Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, May 18, 2013

796 - Al-Aziz Syarah Al-Wajiz (Fikih Shalat Madzhab Syafi’i)


Al-Aziz Syarah Al-Wajiz
(Fikih Shalat Madzhab Syafi’i)



Judul Buku:
Al-Aziz Syarah Al-Wajiz (Fikih Shalat Madzhab Syafi’i)
Judul Asal: Al-Aziz Syarah Al-Wajiz (Kitab Ash-Sholah)

Penulis:
Imam Ar-Rafi’i rahimahullah

Penerbit:
Pustaka Azzam

Harga:
RM120

Berat:

1.4kg

Keterangan Buku:

Kitab Al-Aziz Syarh Al-Wajiz atau Asy-Syarh Al-Kabir ini adalah merupakan antara barisan kitab-kitab besar dan menjadi rujukan utama dalam kalangan mazhab Asy-Syafi’i. Kitab ini adalah susunan, syarah (huraian) dan karya terkenal dari imam ar-Rafi’i rahimahullah (Wafat: 623H).

Kitab Al-Wajiz fii Fiqh Mazhab Al-Imam asy-Syafi’i ini asalnya adalah karya Imam al-Ghazali yang membukukan dan menyimpulkan pendapat-pendapat (atau matan-matan ringkas) fiqh mazhab asy-Syafi’i. Kemudian tampil Imam ar-Rafi’i yang menghurai, menjelas, dan mensyarahkan matan-matan atau teks kesimpulan tersebut ke dalam kitab khas yang besar dengan judul Al-‘Aziz Syarah Al-Wajiz.

Oleh itu kita akan lihat melalui kitab ini, penyusun akan mengemukakan teks Imam al-Ghazali tentang fiqh-fiqh dalam mazhab Asy-Syafi’i, lalu kemudian imam ar-Rafi’i pun menghurai dan menjelaskannya secara terperinci hujah dan dalil-dalil yang melatar-belakangi teks kesimpulan yang menjadi pegangan mazhab Imam asy-Syafi’i yang disimpulkan oleh Imam al-Ghazali tersebut. Selain itu penulis juga turut mengemukakan sekiranya terdapat perbezaan pendapat terhadap satu-satu bab fiqh, kemudian penulis menjelaskan pendapat yang kuat dan menjadi pegangan dalam kalangan mazhab asy-Syafi’i.

Buku ini turut dilengkapi dengan tahqiq dan semakkan oleh ‘Ali Muhammad Mu’awwadh dan Adil Ahmad ‘Abdul Maujud. Nota kaki atau catatan kaki disertakan oleh pentahqiq bagi membantu dan memudahkan para pembaca dalam membuat semakkan dan rujukan lanjutan.

Kitab ini adalah kitab yang besar dan tebal berjilid-jilid merangkumi pelbagai bab-bab penting perbahasan fiqh mazhab asy-Syafi’i, namun bagi edisi terjemahannya ini, pihak penterjemah atau penebit hanya berkenan menerbitkan jilid yang terkait dengan perbahasan bab solat. Maka siaplah dua jilid lengkap dengan diberi judul bagi edisi terjemahan ini sebagai Fikih Shalat Madzhab Syafi’i.

Semoga kitab ini walaupun hanya terbit sebahagian sahaja, namun bab solat ini bukanlah bab yang remeh, sebaliknya bab yang termasuk menjadi rujukan dan amalan kita seharian. Maka bagi yang benar-benar mahu mengkaji dan meneliti perbahasan fiqh solat dalam kalangan mazhab asy-Syafi’i, ini adalah antara kitab besarnya selain kitab-kitab seumpama Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzab, Fathul Bari, Al-Minhaj, Raudhatu ath-Thalibin, dan yang lainnya. [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid lengkap.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.