Judul Asal: Ash-Shahabi al-Jalil Abu Hurairah fii Dhau'
Pustaka At-Tazkia
Harga:
Berat:
0.2kg
Keterangan Buku:
Namun, demikianlah keadaannya. Ini termasuk salah satu yang menarik tentang beliau. Tempoh beliau sempat bersama-sama Nabi agak singkat dan tidak terlalu panjang waktunya. Dari satu sisi, ini menjadi bukti betapa cintanya beliau dan betapa rapatnya beliau terhadap Nabi sehingga mampu mengutip pelbagai mutiara hadis yang amat berharga lagi bermanfaat untuk umat. Namun, dari perspektif yang lain, situasi dan isu inilah yang telah dipergunakan oleh kalangan penghasad, pendengki, dan ahli bid'ah bagi tujuan mencerca Abu Hurairah sang sahabat Nabi yang tersohor ini.
Pihak musuh dan ahli bid'ah sering menggunakan logik akal mereka lalu mendakwa kononnya tidak mungkin seorang manusia dalam tempoh sesingkat itu mampu menghafal dan menguasai begitu banyak sekali hadis-hadis Nabi. Dan begitu banyak lagi tohmahan-tohmahan lainnya dilemparkan oleh musuh terhadap Abu Hurairah dalam rangka menipu dan melemahkan umat Islam. Ini kerana apabila manusia telah hilang kepercayaan terhadap Abu Hurairah, nescaya sebahagian besar hadis-hadis Nabi telah berjaya dinafikan dengan mudah, lalu mudahlah mereka untuk meneruskan makar-makar jahat terhadap Islam dan umatnya.
Inilah yang telah diusahakan oleh banyak kelompok sesat dan munafiq terutamanya dari kalangan kaum Syi'ah. Oleh itulah, buku ini adalah salah satu buku yang menghimpunkan jawaban-jawaban yang membalas makar jahat tersebut. Penulis berusaha memperkenalkan siapa sebenarnya Abu Hurairah di sisi Nabi dan para sahabat lainnya. Mengapa beliau memiliki keutamaan sebegitu mengkagumkan dan membuat cemburu para ahli bid'ah.
Penulis memulakan bukunya ini dengan menjelaskan kedudukan para sahabat Nabi menurut dalil-dalil syara', definisi sahabat, tingkat kedudukan mereka, jumlah sahabat Nabi, keadilan dan ketsiqahan mereka, dan seumpamanya tentang sahabat Nabi. Seterusnya penulis pun masuk kepada biografi Abu Hurairah, nama sebenar beliau, ke-Islaman beliau, kisah-kisah beliau, jihad beliau bersama-sama Nabi, sifat fizikal beliau, kisah beliau menuntut ilmu di madrasah Nabawi, sifat dan karektor beliau, dan beberapa catatan-catatan penting lainnya tentang beliau sehinggalah ke waktu kewafatan beliau.
Kemudian penulis jelaskan pula fitnah-fitnah yang dilemparkan musuh Islam ke atas peribadi beliau berserta jawaban-jawabannya.
Semoga buku ini memberi sejumlah manfaat walaupun saiznya yang kecil. Namun hendaklah kita maklum bahawa tokoh yang dibicarakan melalui buku ini adalah seorang tokoh yang besar dan yang sangat berjasa dalam usaha penyebaran Islam ke seantero dunia sehingga hari ini. Semoga Allah meredhai dan merahmati Abu Hurairah. [Disediakan oleh Krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.