Untuk Anak-anak
Qids Perisai Qur'an
Harga:
Berat:
0.2kg
Keterangan Buku:
Benih yang baik apabila ditanam pada tanah yang subur tentunya mampu menghasilkan buah yang sangat memuaskan bagi semua orang. Demikianlah juga dengan anak-anak. Apabila anak yang suci bersih itu dididik dengan didikan yang soleh dan akhlak yang baik, insyaAllah ia akan membesar menjadi anak yang baik dan disukai. Terutama bagi kedua orang tuanya yang mana kelak semoga anak-anak yang soleh tersebut menjadi amal kebaikan yang pahalanya terus mengalir padanya.
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal-amalnya melainkan tiga perkara, (iaitu) 1 – Sedekah jariyah yang pernah dilakukannya, 2 – Ilmunya yang dimanfaatkan, atau 3 – Anak yang soleh yang mendoakannya.” (Shahih Muslim, no. 1631)
Mengajarkan anak-anak dengan doa-doa, dzikir-dzikir, dan adab-adab serta akhlak mulia adalah merupakan bekal bagi calon seorang anak yang soleh. Tentunya orang tua bukan hanya sekadar mendapat buah hasil dari doa-doa anak-anaknya yang soleh, tetapi juga pahala yang terus mengalir kepadanya setiap kali anak tersebut mengamalkan adab dan akhlak mulia, kerana perilaku soleh anaknya merupakan jerih payah kedua orang tuanya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan bahawasanya seseorang manusia itu tidak mendapat (pahala) melainkan dari apa yang telah diusahakannya.” (Surah an-Najm, 53: 39)
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik yang dimakan oleh seseorang itu adalah makanan yang diperolehi dari usahanya sendiri. Sesungguhnya anak itu termasuk dari hasil usahanya.” (Musnad Ahmad, no. 25845)
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.