Judul Asal: Al-Hukmu bi Ghairi ma Anzalallaah
Pustaka As-Sunnah, Makassar
Harga:
Berat:
250g
Keterangan Buku:
Polemik berhukum dengan selain hukum Allah merupakan salah satu di antara beberapa persoalan yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini yang dihadapi oleh sebahagian dari para penuntut ilmu dan kalangan awam. Lebih-lebih lagi pada hari ini, ramai sekali manusia yang sememangnya jauh dari hukum-hukum Allah tertentu atas pelbagai alasan dan sebab.
Sebagaimana dalam sebuah hadis, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan bahawa:
“Ikatan-ikatan Islam akan terlepas satu demi satu. Di setiap kali ikatannya terlepas, ia diikuti oleh manusia (ikatan seterusnya akan terlepas). Dan yang pertama kali terlepas adalah hukum (perundangan) dan yang terakhir sekali adalah solat.” (Musnad Ahmad, no. 22160. Isnadnya dinilai jayyid oleh Syu’aib al-Arnauth)
Lebih menambah runsing, hal tersebut dijadikan alasan oleh sebahagian kalangan untuk menghujam dan mengkafirkan sebahagian yang lain. Sehingga akhirnya menatijahkan pulau-memulau dan fitnah kafir-mengkafir. Bahkan sehingga menatijahkan gerakkan menetang pemerintah, perpecahan, pergolakkan, dan malah sampai saling berbunuhan (sebagaimana berlaku di sebahagian negara) atas nama jihad (yang tidak syar’i) persis fitnah yang ditimbulkan golongan khawarij di zaman silam.
Maka, atas alasan fitnah dan salah faham yang melanda tersebut, serta kerana mencari keredhaan Allah, penulis pun berusaha membentangkan dan membahaskan persoalan tersebut dari kaca mata ilmiyah ahlus sunnah wal-jama’ah. Bagaimana sebenarnya ahlus sunnah menyikapi hal tersebut. Apakah mereka yang tidak berhukum dengan hukum Allah, atau mana-mana hukum Allah tertentu langsung dihukum kafir, atau fasiq, atau zalim? Atau apakah yang dimaksudkan dengan hukum Allah tersebut, baik secara umum mahupun khusus? InsyaAllah sama-sama kita telusurinya secara ilmiyah, adil dan ilmu yang benar.
Di antara topik-topik perbahasan yang diperincikan oleh penulis melalui buku ini adalah seperti:
1, Kaedah-kaedah Memahami maksud Berhukum Dengan Hukum Allah.
2, Rincian dan kesan Berhukum Dengan Selain Hukum Allah.
3, Huraian dan perincian terhadap beberapa bentuk permalasahan fitnah masa kini dan fatwa-fatwa para ulama berkaitan dengannya.
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.