Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenangan (sakinah) turun kepada mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/212, no. 4867)
__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Bio-Pure |
__________________________________________________________________________________

Saturday, May 18, 2013

818 - Haruskah Setiap Muslim Bermazhab?


Haruskah Setiap Muslim Bermazhab?


Judul Buku:
Haruskah Setiap Muslim Bermazhab?
Judul Asal: Hal Al-Muslim Mulzim bittibaa’ Mazhab mu’iin min al-Mazaahib Al-Arba’ah

Penulis:
Syaikh Muhammad Sulthan Al-Ma’shumi Al-Makki rahimahullah

Penerbit:
Griya Ilmu

Harga:
RM9

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Mazhab-mazhab dalam Islam sebagaimana mazhab yang dimaklumi dari kalangan mazhab Ahlus Sunnah wal-jama’ah, di dalamnya ada mazhab-mazhab fiqh yang dikenali dari mazhab seperti mazhab Abu Hanifah, Malik, Asy-Syafi’i, dan Ahmad B. Hanbal. Bahkan ada mazhab-mazhab lainnya namun kurang dikenali masyarakat hari ini seperti mazhab Al-Laits B. Sa’ad, Sufyan Ats-Tsauri, Al-Hasan Al-Bashri, dan yang lainnya.

Mengikuti mazhab-mazhab ini pada asalnya bukanlah suatu kewajiban kerana yang diwajibkan adalah berpedoman kepada dalil dari Al-Qur’an dan as-Sunnah, namun keberadaan mazhab-mazhab ini sebenarnya memudahkan bagi kalangan pemula dan golongan awam dalam menekuni agama Islam ini. Kerana bukan setiap orang mampu membuat capaian terhadap dalil-dalil agamanya secara langsung. Dan ia juga bukan-lah suatu yang mudah bagi golongan awam, para pemula, dan para penuntut ilmu untuk terus secara langsung mengalisa atau membuat capaian dalil-dalil agama secara sendiri atau independen dalam menegakkan agama dalam dirinya.

Sebagai seorang pemula atau penuntut ilmu yang awam, sudah tentu kita memerlukan proses pengajian dan pembelajaran yang berlangsung secara peringkat demi peringkat. Dari peringkat yang rendah atau asas, berjalan sedikit demi sedikit ke peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai contoh; bermula dengan peringkat asas mengenal matan-matan atau kesimpulan-kesimpulan pendapat dalam agama secara ringkas dan yang mudah difahami atau mudah untuk diamalkan sebagai seorang pemula di mana agar dia tahu kewajiban-kewajiban dalam agamanya secara global. Dalam peringkat asas pemula inilah, pendapat-pendapat yang terhimpun dalam sesebuah mazhab sangat amat membantu proses pembentukan peribadi seseorang muslim. Kerana ia memudahkan dari sudut pembelajaran, dari sudut masa, dan pembinaan sesebuah kefahaman yang asas dalam diri seseorang.

Kemudian, dia meningkat lagi menuju peringkat pertengahan dengan memahami pendapat-pendapat mazhabnya dengan dalil dan ushul-ushul yang membentuk kesimpulan-kesimpulan mazhabnya. Kemudian dia naik setingkat lagi dengan mempelajari pendapat-pendapat yang terdapat pada mazhab-mazhab lainnya. Seterusnya dia naik setingkat lagi dengan mempelajari fiqh perbandingan sehingga mampu memahami konsep pentarjihan dalam perselisihan mazhab-mazhab fiqh yang ada.

Sehingga akhirnya, dia pun mampu memahami agama ini dengan dalil-dalil yang sejahtera sehingga dia pun tidak akan taksub terhadap hanya satu-satu pendapat atau mazhab tertentu sahaja. Demikian-lah secara ringkas atau gambaran umum sebahagian bentuk peringkat-peringkat pengajian fiqh Islam dalam beragama menuju kepada al-ittiba’, iaitu menuju tingkatan beragama di atas dalil. Bukan semata-mata taklid buta di atas pendapat mazhab tertentu walaupun secara jelas dan terang pendapat yang terdapat dalam mazhabnya tersebut bertentangan dengan dalil-dalil wahyu. Bukan juga terus secara langsung dia menuju kepada dalil dan memahaminya menurut hawa nafsunya sendiri-sendiri dengan meninggalkan pedoman mazhab dan ulama.

Secara dasarnya, mazhab-mazhab tersebut atau pendapat-pendapat para ulama tersebut adalah merupakan alat, pemandu jalan, dan sebuah sarana yang membantu dalam mencapai tujuan menuju al-ittiba’, iaitu menuju konsep bermazhab dengan mazhab Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan tidak sekadar terhenti beragama sekadar mengikuti mazhab tertentu semata-mata tanpa memahami dalil-dalil yang membina sesebuah mazhab atau pendapat yang dipegang.

Namun demikianlah, apa yang menjadi permalasahannya pada hari ini adalah banyaknya kelompok dari kalangan umat Islam yang begitu taksub terhadap mazhab-mazhab tertentu yang mereka pegang dan begitu keras terhadap mazhab-mazhab yang lainnya, sehingga menegaskan hanya mazhabnya sahaja yang benar manakala mazhab-mazhab yang lain dari mazhab yang dia pegang adalah tidak benar. Malah sehingga ada dari kalangan mereka ini yang ber-i’tiqad bahawa, seandainya ada dalam mazhab yang dia pegang itu pendapat yang lemah sekalipun, dia tetap menegaskan itulah yang benar dan yang lainnya adalah salah, sehingga akhirnya mazhabnya tersebut dia dahulukan berbanding dalil-dalil wahyu. Ini benar-benar suatu musibah dan sifat fanatik yang perlu ditinggalkan.

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:


وَإِذَا كَانَ الرَّجُلُ مُتَّبِعًا لِأَبِي حَنِيفَةَ أَوْ مَالِكٍ أَوْ الشَّافِعِيِّ أَوْ أَحْمَد: وَرَأَى فِي بَعْضِ الْمَسَائِلِ أَنَّ مَذْهَبَ غَيْرِهِ أَقْوَى فَاتَّبَعَهُ كَانَ قَدْ أَحْسَنَ فِي ذَلِكَ وَلَمْ يَقْدَحْ ذَلِكَ فِي دِينِهِ. وَلَا عَدَالَتِهِ بِلَا نِزَاعٍ؛ بَلْ هَذَا أَوْلَى بِالْحَقِّ وَأَحَبُّ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ يَتَعَصَّبُ لِوَاحِدِ مُعَيَّنٍ غَيْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَنْ يَتَعَصَّبُ لِمَالِكِ أَوْ الشَّافِعِيِّ أَوْ أَحْمَد أَوْ أَبِي حَنِيفَةَ وَيَرَى أَنَّ قَوْلَ هَذَا الْمُعَيَّنِ هُوَ الصَّوَابُ الَّذِي يَنْبَغِي اتِّبَاعُهُ دُونَ قَوْلِ الْإِمَامِ الَّذِي خَالَفَهُ. مَنْ فَعَلَ هَذَا كَانَ جَاهِلًا ضَالًّا؛ بَلْ قَدْ يَكُونُ كَافِرًا

“Dan apabila seseorang mengikuti seseorang imam sama ada Abu Hanifah, atau Malik, atau Asy-Syafi’i, atau Ahmad: lalu kemudian dalam sebahagian permasalahan ternyata mazhab yang lain hujahnya lebih kuat dan dia pun mengikuti mazhab yang lain tersebut, maka orang tersebut telah berbuat baik dalam perkara itu, dan ini tidaklah dianggap cacat pada agamanya, dan tidak pula pada ‘adalah-nya (kredibilitinya) tanpa ada perselisihan. Bahkan ini lebih utama dengan haq (kebenaran) serta lebih dicintai Allah dan Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berbanding orang yang ta’ashub kepada seseorang tertentu selain Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana ada orang yang ta’ashub kepada Malik, atau kepada Asy-Syafi’i, atau kepada Ahmad, atau kepada Abu Hanifah, lalu dia menganggap perkataan imam ini sahaja yang benar dan wajib dia ikuti (dalam setiap perkara) dan tidak boleh mengikuti pendapat yang berbeza darinya. Sesiapa yang berbuat demikian, maka dia adalah orang yang bodoh lagi sesat, malah boleh menjadi kafir.” (Majmu’ Al-Fatawa, 22/248-249)

Salah seorang tokoh imam mazhab terkenal, iaitu imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) sendiri pernah berpesan dengan katanya, “Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)

Kata imam asy-Syafi’i juga dalam riwayat yang lain:


أجمع الناس على أن من استبانت له سنة عن رسول الله لم يكن له أن يدعها لقول أحد من الناس

“Kaum muslimin bersepakat bahawa mereka yang mengetahui dengan jelas suatu sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka tidak halal baginya meninggalkan sunnah tersebut semata-mata untuk mengikuti pendapat seseorang yang lain.” (Ibnu al-Qayyim, I’lam al-Muwaqq’in, 2/282)

Maka demikian-lah halnya secara ringkas dalam bersikap terhadap mazhab-mazhab fiqh dalam kalangan ahlus sunnah wal-jama’ah dan perselisihan di antara mereka. Untuk mengikuti perbahasan hal ini dengan lebih terperinci lagi dan memahami permasalahan fanatik mazhab yang banyak melanda masyarakat hari ini serta kaedah-kaedah menanganinya secara profesional, insyaAllah semua itu diperincikan dalam buku ini. Iaitu buku yang disusun oleh Syaikh Muhammad Sulthan Al-Ma’shumi Al-Makki rahimahullah dengan judul, “Hal Al-Muslim Mulzim bittibaa’ Mazhab mu’iin min al-Mazaahib Al-Arba’ah” (Adakah seorang muslim wajib berittiba’ (mengikuti) mazhab tertentu dari mazhab-mazhab yang empat?). [Disediakan oleh krew Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
94 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

817 - Darah Kebiasaan Wanita


Darah Kebiasaan Wanita


Judul Buku:
Darah Kebiasaan Wanita
Judul Asal: Risalah fii Ad-Dimaa’ Thabi’iyyah lii An-Nisaa’

Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM6

Berat:

100g

Keterangan Buku:

Ini adalah sebuah risalah yang tuntas lagi bermanfaat berkaitan perbahasan permasalahan darah kaum wanita; iaitu sekitar hukum-hakam darah haidh, istihadhah, dan nifas. Ia bukanlah suatu permasalahan yang mudah dan boleh dipandang remeh. Ia termasuk persoalan yang wajib diambil tahu oleh para wanita, malah tidak lepas para lelaki kerana mereka adalah pemimpin bagi kaum wanita. 

Bagi buku ini, sudah tentu acuannya adalah dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, kerana inilah dua sumber utama bagi umat Islam dalam berhukum.

Di dalamnya, Syaikh menjelaskan tentang makna haidh, hikmah-hikmah di sebalik berlakunya haidh dan kitarannya, usia dan masa-masa haidh, haidh bagi wanita hamil, haidh dan kaitannya dengan hukum talak dan ‘iddah, hal-hal keluarnya darah di luar kebiasaan, pertambahan atau pengurangan tempoh haidh, haidh yang datang tidak tentu, warna dan perbezaan haidh dengan yang lainnya, hukum-hukum berkaitan haidh, haidh dan kaitannya dengan ibadah lainnya seperti; solat, puasa, dzikir dan membaca al-Qur’an, thawaf, duduk di masjid, dan selainnya dari hal-hal seperti jima’, dan mandi.

Seterusnya penulis bahaskan pula hukum-hakam fiqh berkaitan darah istihadhah, makna istihadhah, keadaan wanita yang istihadhah, hukum-hakamnya, kemiripannya dengan darah lainnya, dan lain-lain. Kemudian penulis teruskan perbahasannya dengan darah nifas, makna dan hukum-hukum berkaitannya. Akhi sekali, Syaikh Al-‘Utsaimin menjelaskan beberapa bentuk persoalan yang sering menjadi tanda tanya kalangan amsyarakat masa kini, iaitu sekitar hukum mengambil ubat pencegahan haidh, perangsang haidh, pencegah kehamilan, dan hukum sekitar menggugurkan kandungan.

Semoga bermanfaat.

Jumlah Muka Surat:
69 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

816 - Kumpulan Hadits Tazkiyatun Nufus


Kumpulan Hadits Tazkiyatun Nufus



Judul Buku:
Kumpulan Hadits Tazkiyatun Nufus
Judul Asal: Bahjatu Quluub Al-Abraar wa Qurratu ‘Uyuun Al-Ahyaar fii Syarhi Jawami’ Al-Ahbaar

Penulis:
Syaikh ‘Abdurrahman B. Nashir As-Si’di rahimahullah 

Penerbit:
Griya Ilmu

Harga:
RM28

Berat:

0.6g

Keterangan Buku:

Menela’ah buku ini, walaupun isinya ringkas namun jelas dan tuntas, InsyaAllah para pembaca akan mendapati buku ini memuatkan pelbagai asas cabang disiplin ilmu yang bermanfaat. Sama ada dalam asas tauhid, kaeedah-kaedah ushul, aqidah, manhaj, akhlak, adab, mua’malah, kesihatan, mahupun fiqh dan hukum-hakam.

Di dalamnya turut terkandung faedah-faedah ilmu tentang ishlah (pembaikan) masyarakat yang pelbagai, saranan menuju kebaikan, serta kaedah-kaedah penting menghindari pelbagai keburukan atau kemudharatan.

Buku ini disarikan dari himpunan hadis-hadis Nabi yang bernilai jawami’ul kalim, iaitu hadis yang ringkas-ringkas, namun memuatkan makna yang mendalam dan mencakupi pelbagai perkara dalam agama.

Kata Syaikh ‘Abdurrahman As-Si’di rahimahullah (penulis buku ini):

“Tidak ada sesudah kalam Allah Ta’ala yang lebih benar, bermanfaat, dan merangkum semua kebaikan dunia dan akhirat berbanding perkataan Rasul-Nya dan kekasih-Nya Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kerana beliau adalah makhluk yang paling berilmu, paling agung dalam nasihat, membimbing, dan memberikan petunjuk, serta paling sempurna penjelasannya, paling baik dalam meletakkan garis atau batas-batas, dalam memberikan perincian, dan paling baik dalam memberikan pelajaran.

Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah diberi jawami’ul kalim, di mana beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengucapkan perkataan yangs edikit lafaznya, tetapi sangat banyak faedahnya, mudah difahami, dan sangat jelas, sehingga mencapai kedudukan yang begitu tinggi dalam carta kesusasteraan (ilmu bahasa).

Maka timbullah dalam fikiranku agar aku mengungkapkan beberapa hadis beliau yang memiliki sejumlah makna yang mencakup seluruh persoalan secara umum. Sarat dengan pelbagai makna dalam hal jenis mahupun individu, atau salah satu permasalahan ilmu. Disertai huraian maksud-maksud dan objektifnya. Disampaikan secara jelas dan lugas serta dalam bentuk yang ringkas lagi mudah difahami.

Akhirnya, aku pun memulakannya dengan memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala, meminta kepada-Nya diberi kemudahan dan kelapangan.” (Mukaddimah Buku)

Jumlah Muka Surat:
307 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

815 - Aku Cinta Rosul (Untuk Adik-adik)


Aku Cinta Rosul (Untuk Adik-adik)


Judul Buku:
Aku Cinta Rosul (Untuk Adik-adik)
Judul Asal: Disarikan dan diringkaskan dari beberapa kitab Sirah

Penulis:
Abu Usamah Masykur

Penerbit:
At-Tuqa

Harga:
RM9

Berat:

150g

Keterangan Buku:

As-Salaamu ‘alaikum, apa khabar adik-adik...

Ini adalah buku dengan judul “Aku Cinta Rosul” (Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Kenapa abang menyusun buku ini? Kerana abang sayang kepada kalian kerana Allah, insyaAllah. Abang ingin kita semua menjadi seorang muslim yang cinta kepada Allah dan Rosul-Nya.

Dulu, para sahabat rela berkorban dan berjuang untuk Islam. Kenapa? Kerana mereka sangat cinta kepada Allah dan Rosul-Nya. Mereka rela mengorbankan jiwa dan raganya untuk membela Allah dan Rosul-Nya.

Sehingga ummat Islam waktu itu menjadi jaya, kuat dan gemilang. Kalau ummat Islam hari ini mahu berjaya, kuat, dan cemerlang seperti mereka, ikutilah jejak para sahabat. Cintailah Allah dan Rosul-Nya.

Allah Ta’ala befirman (maksudnya):

“(Katakan-lah wahai Rasul kepada mereka): “Jika kalian mencintai Allah, maka ikuti-lah aku. Nescaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 31)

Jadi, cinta kepada Rosululullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah dengan mengikuti ajaran beliau.

Nah adik-adik... mari kita baca buku ini. Kita mengenal kisah Nabi kita, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Semoga bermanfaat ya.

Jumlah Muka Surat:
52 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

814 - Kumpulan Kisah Para Nabi (Untuk Adik-adik)


Kumpulan Kisah Para Nabi (Untuk Adik-adik)


Judul Buku:
Kumpulan Kisah Para Nabi (Untuk Adik-adik)
Disarikan dan diringkaskan dari beberapa kitab Sirah

Penulis:
Disarikan dan diringkaskan dari beberapa kitab Sirah

Penerbit:
Gema Ilmu

Harga:
RM12

Berat:

180g

Keterangan Buku:

Adik-adik, di dalam Al-Qur’an Allah mengisahkan para Nabi dan Rasul. Iaitu kisah-kisah mereka dengan kaum mereka. Dan balasan bagi kaum yang mahu mengikuti mereka dan siksa bagi kaum yang menentang mereka.

Ada kisah Nabi Adam, ada kisah Nabi Nuh, ada kisah Nabi Ibrahim, dan ada juga kisah Nabi-nabi yang lainnya. Adik-adik semua boleh membaca sebahagian darinya dalam buku ini.

Adik-adik, adakah kisah-kisah yang ada dalam Al-Qur’an itu hanya kisah dogengan yang diada-adakan? Tidak, bahkan di dalamnya ada pelajaran bagi semua orang serta ada petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk serta rahmat bagi kaum yang beriman.” (Surah Yusuf, 12: 111)

Allah juga berfirman:

“Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (Surah Al-A’raaf, 7: 176)

Dalam perumpamaan ada pelajaran dan tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir. Jika mereka mahu memikirkan, mereka akan mengetahui. Dan bila mereka telah mengetahui, mereka pun akan mengamalkan.

Ada pelajaran bagi orang yang berbuat baik dan ada pula bagi yang berbuat keburukan. Sesiapa yang melakukan perbuatan seperti orang yang sebelumnya, dia akan mendapat yang semisal dengannya. Orang yang berbuat baik akan mendapat kemuliaan, manakala yang berbuat kejahatan akan mendapat kehinaan.

Di dalamnya juga ada pelajaran bahawa Allah memiliki sifat-sifat kesempurnaan dan hikmah yang agung, serta Dia sahajalah yang berhak diibadahi tanpa ada sekutu bagi-Nya.

Semoga adik-adik dan kita semua mampu mengambil pelajaran darinya, serta mampu mengamalkannya jika ia adalah kebaikan, dan mampu pula menjauhinya jika ia adalah kejahatan atau keburukan.

Kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini diambil, diringkaskan, dan dipermudahkan untuk tatapan adik-adik semua dari kitab Qashashul Anbiya’ karya Imam Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) dengan ditambah beberapa keterangan dari beberapa sumber rujukan yang lain. Semoga adik-adik semua beroleh manfaat dan gambaran secara umum tentang kisah-kisah para Nabi ini sebelum berpindah kepada penjelasan kisah-kisah asalnya secara lengkap, terperinci, dan luas kelak. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
100 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

813 - Pesan-pesan Rasulullah Menjelang Wafat


Pesan-pesan Rasulullah Menjelang Wafat


Judul Buku:
Pesan-pesan Rasulullah Menjelang Wafat
Judul Asal: Wadaa’ Ar-Rasuul li Ummatihi; Duruus, Washaaya, wa Ibar, wa ‘Idzaat

Penulis:
Syaikh Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani

Penerbit:
Darul Haq

Harga:
RM12

Berat:

250g

Keterangan Buku:

“Wahai sekalian manusia, dengarkan-lah baik-baik apa yang hendak aku katakan, kerana aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak lagi bertemu dengan kalian selepas tahun ini...”

Ini adalah sepenggal wasiat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang beliau sampaikan ketika haji Wadaa’, yang mengisyaratkan bahawa tidak lama lagi beliau akan dipanggil oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Dan memang benar, beberapa bulan setelah itu, beliau pun meninggalkan dunia ini untuk bertemu dengan Rabbnya ‘Azza wa Jalla.

Namun sebelum wafatnya beliau, beliau telah menyampaikan pelbagai nasihat dan wasiat-wasiat penting untuk kita dari umatnya yang mengungkap dan menggambarkan samudera kecintaan beliau kepada kita yang beliau tinggalkan...

Kata penulis (Dr. Sa’id B. ‘Ali B. Wahf Al-Qahthani):

“Di dalam risalah ini, saya menjelaskan secara ringkas tentang ringkasan nasab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kelahiran beliau, tugas beliau, kesungguhan dan ketekunan beliau, jihadnya, sebaik-baika amalnya, ungkapan perpisahan beliau kepada umatnya di ‘Arafah, Mina, dan Madinah, ungkapan perpisahan beliau kepada orang-orang yang masih hidup dan yang telah meninggal, wasiat-wasiat beliau pada kesempatan-kesempatan tersebut, detik permulaan sakit beliau, wasiat dan ungkapan perpisahan beliau kepada umatnya di saat menjelang wafatnya, keputusan beliau memilih Ar-Rafiqul A’la bahawa beliau wafat sebagai orang yang mati syahid, musibah-musibah kaum muslimin sepeninggalan beliau, warisan tinggalan beliau, dan hak-hak beliau terhadap umatnya.

Saya juga menyebutkan pelbagai pelajaran dan faedah yang disarikan pada setiap akhir perbahasan dari perbahasan-perbahasan di atas.

Hanya kepada Allah-lah saya memohon agar menjadikan tulisan ini sebagai amal yang diterima, bermanfaat untuk saya, dan untuk saudara-saudara saya kaum muslimin, kerana sesungguhnya Allah-lah yang menolong dan berkuasa atas semua itu...” (Mukaddimah buku, 21/3/1416H)

Jumlah Muka Surat:
200 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

812 - Ku Lalui Malamku Dengan Sunnah Nabiku


Ku Lalui Malamku Dengan Sunnah Nabiku


Judul Buku:
Ku Lalui Malamku Dengan Sunnah Nabiku

Penulis:
Abu ‘Umar ‘Ubaidah

Penerbit:
Pustaka Al-Humaira'

Harga:
RM9

Berat:

180g

Keterangan Buku:


Buku ini asalnya disusun khas untuk adik-adik, namun memandangkan kandungan manfaatnya yang melimpah, maka insyaAllah sesuai juga untuk bacaan dan maklumat para remaja, bahkan juga para ibu-ibu dan bapa-bapa.

Buku ini adalah buku yang amat bermanfaat menjelaskan tentang sunnah-sunnah Nabi dalam melalui malam-malam di setiap keseharian hidup kita. Antara yang dimuatkan adalah sunnah-sunnah ketika menjelang malam, sunnah menjelang tidur, sunnah memasuki tempat tidur, sunnah berbaring di tempat tidur, bacaan dzikir-dzikir ketika hendak tidur, mengenal bentuk-bentuk tidur yang dilarang, andai terbangun dari tidur, ketika bermimpi, menjaga diri dari gangguan Syaitan, sunnah ketika bangun tidur, sunnah memasuki kamar mandi di waktu pagi, bacaan atau dzikir ketika bangun tidur, dan beberapa bentuk pesan-pesan bermanfaat lainnya untuk adik-adik.

Semoga bermanfaat dan sebaik membaca buku ini dapatlah kita lalui malam-malam kita seharian dengan sunnah Nabi kita yag mulia.

Jumlah Muka Surat:
56 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

811 - Fatwa-fatwa Pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah

Fatwa-fatwa Pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah


Judul Buku:
Fatwa-fatwa Pilihan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Judul Asal: Al-Muntakhab min Kutub Syaikhul Islam Ibn Taimiyah

Penulis:
Disusun dan dikumpulkan oleh: Syaikh ‘Alawi ‘Abdul Qadir As-Saqqaf

Penerbit:
Griya Ilmu

Harga:
RM34

Berat:

800g

Keterangan Buku:

Syaikh al-Islam Taqiyuddin Ahmad B. ‘Abdul Halim B. Taimiyah, atau lebih dikenali dengan nama Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) adalah seorang ulama ulung pada zamannya yang tidak dapat disangkal lagi.

Beliau adalah ilmuan, imam, samudera ilmu, purnama para ulama, bintang yang berkilauan, rujukan umat, dan tokoh terbilang di masanya sehingga ke hari ini.

Namanya harum, dan karyanya bertimbun memenuhi perpustakaan dengan tebal berjilid-jilid.

Kitab-kitab tinggalan beliau memiliki kandungan ilmiyah yang mantap, padat, dan olahan yang tuntas. Perbahasannya luas, methodologinya lurus, bentangannya menarik, paparannya memuaskan, bahasannya cukup kuat, hujahnya tidak tersangkal. Faedah dan lambakkan manfaat terhimpun dalam karya-karya beliau dan sering menjadi rujukan para ilmuan terkemudian. Karyanya meliputi pelbagai bidang baik ‘aqidah, hadis, fiqh, tafsir, sirah, rudud, firaq, dan selainnya. Ini semua menggambarkan betapa samudera ilmu yang Allah kurniakan ke atas beliau.

Sebahagian besar dari kitab-kitab tinggalan beliau tersebut telah pun dicetak kemas zaman ini sehingga mencecah lebih dari 100 jilid.

Adapun buku ini, Syaikh Alawi ‘Abdul Qadir As-Saqqaf hafidzahullah berusaha mengeluarkan, menukilkan, dan menghimpunkan sebahagian dari apa yang terkandung dalam timbunan karya-karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang menggunung dari hal-hal yang bermanfaat lagi berfaedah buat kalangan awam. Allah Suhanahu wa Ta’ala telah memberi taufiq kepada penulis untuk membaca dan memahami kitab-kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah khasnya kitab Majmu’ Al-Fatawa, lalu beliau pun merangkumnya menjadi 160 persoalan pilihan dalam sebuah kitab bernama Al-Muntakhab min Kutub Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah (Intisari dari kitab-kitab Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah).

Rangkaian tema-tema utama lagi terpilih yang terkandung di dalam buku ini berkisar pada permasalahan-permasalahan yang terkadang luput dari perhatian para penuntut ilmu, sama ada dari segi ilmiyah mahupun amaliyah. Juga berkaitan masalah-masalah penting bagi ahli ilmu, da’i, mahupun para pembimbing, khususnya saat ini di mana dominasi hawa nafsu dan fitnah cukup bergelojak sekali, serta pelbagai masalah-masalah penting lainnya.

Secara umumnya, Syaikh Alawi membahagikan buku ini kepada lima tema utama, iaitu tauhid dan aqidah, kemudian ilmu, jihad, dan politik syari’i, ketiganya beliau meletakkan tema khilaf, rudud (bantahan-bantahan), firaq (pepercahan), bid’ah, mashlahat, mafsadat, dan inshaf. Ke-empat, penulis meletakkan tema untuk perbahasan ushul dalam as-sunnah, meninggalkan bid’ah, dan taqlid. Pada tema ke-limanya, beliau meletakkan pelbagai masalah umum secara selektif.

Setiap bab-bab di setiap tema, beliau letakkan judul-judul yang bersesuaian mengikuti apa yang diutarakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah. Manakala beberapa bentuk catatan tambahan, takhrij hadis, dan komentar ringkas, penulis letakkan pada nota kaki setiap bahasan jika diperlukan.

Semoga apa yang disarikan oleh penulis (Syaikh Alawi) dari karya-karya Ibnu Taimiyah ini mampu menjadi bekal ilmu bermanfaat buat para pembaca. Tidak mampu membuka lembaran-lembaran besar Syaikhul Islam, Alhamdulillah kini Allah memudahkan kita menela’ah sebahagian darinya. Semoga kita bijak memanfaatkannya dan tidak mensia-siakannya. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Jumlah Muka Surat:
379 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

810 - Perilaku & Akhlak Jahiliyah (Syarah Masa'ilul Jahiliyah)


Perilaku & Akhlak Jahiliyah
(Syarah Masa'ilul Jahiliyah)


Judul Buku:
Perilaku & Akhlak Jahiliyah (Syarah Masa'ilul Jahiliyah)
Judul Asal: Syarah Masa’il Al-Jahiliyah

Penulis:
Penulis: Syaikh Muhammad B. ‘Abdil Wahhab rahimahullah (Wafat: 1206H)
Syarah: Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah 

Penerbit:
Pustaka Sumayyah

Harga:
RM48

Berat:

500g

Keterangan Buku:


Buku ini merupakan hasil karya Syaikh Muhammad B. ‘Abdil Wahhab rahimahullah. Seorang tokoh ulama besar abad ke 18, seorang pembaharu, pendakwah tauhid di bumi Hijjaz sehingga terbinanya daulah Su’udiyah. Buku ini menghimpunkan pelbagai bentuk perilaku dan akhlak jahiliyah yang dikumpulkan dari sumber al-Qur’an dan as-Sunnah. Sebagaimana yang kita maklumi bahawa tujuan Islam didatangkan dan didakwahkan oleh Nabi-Nya adalah bagi menyelisihi semua bentuk perilaku jahiliyah.

Mungkin ada sebahagian orang yang bertanya, apa perlunya ditulis dan dikumpulkan masalah-masalah atau persoalan-persoalan jahiliyah seperti ini? Sedangkan era jahiliyah teah pun berlalu dengan datangnya Islam, dan sekarang kita adalah kaum Muslimin.

Ya, benar, era jahiliyah telah pun berlalu dengan datangnya Islam. Adapun dituliskan dan dijelaskannya persoalan ini tiada lain melainkan sebagai peringatan dan kewaspadaan agar kita tidak kembali terjerumus ke kancah hitam kaum terdahulu sama ada sedar mahupun tidak. Kerana apabila seseorang muslim telah mempelajari, memahami, dan mengetahui hakikat jahiliyah ini, pasti dia akan berwaspada dari terjerumus atau meniru-niru hal tersebut. Sekaligus dia akan terselamat dari mewarisi sifat-sifat atau karektor kaum jahiliyah terdahulu yang kita sentiasa dieprintahkan agar menjauhinya.

Adapun jika kita jahil dan bodoh tentang hakikat jahiliyah, sudah tentu kita pun tidak tahu membezakan mana sebenarnya yang haq dan mana yang mungkar, iaitu mana yang jahiliyah dan mana pula yang benar-benar bebas darinya.

Sebagaimana kata sebahagian penyair Arab:

Aku mengenal kejahatan bukanlah untuk melakukannya,

Akan tetapi untuk menghindar darinya.

Dan sesiapa yang tidak mengenal kejahatan,

Dibimbangi dia akan terjatuh ke dalamnya...

Manakala dari sisi yang lain, dengan mengenal keburukan dan kejahiliyahan, nescaya kita akan mengenal betapa indahnya Islam.

Syaikh Muhammad B. ‘Abdil Wahhab rahimahullah berkata:

“Buku ini adalah buku yang mengumpulkan perkara-perkara jahiliyah yang telah diselisihi oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari kalangan Ahli Kitab (Yahudi dan Nashara), dan kaum Ummiyyin, yang amat diperlukan oleh seorang Muslim untuk mengetahuinya. Sebagaimana ucapan penyair Arab:

Dengan adanya lawan,

Maka nampaklah kebaikan lawan tersebut.

Dan dengan keberadaan lawannya,

akan nampaklah segala sesuatu.

Maka perkara yang paling penting dan sangat berbahaya adalah tiadanya keimanan hati terhadap apa yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, apatah lagi jika disandarkan dengan anggapan baik terhadap apa-apa yang orang-orang jahiliyah berada di atasnya, maka sempurnalah kerugian yang akan diperolehi kelak di hari kebangkitan. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

وَالَّذِينَ آمَنُوا بِالْبَاطِلِ وَكَفَرُوا بِاللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

“Dan orang-orang yang beriman dengan kebathilan dan mengingkari Allah, mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah Al-Ankabut, 29: 52).”

Kemudian kitab ini diperjelas dan ditambahkan lagi dengan huraian-huraian bermanfaat oleh Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah. Kata Syaikh Soleh Al-Fauzan:

“Tulisan ini merupakan salah satu dari tulisan Asy-Syaikh Muhammad B. ‘Abdil Wahhab rahimahullah yang membahaskan masalah perilaku jahiliyah, yang telah diselisihi oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Di dalamnya berisi 128 permasalahan yang berkaitan dengan perkara-perkara jahiliyah. Beliau rahimahullah telah meringkasnya dan mengambil permalasahan-permasalahan tersebut dari Al-Kitab, As-Sunnah, dan perkataan para ulama. Tujuan ditulisnya buku ini adalah sebagai peringatan bagi kaum Muslimin agar menjauhi permasalahan ini, kerana perkara ini amatlah berbahaya sekali.

Jahiliyah adalah nisbat kepada al-Jahl, yang ertinya adalah tidak ada ilmu atau bodoh. Maka al-Jahiliyah adalah masa tidak adanya seorang rasul dan kitab. Yang dimaksud dengannya adalah era masa sebelum diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Fasa sebelum kedatangan Nabi Muhammad di ketika tiadanya Nabi dan kitab di seluruh belahan alam semesta ini berada dalam gelombang kesesatan dan kekufuran. Ini adalah kerana kitab-kitab yang ada telah diubah-suai oleh tangan-tangan yang kotor. Orang-orang Yahudi telah melakukan tahrif (penyelewengan) terhadap Taurat, dengan memasukkan pelbagai kesesatan, kekufuran, dan kekejian.

Demikian juga dengan kaum Nashara. Mereka telah mengubah Injil dari keasliannya sebagaimana diturunkan kepada ‘Isa ‘alaihis Salam. Dan ini terjadi dengan campur tangan Bils dan Syawel, nama tokoh Yahudi yang dengki dengan Rasul Allah ‘Isa. Beliau merencanakan makar dan tipu-daya demi merosakkan agama Allah.

Kesimpulannya, setiap perkara jahiliyah itu adalah tercela. Dan Rasulullah telah melarang kita dari menyerupai orang-orang jahiliyah di dalam semua perkara. Dan dengan diutusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka hilanglah kejahiliyahan secara umum di muka bumi ini. Ilmu dan iman telah datang, al-Qur’an dan as-Sunnah telah diturunkan, dan tersebarlah ilmu, lenyaplah kebodohan.

Adapun sebahagian sifat atau karektor jahiliyah, maka ia masih tetap ada di sebahagian kalangan manusia, kaum, kabilah, atau di sebahagian wilayah. Dan ini adalah jahiliyah yang bersifat pecahan-pecahan kecil yang perlu difahami dan dijauhi. Maka, di sinilah pentingnya ilmu agar kita dapat mengerti sekaligus menghindarinya.

(Sebagai contoh), berbangga-bangga dengan nasab dan kabilah (kaum atau puak) adalah sebahagian dari bentuk kejahiliyahan. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda:

وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“... sesiapa yang mati, sedangkan tidak ada (ikatan) bai’ah (ketaatan) di lehernya, maka matinya adalah mati jahiliyyah.” (Shahih Muslim, no. 1851)

Kerana orang-orang jahiliyah adalah para pembangkang dan tidak mahu tunduk kepada para penguasa dan pemerintah. Demikianlah keadaan orang-orang jahiliyah.

Oleh kerana itu kita dapat melihat, tatkala Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendengar seorang lelaki mencela saudaranya dengan mengatakan:

“Wahai anak orang yang hitam.” Maka Nabi pun berkata kepadanya:

“Engkau mencelanya dengan ibunya?! Sesungguhnya pada dirimu masih ada akhlak jahiliyah.” (Lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 30, 2545, 6050)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلَّا الضَّلَالُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ

“Maka tidak ada setelah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka bagaimana kamu boleh dipalingkan (dari kebenaran)?” (Surah Yunus, 10: 32).”

Dan masih banyak contoh-contoh lainnya berkaitan akhlak dan perilaku jahiliyah yang perlu kita kenali, sekaligus wajib kita waspadai dan jauhi. InsyaAllah semua itu dibentangkan dan dikupas oleh Syaikh Muhammad B. Abdil Wahhab bersama-sama tambahan penjelasan Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan Al-Fauzan dalam buku ini. [Disediakan oleh krew Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]

Jumlah Muka Surat:
312 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

809 - Ensiklopedi Hadits Kutubus Sittah (6 Kitab Hadits Utama)

Ensiklopedi Hadits Kutubus Sittah
(6 Kitab Hadits Utama)





Judul Buku:
Ensiklopedia Hadits Kutubus Sittah
(6 Kitab Hadits: Shahih Al-Bukhari, Muslim, Sunan Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasaa’i, & Ibnu Majah)

Lihat Sinopsis atau Pesan kitab ini secara online di website kami, http://atsar.ilmusunnah.com/index.php?route=product/product&product_id=707


Atau sms/whatsapp ke: 0126887715.

808 - Sunan At-Tirmidzi (الجامع الصحيح سنن الترمذي)


Sunan At-Tirmidzi
(الجامع الصحيح سنن الترمذي)


Judul Buku:
Sunan At-Tirmidzi
(الجامع الصحيح سنن الترمذي)

Penulis:
Imam Abu 'Isa Muhammad B. 'Isa At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 279H)
Semakkan/Penomboran oleh: Ahmad Muhammad Syakir

Penerbit:
Daar Ibnul Jauzi, Daar Ibnul Cetakan 1432H (2011M), Qaherah (Mesir)

Harga:
RM90

Berat:

1.3kg

Jumlah Muka Surat:
783 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

807 - Sunan Abi Daud (سنن أبي داود)


Sunan Abi Daud
(سنن أبي داود)


Judul Buku:
Sunan Abi Daud (سنن أبي داود)

Penulis:
Imam Abu Daud Sulaiman B. Al-'Asy'ats rahimahullah (Wafat: 275H)
Penomboran: Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid
Berdasarkan takhrij Syaikh Al-Albani

Penerbit:
Daar Ibnul Jauzi (Qahirah, Mesir)
Cetakan 1432H (2011M)

Harga:
RM90

Berat:

1.3kg

Jumlah Muka Surat:
750 m/s.

Maklumat lanjut:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layari juga www.atsar.ilmusunnah.com

Bayaran Pembelian: 
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 (Nawawi B. Subandi), atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.