Judul Asal: Al-Qaul al-Mubiin fii Akhtho’ul Mushollin
Pustaka Imam asy-Syafi’i
Harga:
Berat:
1.3kg
Keterangan Buku:
Ingatlah bahawa kelak, amalan pertama yang bakal dihisab di akhirat kelak adalah solat-solat kita. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Perkara (amal) yang pertama sekali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Apabila baik solatnya, maka seluruh amalnya pun baik. Apabila solatnya buruk, maka seluruh amalnya pun buruk.” (Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Awsath, no. 1859. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Maka dari itu, hendaklah kita sentiasa ingat dan sungguh-sungguh menjaga solat-solat kita. Baik dari aspek ketepatan waktu, bersegera melaksanakannya, mempraktikkannya dengan ilmu, mengerjakannya dengan khusyu’, dan dilandasi di atas keikhlasan yang tulus semata-mata kerana Allah.
Imam Ahmad B. Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) mengatakan, “Keberuntungan yang diperolehi kaum Muslimin dari Islam bergantung kepada keberuntungan yang mereka perolehi dari solat. Kecintaan mereka terhadap Islam juga bergantung pada kecintaan mereka terhadap solat. Wahai hamba Allah, perbaikilah dirimu. Takutilah hari pertemuanmu dengan Allah apabila tidak ada sedikit pun kualiti keislaman yang engkau bawa, dan kualiti keislaman dalam hatimu tergantung kualiti solat dalam jiwamu.”
Buku dengan judul Al-Qaul al-Mubiin fii Akhtho’ul Mushollin ini berisi dengan penjelasan lengkap berkisar kesalahan dan kekeliruan-kekeliruan kebanyakan umat Islam dalam melaksanakan solat. Kekeliruan tersebut sama ada berkait masalah syarat-syarat solat, rukun solat, kewajiban-kewajibannya, mahupun sunnah-sunnahnya; insyaAllah itu semua dibahaskan dan diperingatkan oleh penulis melalui buku ini secara ilmiyah dan memuaskan, insyaAllah. Antara kekeliruan yang dibahaskan secara rinci dan penuh ilmiyah di atas dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah adalah sekitar kekeliruan yang menyangkut:
1, Kekeliruan dan kesalahan dalam cara berpakaian ketika solat. Ini adalah seperti berpakaian ketat, berpakaian dengan pakaian tipis, tidak sempurna menutup aurat, berpakaian isbal sadl ketika solat, menyinsingkan pakaian, solat dengan bahu terbuka, mengenakan pakaian bergambar ketika solat, tidak menutup kepala, dan yang lain lagi.
2, Salah-faham berhubung tempat solat. Ini contohnya seperti sujud di atas tanah karbala sebagaimana dilakukan puak Syi’ah, solat dengan menghadap diding atau alas bergambar, solat menghadap kuburan, solat tanpa menghadap sutrah, dan lain-lain.
3, Kekeliruan berkait tata cara solat. Ini adalah seperti melafazkan niat dengan suara, tidak menggerakkan mulut ketika membaca di dalam solat, dan beberapa bentuk kesalahan ketika berdiri, ruku’, sujud, dan duduk tasyahhud.
4, Kekeliruan dan salah faham tatkala berada dalam masjid dan solat jama’ah. Ini adalah seperti terburu-buru menuju masjid, keluar dari masjid tatkala azan tanpa sebab yang wajar, berbual-bual di masjid, tidak melaksanakan solat tahiyatul masjid sebaik sampai di masjid, meneruskan solat sunnah walaupun iqamah telah dikumandangkan, enggan merapatkan solat solat, tidak mengambil saf paling depan sedangkan safnya masih kosong, menyamai atau mendahului gerakkan imam, mengerjakan solat jama’ah di selain masjid, membuat jama’ah solat yang kedua, enggan melaksanakan solat di belakang imam yang berlainan mazhab, dan lain-lain lagi.
5, Kesalahan tatkala selesai solat. Ini contohnya adalah seperti tidak mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim, membiasakan berjabat tangan sebaik selesai solat, bersujud untuk berdoa sebaik selesai solat, bertasbih dan berdoa secara jama’ah sebaik selesai solat, melintas di hadapan orang yang masih belum selesai solat, dan selainnya.
6, Kekeliruan dalam melaksanakan solat Juma’at. Ini adalah seperti sengaja meninggalkan solat Juma’at tanpa ada udzur, meninggalkan solat Juma’at kerana pernikahan, kekeliruan terhadap jumlah azan dan solat sunnah qabliyah, dan beberapa lagi lainnya.
7, Dan beberapa bentuk kekeliruan menyangkut solat-solat lainnya seperti ketika istikharah, solat 'Ied, solat ketika safar (dalam perjalanan), dan juga solat-solat sunnah lainnya.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.