Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih
Tuntunan Qiyamullail dan Solat Tarawih
Pustaka As-Sunnah, Makassar
Harga:
Berat:
190g
Keterangan Buku:
Di antara pintu dan jalan kebaikan itu adalah pensyari'atan untuk menghidupkan malam hari dengan mengerjakan solat-solat sunnah yang disebut dengan nama solatullail (iaitu solat di malam hari) atau turut dikenali dengan nama solat tahajjud. Ia termasuk ibadah yang sinonim dengan para hamba yang soleh. Ibadah yang penuh kelazatan yang selalu membuat para salaf terbuai dengannya dan seakan tidak sudi berpisah dengannya walu sesaat.
Kata Tsabit B. Aslam al-Bunany rahimahullah, “Tidak ada perkara yang lazat yang aku temukan dalam hatiku melebihi lazatnya qiyamullail.”
Sufyan ats-Tsauri berkata, “Apabila malam hari tiba, maka aku gembira. Tetapi bila tiba siang hari, aku pun merasa sedih.”
Abu Sulaiman ad-Daaraani rahimahullah pula berkata, “Ahli ketaatan merasa lazat dengan malam hari mereka berbanding orang-orang yang lalai dengan kelalaiannya. Andaikata bukan kerana malam hari, nescaya aku tidak suka untuk tetap hidup di dunia.”
Solat malam memiliki keutamaan yang sangat besar, ia merupakan salah satu sebab utama bagi seseorang dimasukkan ke Syurga. Ia merupakan penutup kesalahan dan penghapus dosa. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sangat menitik-beratkan dan menyarankan supaya sentiasa bersolat malam.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“...Solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam.” (Shahih Muslim)
Buku yang sedang anda tatap mukanya ini bukanlah bertujuan merinci hal tersebut melainkan untuk menjelaskan tuntunan yang benar dalam perlaksanaan solat al-Lail dan solat tarawih. Kerana ibadah qiyamullail akan bernilai di sisi Allah dan bermakna buat seorang hamba apabila ia dilaksanakan sesuai dengan petunjuk al-Qur'an dan as-Sunnah.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.