Karya Imam as-Suyuthi
Judul Asal: Lubaabun Nuqul fii Asbaabin Nuzul
Gema Insani
Harga:
Berat:
1.3kg
Keterangan Buku:
Di antara kitab bermanfaat dan penting yang terlibat dalam menghimpun Asbaabul Nuzul ayat-ayat al-Qur’an dimaksudkan adalah karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi rahimahullah (Wafat: 911H). Kandungannya merangkumi himpunan hadis-hadis dan kitab-kitab rujukan utama lainnya yang berkaitan dengannya. Ia juga turut disertakan sama riwayat-riwayat daripada para ahli tafsir generasi awal dari kalangan sahabat-sahabat Nabi.
Imam al-Wahidi rahimahullah (Wafat: 468H) berkata, “Tidak mungkin dapat diketahui tafsir sesuatu ayat tanpa mengetahui kisah dan sebab turunnya ayat.”
Ibnu Daqiq al-‘Ied rahimahullah (Wafat: 702H) berkata, “Penjelasan tentang sebab turunnya ayat merupakan cara yang ampuh dalam memahami makna-makna al-Qur’an.”
Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) turut menegaskan, “Pengetahuan tentang sebab turunnya ayat akan membantu dalam memahami kandungan ayat tersebut. Kerana dengan mengetahui sebab turunnya ayat, seseorang dapat mengetahui akibat yang merupakan buah dari sebab tersebut. Beberapa orang dari kalangan salaf tidak jarang mengalami kesukaran dalam memahami makna-makna ayat al-Qur’an. Namun ketika mereka mengetahui sebab turunnya ayat tersebut, sirnalah (lenyaplah) kesulitan yang menghalangi mereka dari memahaminya.”
Selanjutnya, Imam al-Wahidi berkata, “Tidak boleh berbicara tentang sebab turunnya ayat-ayat al-Qur’an melainkan degan periwayatan yang dinukil daripada mereka yang menyaksikan saat turunnya ayat tersebut, mengetahui sebab-sebab turunnya, dan meneliti ilmunya.”
Tokoh Tabi’in, Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) berkata, “Aku bertanya kepada Abidah tentang suatu ayat al-Qur’an, lalu beliau pun berkata:
“Bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar. Saat ini sudah tidak ada lagi orang yang mengetahui pada permasalahan apa saja al-Qur’an diturunkan.”
Ada juga yang mengatakan bahawa sebab turunnya ayat-ayat diketahui oleh para sahabat Rasulullah dengan berdasarkan qarinah (indikasi atau petunjuk) tertentu terhadap pelbagai permasalahan yang mengisyaratkan pada sebab turunnya ayat tersebut. Dan terkadang sebahagian mereka tidak dengan tegas mengatakan bahawa suatu permasalahan merupakan sebab turun suatu ayat, tetapi sebaliknya isyarat-isyarat atau indikasi terntentu masih dapat diketahui darinya.
Kemudian, Imam al-Hakim rahimahullah (Wafat: 405H) turut mengatakan dalam kitabnya, ‘Uluumul Hadits, “Jika seorang sahabat Nabi yang menyaksikan detik saat turunnya ayat lalu beliau mengkhabarkan bahawa ayat al-Qur’an tersebut turun sempena peristiwa tertentu, maka itu adalah sebuah hadis yang musnad (bersambung sanadnya).”
Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com
Bayaran Pembelian:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.