muth’im, Ibn Asyakir, Ibn Syairazi, Ishaq B. Yahya bin al-Amidi, Ibn Zarrad, al-Hafiz adz-Dzahabi (Wafat: 748H) serta Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah (Wafat: 728H). Selain itu, beliau juga belajar kepada Syaikh Jamaluddin Yusuf B. Zaki al-Mizzi (Wafat: 742H), salah seorang ahli hadis di Syam. Syaikh al-Mizzi ini kemudian menikahkan Ibn Katsir dengan putrinya.

Selain Damaskus, beliau juga belajar di Mesir dan mendapat ijazah dari para ulama di sana. Antara guru beliau di Mesir adalah Abu Musa al-Qarafi, Abu al-Fat-h ad-Dabbusi, dan ‘Ali B. ‘Umar as-Sawani.

Tahap Keilmuan Beliau

Berkat kegigihan belajarnya, akhirnya beliau menjadi ahli tafsir ternama, ahli hadis, penulis sejarah ulung, serta ahli fiqih besar di abad ke-8H. Kitab beliau dalam bidang tafsir adalah Tafsir al-Qur’an al-‘Azdim yang menjadi kitab tafsir terbesar dan tersahih hingga saat ini, di samping kitab tafsir Muhammad B. Jarir ath-Thabari. Bahkan sebahagian ulama mengatakan bahawa tafsir beliau adalah ringkasan kepada karya besar Tafsir ath-Thabari tersebut.

Para ulama mengatakan bahawa tafsir Ibnu Katsir adalah sebaik-baik tafsir yang ada di zaman ini, kerana pelbagai keistimewaan dan khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Keistimewaan yang paling utama terkandung di dalamnya adalah beliau menafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an (di satu ayat dengan ayat-ayat yang lain), menafsirkan al-Qur’an dengan as-Sunnah (hadis-hadis Nabi), kemudian dengan perkataan para salaf ash-sholeh (pendahulu kita yang soleh, yakni para sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in), kemudian dengan kaedah-kaedah bahasa Arab.

Karya-karya Ibnu Katsir

Selain Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, beliau juga turut menulis banyak kitab-kitab lain yang sangat bermanfaat, berkualiti, dan menjadi rujukan bagi generasi setelah beliau sehinggalah saat ini, di antaranya adalah al-Bidayah Wa an-Nihayah yang memuatkan kisah awal permulaan penciptaan dan awal dunia, kisah-kisah para nabi dan umat-umat terdahulu, sehinggalah kisah-kisah yang akan datang ketika saat menjelangnya kiamat dan fitnah-fitnahnya.

Kemudian, kitab Jami’ Al-Masaanid yang berisi himpunan hadis-hadis merangkumi Musnad Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, Mushannaf, berserta Kutubus Sittah.

Seterusnya, Ikhtishar ‘Ulum al-Hadits tentang ilmu hadis yang merupakan ringkasan dari karya Imam Ibnu ash-Sholah. Kemudian kitab Thabaqaat asy-Syafi’iyyah. Takhrij kitab at-Tanbih fii fiqh asy-Syafi’iyyah. [Hak susunan Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Yang lainnya lagi, kitab At-Takmiil fii Ma’rifatits Tsiqaat wa adh-Dhu’afaa wal Majaahil dalam bidang ilmu jarh wat-Ta’dil, Risalah Fi al-Jihad tentang jihad dan masih banyak lagi lainnya.

Pujian Para Ulama Ke Atas Beliau

Keilmuan dan kesolehan al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah telah pun diakui para ulama sejak di zamannya serta begitu ramai lagi para ulama setelahnya. Antaranya, Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

“Beliau adalah seorang imam dan seorang mufti (pemberi fatwa), ulama hadis yang pakar, faqih yang luas pandangannya, ahli tafsir, dan beliau memiliki banyak sekali tulisan yang bermanfaat.”

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

“Beliau sentiasa menyibukkan diri dengan hadis, menela’ah matan dan rijal hadis. Beliau adalah orang yang memiliki hafalan yang banyak, kecerdasannya bagus, memiliki banyak karya tulis semasa hayatnya, dan telah memberikan manfaat yang sangat banyak kepada orang-orang setelah beliau.”

Salah seorang muridnya, Abu al-Mahasin Jamaluddin Yusuf Ibn Syihabuddin berkata, “Beliau adalah Syaikh, al-Imam, Al-‘Allamah Imaduddin Abu al-Fida’. Seorang ulama yang banyak menulis (berkarya), sentiasa bekerja, meraih ilmu dan menulis, pakar dalam bidang fiqh, tafsir, dan hadis. Beliau mengumpulkan, mengarang, mengajar, dan menyampaikan hadis serta menulis. Beliau memiliki telahan yang sangat luas dalam ilmu hadis, tafsir, fiqh, bahasa ‘Arab, dan ilmu-ilmu lainnya. Beliau mengeluarkan fatwa dan mengajar sehingga wafat. Semoga Allah merahmati beliau. Beliau dikenal sebagai ulama yang memiliki hafalan yang kuat dan tulisan yang bagus. Beliau telah mencapai puncak dalam ilmu sejarah, hadis, dan tafsir.”

Kewafatan Beliau

Beliau hilang penglihatan di akhir hayatnya, dan beliau (al-Hafiz Ibnu Katsir) meninggal dunia pada tahun 774H (1373M) di Damaskus, Syam dan dikuburkan bersebelahan dengan makam gurunya, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahumallah.


Jumlah Muka Surat:
10 Jilid lengkap

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.